my life

my life

Tuesday, December 13, 2011

Buzz Light Year & Teletubbies Mummy

2 Buzz Light Year tgh makan pop corn.

zafri




Gambar hero2 Mummy masa family day di Cherating. Walaupun cuaca hujan..they have fun. Ramai tanya mana dapat baju2 ni...semua di sewa di kedai Abracadabra , Kinrara-Puchong.



Tuesday, November 29, 2011

The Pinky2 Item



Another 3 -4 weeks to go n almost every baby item me n boss have completed! Alhamdulillah.

My back pain killing me every night till morning...may be this little princess taking all the calcium that my body need. And dah terasa2 small contractions..sebelum ni tak pernah ada..tapi lepas sejam tu hilang.


This week I'm 35+ week of my pregnancy... Doc cakap makan aje apa yang aku nak makan. Best betul doc ni..sebab check semua normal kat aku. Doc suruh stand by dalam 25 hb dec cam tu. Tapi bila difikirkan yang aku selalunye awal...36, 37, 38...jadi stand by la dalam 37 wk tu. Kira2 3 week lg la tu.


Jadi all the pinky2 item dah ready. Bos pula tgh survey bende2 lain ...

Sunday, November 27, 2011

Wanita yang bernama Doktor...

Semalam Mummy pergi check-up utk 34+ week. Hari ni tunggu lama betul.. Selalu pergi pun sampai jam 10 pg. Seperti biasa pergi breakfast dulu kat kedai dekat hospital. Ntah kenapa Mummy ambik branch. Sambil tu terserempak dgn doc Intan. Laju je doc ni. Tapi hari ni masa tunggu kat dalam hospital 2 kali doc Intan ke OT...ada org bersalin la tu. Pagi sebelum tu ada 1 lagi.


Bayangkan dia mampu berdepan dengan wanita yg bersalin dalam tempoh yang kerap. Biasanya dia akan naik ke OT dengan beritahu 30 minit..tapi bila aku check jam..tak sampai 20 minit pun. OT yang kedua tu dah lah cesar. Ish2 cekal sungguh doc ni.. Tak boleh tersilap sikit kerana ia melibatkan nyawa manusia. Alhamdulillah doc juga membawa berita gembira pada seorang ibu, suami dan keluarga..


She always smile, rasa akrab dgn doc ni. Selalu bagi kata 2 perangsang..dan tak de la straight sangat. Walaupun dia doc..dia adalah manusia biasa...kita akan rasa macam kawan. Doc ni takde la dress up ala orang pergi office ke apa. Just a woman with baju kurung and tudung.

Friday, November 25, 2011

Cat....miaw...

Big boss ambik kucing ni pagi tadi kat entrance masuk NI. Kesian..sbb kecik sangat. Takpelah kita tengok camner..boleh survive ke tak. Tali pusat ada lagi dengan mata belum terbuka. Mummy rasa umur dalam seminggu..ntah..
Sebelum ni mmg ada bela cat ...tapi hilang. Siap beli cage 3 tingkat..ada lagi kat belakang umah tu. Tapi cat baru ni..kena la letak dalam kotak dulu..bubuh dalam rumah. Itupun tak leh latak kat lantai sangat..letak atas almari kasut. Kalu tidak anak2 dok kerumun. Budak2 kat umah ni memang suka. Iman & Zafri tambah2 la lagi...suka angkat. Iskandar je geli2 sikit.

Kecik lagi cat ni..jadi kena bagi susu setitik..setitik guna picagari ubat Zafri. Itu pun tak banyak yang masuk. Tapi cuba bagi kerap. Sebab rasanya cat ni ketakutan..tercari2 ibunya. Dalam piring pun letak susu juga..

Cuba bagi susu dengan ibu tumpang kucing dari rumah Kak Izan. Tapi ibu tumpang tu tak suka ..dicium2 bau lain kot. Apakan idak nye..kucing ala parsi tak mau dengan street cat ni kot. Gurau je..

Kalu dilihat cat ni ada tiga caler..kuning hitam ..putih. Dulu masa kecik2 orang cakap kalu cat 3 caler ni..bapa dia akan makan anak dia yg 3 caler. Ntah betui ntah tak..dongeng kot.

Harap2 idup la ko cat...

Tuesday, November 22, 2011

List Barang Iskandar Darjah Satu

Kelmarin masa membeli barang dapur kat Giant, Mummy terserempak dengan jualan barang2 budak ke sekolah. Ada baju, kasut, stokin dll. Ish tak boleh jadi ni..Mummy kena settle barang Iskandar untuk darjah satu..takut nanti Mummy tak larat nak jalan...dah bersalin ke.


Dah telefon sekolah..tanya kalu yang dah buat pengesahan tu..Bila sekolah akan hantar surat lagi? Kerani tu reply 2 week sebelum sekolah buka.


