my life

my life

Thursday, May 13, 2010

Happy Mums Day

Untuk semua yang bergelar Mummy..dan anak2 yang lahir dari seorang ibu.

Iman bawa balik bunga rose for mothers day.

Mummy: Iman..teacher cakap bunga ni suru bagi siapa?
Iman : Teacher bagi kat Iman suru bagi MAma
Mummy: Mama tu sapa Iman?
Iman : Iman pun tak tahulah Mama tu sapalah Mummy....Sapa MAma tu Mummy?

(nak gelak pun ada..sangat lurus budak ni..Aduhai Teacher...)

Mummy: Iman, teacher cakap bunga ni nak letak kat mana?
Iman : Teacher cakap letak kat air.

(Iman pun berjalan letak bunga ni dalam akuarium) (Ikan pulak dapat bunga..ha ha ha)

Iskandar Suka Mengusik, Iman Semakin Manja...Zafri is growing


Iskandar sebagai anak yang sulong suka mengusik adaik-adiknya @ menyakat. Pada saya hal itu ada baiknya kerana dia akan merapatkan hubungan di antara tiga beradik ini. Tetapi adakalanya memang terlabih apabila Iman mula menangis dan pipi adik habis merah digomolnye. Sebagai Abang ..dia banyak mengajar Iman bende2 yg Iman tak tahu. Peminat cartoon ..tetapi seorang yang ego. Kalau dimarah ..akan mengamuk tetap kemudiannya akan membuat perkara yang bertujuan menarik perhatian Mummy.


Iman pula sebaliknya. Iman anak yang manja walaupun di raut wajahnya terserlah seraut wajah yang tegas dan serius. Sifat dalamannya agak berbeza.Namun memiliki keberanian. anak manja ini juga suka berdikari @ membuat eksperimen, ingin tahu..spt, mengambil sendiri air dan makanan dari peti ais (habislah basah2) , cuci pinggan (sekadar nak main air), mengelap dapur (suka2 untuk menyembur spray pencuci sehingga separuh), mengemas dapur (menyimpan semua bekas garam, kunyit, kari dlm peti ais) dan paling hebat pernah mencabut paip sinki dapur sehingga air mencurah2 di dapur. Anak manja inilah buah hati manja saya..dia sudah lali apabila namanya dipanggil (Iman!!!). Anak manja yang menambahkan jadual kerja harian saya.


Namun Iman amat sensitif jika dimarah...mahu dipujuk dan dipeluk belai. Sampai sekarang juga mahu ditidurkan dibelai2. Namun sayangku Iman..sebagaimana lasak sekalipun.."rumah ini akan hilang serinya bukan sahaja jika dia tiada..akan hilang serinya jika dia tidur" Bagai jam terhenti...aman.


Zafri pula akan genap 6 tahun pada hujung bulan ini. sudah mengesot ke hadapan dan mula mengangkat badan dan punggung untuk merangkak. Berat badan mula bertambah..dan akan mula menyusut kerana semakin aktif. Amat manja dengan Mummy. Siang dan malam dengan Mummy. Amat mudah senyum dgn sesiapa shj. Wajah dan kelakuannya adalah kombinasi antara Iman dan Iskandar. Sekarang sudaj pandai mengambil barang..spt cermin mata dan makanan. Maka awaslah kepada objek2 kecil di rumah ini..kerana dia akan mula merangkak aktif tidak lama lagi.