my life

my life

Monday, March 28, 2011

Kejahilan ...itu perlu diatasi

Saya dah tua..I'm 33. Tapi saya masih jahil dan masih banyak untuk dipelajari. "Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang maha pengasih lagi maha penyayang. Yang menguasai hari kemudian. Pada-Mulah aku kembali. Dan kepada-Mu aku mohon pertolongan. Tunjukkan kami ke jalan yang lurus iaitu jalannya orang-orang yang Engkau beri nikmat. Bukan jalan mereka yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat". Bila saya baca dan memahami erti ayat Al-Fatihah ini..jiwa akan tenang. Tanpa pengertiaan tak dapat nak menjiwai ...tak mampu nak khusyuk dalam solat. Bila dibaca berulang..terasa saya hanya hamba yang kecil. Sebab itu saya cuba untuk memahami erti ayat2 al-quran ni. Sungguh rugi la orang macam saya yang tak tahu bahasa Arab. Jadi perlu baca selalu...baru ingat.

Sunday, March 27, 2011

Babah operation

ESOK BABAH OPERATION-SLIP DISC. HOPE EVERYTHING OK.

Iskandar: McQueen bday Cake & scooter

Ok..seperti yang dijanjikan untuk anak manja Mummy ni. Bday cake ala2 McQueen car sudah la siap. Ini gambar final touch up. Iskandar & Iman tolong bubuh deco2 sikit @ caler sweet2 ni. memang eye catching. Iskandar cakap "the cake look pretty". Ada pretty pulak kek ni. Bubuh topping coklat dgn choc rice dgn mn.

Bentuk car tu..tambah kek lain..buat fonding dari icing sugar.

Iman pulak sudah siap untuk cake bday dia nanti. Iman nak Mummy buat "mater" pulak. Peminat2 citer car Mcqueen memang dah kenal sangat dengan karektor2 carton ni kan.
Ok. Ini pulak gambar scooter yang import dari Vietnam. Dulu pun ada scooter juga..scooter tu dah tinggal kat Vietnam. Yang ni pun beli kat kedai yang sama. Mummy cakap kat sini scooter mahal dan tak cantik. Jadi beli kat Vietnam. Satu scooter tak sampai 50 ringgit pun. Ada absober lagi. Sebenarnya kat Vietnam ada banyak design mainan dia dan caler2. Untuk scoter budak setahun pun ada..tapi tak beli sebab Babah kata tak boleh lipat..camna nak bawa balik. Takpe Zafri..lain kali kita beli scooter adik pulak ye.

Friday, March 25, 2011

akhirnya jadi juga biar tak sempurna

Sedikit minat pada benda makan makan. DAN berusaha untuk realisasikan hasrat iskandar. Mummy cuba juga hasilkan deco kek car mcqueen ni.Puas hati sbb DIY. Dapat pengalaman buat sendiri. Iskandar pun suka...seronok la dgn kawan2 hari ni.Nanti pc dah ok, baru update gambar kek yg menarik pandangan mata tu:

Tuesday, March 22, 2011

Happy B'day Iskandar with Babah

Ok..for bday boy .Lastnight Babah bawa gi makan pizza. Hari ni Babah dah terbang ke Vietnam..udah request hadiah skuter macam profile pic blog ni. Ni adik b'day boy. Cukup bijak...sebab apapun dia yang terlebih excited, terlebih makan dan akan dapat juga present. Ntah apa dia order kat kaunter tu pun tak tau.
Ini b'day boy..sempat memanjat. Rupa2 nye meja sebelah pun sambut b'day juga. Ha ha..Tapi kek Iskandar dah potong siang tadi. Dia tengah tunggu satu lagi kek untuk celebrate kat school.
Ok juga kalau nak makan kat sini..cuma sedikit boring macam tak ceria berbanding piza hut. Baby chair pun takde. Tempat ni macam tak sesuai untuk family...? Dan tak de can nak makan cheese yang meleleh tu..
Sesekali makan kat sini ok..tapi selalu boring juga. Cuma lebihnye pizza dia crunchy. Ok malam ni makan tuna temptation pizza, meat mania pizza. Memang laju je makan.
Breadstix pun makan juga tapi tak habis..Mummy lebih prefer garlic bread dekat Piza hut , Ho Chi Minh..
Lagi makan BBQ chicken wing. First time makan ni kat Dominos .. Sampai2 je semua makanan Mummy terbau bende masam. bau yg tak sedap. Kenapa chicken ni sos berair.Bau busuk dan masam. Rasa mmg out. Satu wing pun tak daya nak dihabiskan...
Last sekali try makanan banana kaya dessert. Seperti gambar di bawah ni. Takde la secret recipe ke apa.Memang topping bubuh kaya hijau dengan pisang. Terpaksa la tapau sebab tak habis.