LIST BARANG SEKOLAH ISKANDAR


Item Qty


1) Beg sekolah 1 @ 2 -Satu sekolah biasa, satu sekolah agama

2) Baju kemeja putih 3 -Yg baju putih, beli 3

3) Seluar dark blue 2

4) Baju sekolah agama 3 -Baju Melayu putih

5) Sampin hijau 2

6) Songkok 1

7) Tali pinggang caler itam 1 -Tali pinggang yg ada caler2

8) Kasut Sekolah 2 -Yang nipis satu, tebal satu, bpelekat

9) Stokin sekolah min 5

10) Seluar track hitam/gelap 2

11) Botol air


Apa lagi ye..alat tulis tak yah. Dah menimbun kat rumah.

Yang dah ada anak sekolah tu..bolehlah bagi tau apa lg kena beli ye dan di brand apa yg tahan lasak.


Monday, November 21, 2011

Buat Apa Musim Hujan? Makan...?

Hari2 hujan sekarang ni... anak2 pulak jam 3 petang je siap sedia la..
Kejap2 dia ke dapur..kejap2 buka peti ais. Maknanya dah lapor lah tu.
Tak sampai hati pulak tengok si Iman ni nak makan.
Jadi masak bende2 yang simple ..yang pasti habis di makan.
Buat puding roti..Ini bukan fav Iman..fav dia puding caramel. Asal ada rasa lemak susu..mesti dia makan juga. Nak cepat buat ni je la. Buat saiz kecil.. Senang tak payah nak potong2. Taburkan choc chip dengan cherry. Baked garing sikit..bila roti terkena gula tu..haish sedap.
Semalam buat donut yang biasa. Senang je sbb tak payah tunggu lama nak bagi donut tu "gemok". Tambah veg shortning ..first time buat resipi yang ni..menjadi.

Bubuh gula icing je sbb choc tak de.



Budak kecik ni pun makan juga. Habis dua ketul. Tapi yang ni donut kentang..sajer je buat experimen donut...kelmarin dan semalam.





34 week pregnant

34 weeks hari ni. Cepat sangat terasa penat. Cepat lapar..tapi bukan nak makan nasi..nak makan dessert ..palimg kurang pun ice cream..bende yg manis2. Kalau makan nasi terasa penuh sangat perut ni.

Dulu tak pernah rasa sakit kaki ke.. tapi kali ni memang sakit.. Rasa macam nak bersalin pun ada... Ntah camne pula proses kelahiran kali ini.

Cepat rasa mengantuk..tapi tak boleh tidor..semua posisi tak kena.
Yang ni..takde pula sakit dada atau susah nak bernafas..alhamdulillah.

Friday, November 18, 2011

Bilik Hero Mummy

Ini bilik 2 hero Mummy ..Iman & Iskandar. Ini tempat tidur, tempat main, tempat belajar dengan tempat menyepah2. Jadi segala harta bende bebudak ni kat sini...kalu hero2 ni main kat sini..senang la kerje sikit..kemaskan bilik ni aje. Takdela ruang tamu pun bersepah. Kekadang bila tak larat tu...Mummy pun tidur kat sini..malas nak daki tangga dah. Zafri pulak memang siang2 tido kat sini. Tambah lagi aircond dah ada..terlelap lah dia.


Zafri dah nak bangun dah...budak ni suka tido menerap. Kena selalu tengok..kot terlemas ke..naya pulak.


Bangun2 je sebok nak caler macam Abang dia. iskandar cakap kat sekolah tak belajar dah..caler aje..ntah le betoi ke tak!
Bawah katil penuh dengan boxs. Dalam boxs tu penuh mainan yang kalau berterabur terseksa nak mengutipnya satu persatu. Jadi buat masa ni Mummy tak larat nak kemas sangat ...simpan je dalam boxs tu. Toys ..toys..toys... berlambak2 dalam stor pun berkotak2 ..malas nak layan tapi kalu tak beli bising pula.







Wednesday, November 16, 2011

Zafri ..2 yrs. love u my vietname boy!

Ni present bday saya...
Abang2 saya sebok makan cheese kat pizza tu..Babah saya makan spaghetti.
Saya dah mengantuk. Tiup candle pun tak mati2. Mummy saya beli kek kat secret recipe.
Babah cakap makan dulu baru ice cream sampai.
Zafri makan 2 mangkuk ice cream...sampai batuk masa tidur.



15 nov ..genapla Zafri 2 yrs. Cepat rasanya dia membesar tapi badan tak besar mana pun. Iman dari semalam dah sebok nak tiup belon. Katanya nak tiup besar2 biar zafri terbang macam cerita "up". Tapi mummy tak sempat nak beli...lagipun nak celebrate kat pizza. Mummy dah tak larat nak buat makan2 kat umah..maybe next bday yer.




Iskandar pulak bangun pagi je dah ingatkan Mummy " hari ini bday zafri". Then bila sampai petang tak celebrate lagi..dia frust dan tanya balik.."Babah lupa ke hari ni bday Zafri?" So sayang dengan adik dia...



Bila Babah balik..tunggu babah rehat dulu..sbb Babah penat meeting 2 hari kat Putrajaya. Pukul 8.30 lebih baru keluar..dan bday boy pun dah mengantuk.

Happy bday manja Mummy!!!!

Saturday, November 12, 2011

Result Exam Iskandar & Iman

Update pasal hero 2 kejap. Yang kecik ni..dah start asyik moody je. Agaknya kalu nak dapat adik memang gitu. Zafri memang tak boleh diam...aktif sangat.

Ini pulak result exam Iskandar. Markah dia GK , Math, Bm = 100, Inglish = 98. Alhamdulillah dah banyak naik. Dalam class pun dapat no 2. Markah bebudak dalam class dia lebih kurang je.
.. jadi ranking pun sama je berkongsi tempat. Yang penting umur camni dah boleh membaca , mengira dan menulis. Yang lain tu sukahati emak bapak le nak bentuk anak2 jadi apa..

Bila Babah dia suruh pilih present nak laptop ke transformer..dia tetap nak pilih transformer juga..budak2 kan . Tapi sebab tak pergi toyr us ke tak dapat le dia dapat transformer bumble bee yang besar sikit (dah promise dgn dia kalu dpt no 1, sampai 3 bg transformer..).. Tapi fikir2 balik yg kecik ni pun okla..Sebab dia suka bawa gi mana2.





Yang ni pulak result anak manja Mummy. Math - 100, Gk - 92, Bm dgn Inglish -84. Alhamdulillah..Mummy memang boleh kecut perut nak tengok result budak ni. Terfikir budak Iman ni apa dia buat kat sekolah? Nasib baik la naik. Cuma kat class dia pendiam sangat..tak tau berlainan sangat dgn kat rumah ...

Present dia..jam Buzz Light Year...kejap je ..lepas tu selamat tercabut pula. Lepas tu gaduh dgn Zafri..sbb Zafri dapat present basikal utk bday present. Merajuk la pula iman ni. Sedangkan dah byk transport kat umah ni... Iman ni dia byk cakap" Mummy kenapa Zafri ada basikal, car dengan horse kat dalam umah?" Dia jeles la tu. Sedangkan dia dulu pun ada..




Friday, November 4, 2011

Mummy..yang korek tanah tu apa? & Pokok Mangga

Alhamdulillah...rezeki
Marah kat semut..



Sampai ke tak?







Semalam..lepas balik sekolah, anak manja Mummy si Iman tanya,


Mummy yang korek tanah tu apa?


" Puas aku fikir..last2 aku gelak...aku cakap "farmer".



Sebab hari ni dia ada test...general knowledge. Sebab malam tadi dia sebok match the picture pasal occupation..yang lain dia ingat..teacher, fireman, policeman, judge, soldier..alih2 dalam keter dia tanya aku ..soalan tu. Aku cakap.."ha..Iman lupa ke?"



Citer pasal farmer..Mummy nak tunjuk kerje si Iman lepas balik sekolah atau petang...Dia sebok pergi belakang rumah mengutip buah mangga. Seronok tengok budak ni. Kalau kat sekolah jangan harap nak bersuara tapi kat rumah...ayo yo..bising dan lasak. Puas dia membebel yang ni dah yellow..boleh makan...yang ni green lagi...lambat betul. Kalau banyak dipungutnye seronok dia menyanyi2. Dalam sehari adala dia ambik dalam 6 ke 8 biji.


Alhamdulillah dia ada pengalaman kutip buah mangga kat belakang rumah sendiri.

Iskandar Graduation

Ahad semalam adalah concert & graduatio untuk anak sulung mummy..Iskandar. Dalam masa yang sama Iman & Iskandar pun ada concert. Habis dah Iskandar ni untuk tadika rupanya..2 tahun lamanya. Oklah juga anak Mummy ni..ada peningkatan. D

Ini gambar dia. Mummy berdoa besar nanti ambik graduation kat oversea pulak..he he he. Boleh Mummy berjalan sekali. Kalu tanya nak jadi apa..dia cuma cakap nak jadi "race car". Pening kepala nak kotakannya. Dia nak jadi pelumba F1.


Wednesday, November 2, 2011

Barang2 Baby Yang Belum Settle Lagi...

Dah beli barang baby minggu lepas.. habis dalam RM 350 plus. Mostly baju la yang dibeli..Tapi ada beberapa yang belum settle lagi. Takla penting sangat yang ni boleh recycle mana yg ada...tapi lebih baik prepare ..


1) Tilam dan bantal.

Ada banyak di pasaran tapi nak cari yang isi kekabu dan saiz besar sikit. Jadi lembut la. Yang banyak adalah tilam span. Zafri punya ada lagi..(macam tak guna pun..tapi caler biru).

2)Katil baby

Basuh balik katil baby dalam stor...Argh yang ini dah basuh...cleaner yang basuh. Tinggal nak pasang terus je. Problem juga nak pasang balik...sebab abang2nye dah sah akan masuk buat main. Warna masih elok walau dah berusia 6 tahun. Cuma ingat nak tambah reben besar caler pink.


3)Gelang kaki baby.

Not important..tapi babah yang nak beli sangat. Dah survey..harga dalam RM 400 ke 600. Kalau brand Mickey Mouse dalam RM 1000. Tapi takde choice. Sebab Mummy sangat memilih untuk cari design yang simple dan very soft & safety to the baby. Nanti ingat nak survey kat Teluk Intan masa raya haji.


4) Baju baby & dress

Hari tu dapat dalam 4 helai je. Semua warna pink. Akan tambah 2 helai lagi dan add one more dress yang kecik. Babah cakap 2 hari pakai habis la ni. Sebenarnya nak recycle baju baby Zafri..still ok lagi untuk newborn. Dress tu stand bye utk pakai masa kenduri / majlis cukur rambut.


5)Headband

Hari tu dah nampak..tapi tak ambik sebab macam besar sangat dan serabut. Akan cari next week kat JJ dan try do it my self kalu rajin.


6) Car seat baby

Yang ni pun recycle balik zafri punye. Ada dalam stor. Belum basuh lagi.


Ok..lain2 akan dibereskan secepat mungkin. Stroller baru pun kena fikir juga untuk dibeli sbb yang ada utk budak besar.

Tuesday, October 25, 2011

Seluar jeans pregnant

Kenapa pula aku buat entry ni ye...

Ni entry pasal ibu2 mengandung...yang tercari2 nak pakai apa ...dan suka nampak simple aje. Sejak mengandung yang ke 4 ni..dah 3-4 kali org tegur aku pakai seluar jeans atau tak nampak macam pregnant. Ini adalah seluar rutin yang kerapkali aku belasah .."seluar jeans pregnant"..sebab senang nak match dengan apa juga baju. Lebih kurang camnilah seluar jeans pregnant aku..gambar ni aku google je. Di bahagian perut yang agak2 nak membesar tu guna kain yang strech macam kain tudung dan boleh adjust..ada butang. Maknanya boleh dipakai sampai 9 bulan. Bila perut semakin membesar cuma ubahkan aje butang tu..ala2 tali seluar jerut. Manakala kain jeans nye tu lembut.


Seluar jeans pregnant aku tu aku beli kat Vietnam...mana lagi tempat untuk harga murah. Kalu kat sini semua sedia maklum harga baju pregnant ni dalam RM 60 ke atas. ..Ok..bye..bye.

Thursday, October 20, 2011

Nama untuk baby girl...apa ye?

Sebelum ni memang dah ada nama disediakan untuk bakal baby girl . Tetapi bila Mummy fikir if this the only girl...maknanya kenalah fikir habis2 an. Sesuai ke tak.. Jadi agak rumit juga rupa2 nya. Macam orang lain memang mencari2 nama yang ada makna..walaupun nama Mummynya takde makna..


Seperti hero2 yang ada..nama anak Mummy ada 3 perkataan. Kalau hero guna AIZ ..tapi yang heroin kena la ikut Mummy pulak kan. Ada letter TIZ. Dalam hati memang berkenan dengan nama Isabella..tapi takde makna. Juga amat berkenan pada nama yang ada "Kaseh", "Chenta". Mummy suka pada nama2 yang agak klasik tapi elegant.


Ini antara nama yang dah dicari:


TEH INSYIRAH ZULFA

TEH IRISA ZENIA

TEH IRIS ZULAIKHA

TEH IRDINA ZARA

TEH NUR ISABELLA


Ish ish sapa bakal menantu aku tu..nanti mesti terbelit2 time akad nikah dibuatnye.

Nama2 ni masih belum muktamad. Belum propose pada boss sebab hari2 penat sgt dia balik keje. Biasalah Mummy tukang survey dan bos approve.


Saturday, October 15, 2011

Mummy sakit belakang...& Iman pergi Dentist

Minggu ni belakang badan sebelah kiri memang sakit. Dari pinggang ke peha. Dah masuk 7 mth. Alhamdulillah berat Mummy dah naik 48 kg dgn berat baby 1.20 kg.


Bila rasa penat sangat ...terseksa juga rasanya sebab tak boleh nak baring. Nak tidur pun tahan sakit dulu..sampai berpeluh2 juga. Selagi tahan..tahanlah. Tak elok pun nak telan panadol ke apa..


Hari ni lepas check -up..bawa Iman utk app dentist dia pulak. Alhamdulillah Iman tak meragam. Last two week dah bawa Iman utk check gigi..tapi sebab gusi bengkak..doc tak tampal lagi..cuma tampalan sementara bg tahan sakit. Kena dlm RM40. Jadi hari ni settle la tampal giigi Iman..satu tempat lubang besar dan satu kecik..Charge dlm RM 62. Next week pula dah set app untuk cuci gigi Babah dan check gigi Iskandar. Gigi Mummy je belum..Mummy nak tunggu lepas bersalin...sakit nak duduk kat kerusi patient ni ..dan Mummy ada nak cabut gigi pun.


Benda2 lain utk persediaan baby belum prepare lagi. Tak tau nak beli kat ner..maybe Jusco la kot. Hari ni cuma sempat survey utk gelang kaki emas baby. Survey kat Poh Kong je...tapi tak banyak pilihan. Rege dalam RM4oo dan RM 600. ( rasa cam mahal je utk saiz cenonit itu) Kena tanya kawan2 ni nak cari kat ner.. Bos yang beria nak beli gelang kaki..Mummy pun tak faham..Hopefully neneknye boleh sponsor rantai spt yang selalu diberikan pada cucu2 pompuan yg lahir sbl ini. Bertuahnya jadi cucu mak aku ni.


"Hai sang puteri..kehadiranmu memang dinantikan seluruh family...!"

Friday, October 7, 2011

Singapore...cantik dipandang

Ini 2nd trip ke Singapore. Negara yg sebesar ini...2-3 hari dah boleh habis round. Takde yg original view kat sini...semuanya rekaan2 manusia. View di malam hari ni diambil ketika naik flyers...memanglah cantik bila malam dihiasi gemerlapan cahaya..di tepi teluk camni. Di tapak ini jugalah tempat F1 Singapore berlangsung.


Sapa nak tinggal di Singapore angkat tangan? Oh taklah aku nak duduk di sini. Bukan tempatnye...tiada yang unik dan tak sesuai untuk pembesaran budak2 ni. Ke..tak duduk kat rumah tak bertanah..?

Universal studio Singapore? Ok ke...ntahlah..tak masuk pun sebab budak2 tak cukup tinggi lagi. Kena lebih dari 150 cm baru boleh joint games..jadi rugi je. Nak berjalan sangat pun tak larat...tapi InsyaAllah ada rezeki nanti memang teringin nak pergi Disneyland , Tokyo pulak. Sesuai sikit dengan budak2 kecik camni.

Ok...mood malas nak update blog ini memang ada...bye.



Sunday, September 18, 2011

Stok makanan utk budak.

Hari isnin sememangnya kelam kabut. Budak 2 orang ni susah betul nak bangun pergi sekolah...Mummy pun malas jugak. Bos pagi2 udah menyiapkan diri untuk kursus minggu ini. Pagi2 lepas menghantar 2 hero ke krista...kenalah bawa budak yang semakin kembang badan ni ke Tesco. Kalau nak tunggu budak zafri ni mandi..nanti lambat.


kalau tak de bende2 ni..memang tak boleh hidup rasanya... apa lagi barang makan segera la...Bende makan santai2 yang perlu dibeli. Kalu tidak berbunyi la anak Mummy Iman buka tutup peti ais cari makanan. kena adalah bende dalam kepala ni..list wajib.


1. Fresh milk dutch lady 3 kotak.- hero2 minum ni tiap hari. Sbb dah tak susu kan...jadi kena

bagila juga air berasaskan susu.

-menyenangka kerje Mummy...tak payah nak buat. iman &

kandar pun tahu ambik sendiri dari fresh.


2. Vitagen, yogurt, air yogurt, ice cream.

- Bende2 ni nampak tak penting tapi kena ada..Bukan budak je

nak..Mummy pun bedal juga.


3. Cornflakes - untuk breakfast


4. Roti gardenia- utk breakfast & supper


5. Corn beef..@ daging hancur. - untuk makan dgn spaghetti atau makan dgn roti. Iman suka

makan dgn roti... (tumis dgn bawang dan sos..buat ready made

simpan dl peti ais )


6. Sos spaghetti - stand by satu tiap minggu - Iskandar suka makan..dia susah sikit nak makan

nasi.


7. Sardin - Untuk makan dgn roti / kalau x bende nak masak.


8. Biskut / stok makan sambil relax2. - Ini stand by untuk Iman juga.


9.Buah epal / oren/betik


10. Pisang masak - Ni kena lari ke Nilai 3. Cari pisang utk buat jemput2 pisang. fav Iman

juga..sekali makan 2 pinggan.


11. Kek coklat ready made - Dulu rajin buat...tp sekarang malas.


12. Air oren -sunquick.- Yang minum ni pun Iman juga...


13. Ayam goreng frozen , nugget, kentang goreng -


14. kentang - zafri suka makan kentang.. masuk dalam sup atau digoreng nipis2.


Ok..itu saje...utk hari ni. Senang la awal tahun nanti bila bersalin, bila ada list ni. So bolehla bos take over utk prepare makan utk budak2.


Tuesday, September 13, 2011

Mata mengantuk sangat

hari2 dah start mengantuk sangat. Sudah mula tak cukup tido @ x boleh tido..bila baby dlm tummy suka aktif apabila baring. dan Mummy pula bukan org yg boleh tido waktu siang. jadi sudah mula makan bende ringan2 lewat malam @ pagi buta dengan segelas milo.

last check up pula menunjukkan berat badan mummy tak bertambah ..walaupun berat baby je yg bertambah. itu menjadikan Mummy tambah cepat penat. baru 44.5 kg for 23 week.

Saturday, September 3, 2011

Siapa yang ingat kan aku...Allah ..emak.

Bila aku sudah buat keputusan dan tak dihargai...aku tahu aku sudah tersilap.
Jadi tolong jangan buat janji2 lagi kerana aku sudah tawar hati. Dan aku takkan peduli lagi walau aku akan ada 4 orang anak.

Yang sentiasa mengingatkan aku, yang risaukan aku dan yang selalu mendoakan aku adalah seorang insan bergelar emak. Itu yang pasti. Ada hutang yang perlu aku bayar...yang harus aku lansaikan.

Kalau selama ini orang ambik mudah hal aku dan anak2...aku masih boleh terima. Dan rasa cukuplah orang menghina adik beradik aku yang selama ini membesarkan aku. Tak pernah pun adik beradik aku meminta atau menyusahkan orang ..ipar duai.

Kalau perihal nak potong rumput sekangkang kera pun nak telepon sampai 2-3 kali...kau boleh fikir sendiri siapa yang tak tahu menguruskan diri.

Minta maaf ...aku tak mampu mengalah lagi. aku sudah berada dbatasan aku sendiri. Masih ada ruang kosong dalam diri aku perlu diisi ...Alhamdulillah ujian ini mendekatkan diri aku pada Allah. Terus terang aku tak termakan dengan hal duniawi ini lagi.

Friday, August 19, 2011

Alhamdulillah...terima kasih Allah

Lambat betul nak update blog ni bila time bulan pose...bila malam dah terasa kenyang sangat..bila siang dah keletihan.


Sabtu lepas seperti biasa Mummy gi pregnancy checkup. Biasala..akan mengambil masa yang lama untuk menunggu, biarpun appointment dah dibuat. Datang sampai kul 9.30 tetapi dapat jumpa jam 1.30. Jangan berkira hospital swasta atau gov...Apatah lagi kalu doc yang kita kejar tu fully booked. Sekali lagi saya ambik dgn Dr Noor Intan...sama macam pregnant Iman. Iyalah kalau boleh kita lebih selesa dengan doc pompuan kan? Don't worry..sampai je, timbang berat dan ambik urin..nurse dah boleh bagi tau kat kita supaya boleh gi mana2 dulu..dan datang semula dalam 12.30.


Jadi Mummy gunakan masa itu untuk pergi beli baju raya untuk anak2 kat JJ Seremban. Ada la sikit2 sale sebab husband malas nak gi kat KL. Walaupun tak ada pilihan sangat tapi baju budak lelaki bukannya banyak pilihan pun kalu kat mana mana kan? Harga kat mana2 pun sama la kan.. Shopping dgn budak2 ni pun mana boleh lama2..dia orang dah meragam.. udah penat dan kena buka puasa le dia org.


Lepas beli barang patah balik ke hospital. Hari ni dapat scan jantina dan scan 3D. First time doc cakap ini baby girl..! Alhamdulillah...ramadhan ini membawa berita paling manis.

Walau hidup ini tidak sentiasa indah dua tiga menjak ni...cukuplah berita ini memberikan kegembiraan yang amat mendalam di dalam diri saya. Biarlah berita ini memberi kekuatan dalaman pada seorang ibu yang lemah seperti saya.

Thursday, August 11, 2011

Kerenah Iman & Iskandar Pose



Dah masuk minggu kedua puasa..baru la nak update. Penat juga rasanya..tak larat. Ok ini gambar anak bujang no 2 pada hari pertama selepas bbuka puasa. Tak plan pun nak suruh Iman puasa penuh...tak sangka pula dia elok je bangun sahur. Lepas berbuka..maka dia pun tertidur bergelimpang di lantai...kepenatan dan kekenyangan. Sampai tak cukup tangan dia nak sumbat semua makanan...Mummy suap lagi. Dia berbuasa penuh pada minggu pertama. Tapi di hujung minggu ...dia dah mula bosan..cakap tak nak "kuasa". Kebetulan pula tengah sakit gigi..sebab gigi kekal sudah nak tumbuh dan gigi susu goyang2 tapi tak tercabut2 juga. Minggu kedua dia dah susah bangun sahur. Ada juga dia tahan sampai ke waktu berbuka...tapi lepas tu dia puasa separuh hari je. Takkan Mummy nak paksa budak 5 tahun yg tak bangun sahur ni puasa penuh. Tapi hari2 demand nak minum air laici...dan makan buah laici dgn strawberry.


Yang Iskandar pula ...minggu pertama memang susah nak bangun sahur...jadi puasa tak penuh. Minggu kedua ni baru senang bangun sahur ...baru minggu ni puasa penuh..harap2 berkekalan la untuk abang yang umur 6 tahun ni. Dia suka makan roti john dengan ikan siakap waktu berbuka.


Wednesday, August 3, 2011

Sabah - A Nature Lover's Paradise ...part 5 . Kinabalu Park

Rekod di sini tertulis pendakian ke puncak Mount dari Kinabalu Park dalam 2 jam lebih.
Entrance. Ada banyak taman dalam ni. Nak jungle tracking pun boleh ..drive je la jalan cepat.



Kinabalu mount yg tak mungkin mummy daki.





Iskandar cakap nanti dia nak pergi to the top of the mountain.







Sabah - A Nature Lover's Paradise ...part 4 .Kg Nelayan

Tak lengkap kala tak gi kg Nelayan..sebab kat sini ada cultural show. Tempat ni kat luar sikit dari Kota Kinabalu town. pilih2 jangan tak pilih...tunggu je la masa bayar nanti...
zafri dah start dancing.


foods..udang msk butter, sotong, crab goreng, ikan steam..ada la bagi appetizer-jeruk betik.

Air kosong dgn Sabah tea, nasi putih.


Inilah yg top.








Sabah - A Nature Lover's Paradise ...part 3 .Jesselton Point

pics yg sempat diambil..anak2 Mummy semuanya berkejaran kat tempat ini.

Jesselton ialah port untuk kita ke pulau2 peranginan di Sabah.Dengan kaunter2 bot yang kemas..bolehlah naik bot..turun di beberapa pulau...scuba ke..

Entrance
Gerai2 makan



Gambar2 lama Jesselton Point









Ikan terbang kat kedai nasi padang.










Tuesday, August 2, 2011

Sabah - A Nature Lover's Paradise ...part 2

Shuttle bas utk pengunjung kat sini . Only RM3 return ke KK town. Budak2 dia bg free.
Pagi2 bagi ikan makan. Crab dgn burung pun ada.



nice


Kiddies club...tempat utk anak2 main dan utk emak2 rehat kejap. Sorang tak silap RM13 per haur. Extra la kalu nak minum ke ice cream.



Makan malam pertama kat pasar Gaya ini. Banyak betul gerai2..saja try. Ramai Philiphine di sini.










Sabah - A Nature Lover's Paradise

24 July -30 July...kami anak beranak berada di Sabah.Tak plan nak gi pun...2-3 hari baru buat dicision..baru nak book ticket Air Asia. Maka Iman & Iskandar pun ponteng la seminggu. Ini gambar2 dekat pantai hotel Sutera Harbour. Pemandangan matahari terbenam kat sini memang cantik...amat mempesonakan.Kat sini banyak Japanese tourist.
Area Sutera Harbour juga. Ada banyak lah bot2 mewah ni..tempat dema parking. Kat sini juga adalah port untuk pelancong naik bot ke pulau2 yang berdekatan. Tetapi kalu naik bot dari sini ke pulau2 tu charge mahal..dalam 90+ sorang termasuk makan..kalu naik kat Jesselton dalam 30 + je. Mungkin dema ni target tourist la..



Boys...lepas pergi swimming jejalan jap. Tapi kalu nak round satu Sutera Harbour pun tak larat.





Ini gambar Iman yang suka stop2 nak makan, nak minum.Tengan tunggu check in hotel siap..jadi kami ke K Kinabalu town sekejap..dekat area Pasar Filiphine. Tambang teksi dari hotel ke KKinabalu town mahal..sehala RM 12. Dekat je 10 minit camtu.




Friday, July 22, 2011

Majlis Kenduri-Kendara Sebelum Ramadhan

Nak dekat 2 Ramadhan yg tinggal seminggu ni...ramai yang berebut tarikh untuk menguruskan majlis kenduri kendara. Betui tak? Last week ada kenduri, this week ada...next week nak Ramadhan pun ada. Sungguh ramai umat Muhammad sekarang ni.




So aku pun camtu juga. Tarikh 17 July lepas aku 3 event. Yang kesemuanya rapat.


Tarikh 17 July ada kenduri kahwin di Dewan Wangsa Maju..anak sepupu kahwin..dah banyak kali mak bagitau.




Tarikh yang sama juga Si Eno adik ipar bertunang.




Tarikh yang sama juga sepupu aku "Su" anak pakcik Hassan nikah dan majlis nikah dengan sorang saudara baru.




Malam tu..kenala pergi rumah pakcik aku sebelah ayah tu. Dah tinggal sorang ni aje waris sebelah ayah..kalau kenduri kecik..dari doa selamat,merisik, bertunang, kahwin ..dia pun org penting juga dalam family aku ni. Iyalah nak juga menjenguk sepupu2 aku yang rupa mix ala pakistan ni. Bila si pengantin ni kahwin dengan saudara baru -Cina..dah sah anak lagi muka mix. Suka makan kerang masak sambal taucu.Lauk sedap..Iman bertambah makan.




Hari Ahadnye pergi mengantar adik ipar di Parit 1. Orang2 Jawa ni masih kuat masak bergotong royong. Masak guna kayu2 bertungkukan batang pokok. Boleh nampak periuk belanga di atas bara hasil dari semangat memasak bersama2. Hasilnya ialah sayur lemak umbut kelapa yang enak. Juga sup sayur kobis dengan ceker (kaki ayam). Dulu kawasan ini ialah kawasan wajib untuk beraya. Tetapi memandangkan pakcik dan makcik sudah arwah dan berpindah..takdelah aku masuk Parit 1 lagi. Alhamdulillah dapat jumpa juga sepupu aku -Seri dan sedara sebelah ayah.




Jadinya idak la aku pergi kenduri kahwin di wangsa maju.




Semoga pengantin baru berbahagia. Amin...

Tuesday, July 19, 2011

Iman Tumbuh Gigi Kekal...Mummy yang risau

18 July 2011 .Gigi susu Iman tinggal nyawa2 ikan. Sikit lagi nak tertanggal..Masih elok lagi. Baru semalam Mummy perasan gigi kekal yang belakang tu dah keluar.



Dalam 3 minggu ni , Mummy tak tahu kenapa gigi depan Iman yang bawah mula renggang. Mummy bising..ni mesti sebab Iman suka minum air oren sejuk dari peti ais. kalau ada satu jug tu , memang habis Iman minum. Mummy selalu bising ni mesti sebab Iman malas minum susu. Sampai 2 gigi depan Iman yang depan tu dah start goyang. Mummy cakap nanti gigi Iman tak cantik.



Ahad semalam bila check gigi Iman ..rupa2nya gigi kekal dah keluar satu..dan satu lagi dah nampak bayang2 nak keluar. La...sian Iman..penat Mummy bising2 kat dia. Padan la badan macam panas sikit waktu malam 2-3 hari ni. So ..Babah cakap nanti kita gi dentist ..suruh cabut ke..takut gigi kekal yg bawah tu senget..Macam gigi Babah. Like father like son...( Iman always..banyak persamaan macam Babahnye...sangat rapat ...sangat manja..dan selalu gaduh)



Tetapi balik sekolah hari Isnin..lepas Mummy suap Iman makan. Iman duduk lama dekat depan peti ais. Mummy ingat Iman buat apa? Lepas tu Iman cakap "Mummy gigi Iman nak patahlah...boleh tak kita pergi klinik suruh doc gam". Dia tunjuk gigi dia yang dah tumbang ke depan...tinggal sikit je daging yang melekat..ada la setumpuk kecil darah sikit. Masa makan tadi..dia tak cakap pulak sakit. Mummy cakap ..boleh tak Iman goyang2 sikit nanti kalau tercabut..kita tak payah gi klinik. Mummy pun tolong goyangkan juga. Sebab nye esok Iman ada school trip pergi Aquaria KLCC dan lain2. Mummy takut iman demam.



Tapi gigi Iman tak tercabut juga. Iman suruh ambik gambar sebab dia nak tengok. Lepas tu explain kat dia. Nampak tak ada gigi baru kat belakang tu. Itulah gigi baru Iman..maknanya Iman dah besar lah tu.


Iman cakap:


" Iman dah besar ke..mesti Iman jadi macam Babah kan...Iman dah jadi "Man"..Iman bukan "boy" lagi."



Lepas tu Iman mula lah berlagak sikit sebab Iskandar masih gigi susu lagi. Iman baru 5 yrs tapi gigi kekal dia tumbuh dulu nampaknya.



Lepas makan 2 ketul sandwich petang tu, Iman terus tertidur tunggu Babah balik. Masa Babah sampai ...pelan2 tunjuk gigi Iman. Babah pun goyang pelan2 dan tercabut.



Iskandar cakap:


"Letak gigi Iman bawah bantal...nanti jadi duit" "Iskandar tengok kat tv, dia cakap macam tu"



Iman cakap:


"Iman nak tanamlah...nanti dapat duit lagi banyak"




Sekarang bila Iman senyum dah rongak sikit..gigi baru kat belakang sikit.Mummy nak tergelak tengoknye. Gigi belum rosak lagi... *Just watching them grow up is the best ever!*
















Thursday, July 14, 2011

Pandang2 Yang Comel

Memang suka sangat kalu tengok baby girl yang pakai bende alah ni. Apa namanya ha...skirt yang kembang gini..yang tak padan dengan orangnya. Pakai untuk photoshoot aje ni.. A few pic yang Mummy ambik dari JT photo. memang cantik dan touching sekali.



so cute




sampai terduduk ha...



Kalau dapat baby girl...Mummy nak comel camni...lepas tu boleh buat photo shoot pakai skirt camni. Mummy dah 15 week , minggu ni...jantina baby masih tidak dapat dikenal pasti. Terima saja seadanya Anugerah Allah swt.