Esoknya panaskan lagi bende ni tapi tak habis. Maknanya kena campakla bende ni kejap lagi.
To be fare..apsal Mummy rasa makan kat pizza hut lagi best.Ntah...mungkin entertaining juga..mungkin Mummy rasa Dominos ni sesuai untuk order je dari rumah. Makan kat kedai pun dalam kotak juga kan. Lagi satu pizza hut boleh cicah garlic bread dengan sup.


Monday, March 21, 2011

McQueen Car Terbelah Dua ..Happy Bday Iskandar

As per request anak Mummy nak McQueen Car cake for the b'day. So ini first time Mummy Deco untuk cake dengan bahan dan tools yang tak de. Balik sekolah jer tanya lagi hari ini happy b'day Kandar kan? Yerlah anak oi... Tapi kat sekolah celebrate hari Jumaat. Ok..Kandar suka.
Untuk makan kat rumah buat kek yg kecik je. Iman makan tak sampai sejam habis.
Mula 2 buat jadi warna pink. Jadi tuan punya b'day dah monyok jadi kena buat layer baru kat atas. Dah tak licin pulak.
Ok, Mummy dah ada experiance deco sikit. So khamis ni dah bolehlah buat choc cake saiz A4. Buat objek car mcqueen ..buat jalan raya dia sikit...Tulis nama ISKANDAR. Citer b'day budak ini belum habis lagi..tunggu bos belanja makan malam ni.

Hanya Yang Fresh Je Sedap Dibakar

Tentu sedap kalau makan ikan bakar kan..ikan yang dipanggang dicecah dengan air asam dan sambal.. dah sah nikmat. Makan pulak dengan nasi putih panas2. Ikan mesti segar...barulah sedap.

Apa jadi kalau ikan tak freash...aiya..bubuhla dengan apa juga bahan perap. Rasanya tetap kurang..silap2 boleh sakit perut je. Makan kat tempat ni..sepatutnya menjanjikan rasa ikan yang fresh dengan harga berpatutan. Jom kita survey

Air sirap..tawar. Bagus untuk yg kencing manis ni.
Order air bali juga..sama juga ..tawar.
Anak Mummy sebok memerah limau kat ikan pari.
Untuk tunggu ikan bakar siap order keropok dgn sup ayam lagi.
Hg ikan pari seketul ni RM 10.00. Malang sungguh tak fresh.



Ketam ni untuk anak bujang. Sekor ni RM 12.00.
Ketam kecik ni rasanya bukan saiz untuk bakar.


Ikan keli ni fav rakyat Malaysia
Harga sekilo di kedai ini RM 8. Ish apasal Mummy beli kat pasar sekilo RM4 je?
Harga sekor siap masak di kedai ni RM10.00
Sama juga tak fresh. Tak de rasa manis ikan keli pun.
Sambal yg atas ikan ni rasa manisla.

Ok, ini kedai apa yer? Cawangan Gombak tau. Yes! Sekinchan Ikan Bakar. Kalau nak rasa ikan fresh yg sedap rasanya memang tidak payah datang sini. Mungkin anda boleh suggest ikan bakar yg sedap di ibukota.
Eh...dah lama tak pergi makan di Bagan Lalang kan? Bila nak pergi...? Agak2 bila ler tempat BBQ kat belakang umah ni nak berasap balik?

Sunday, March 20, 2011

Dahi lebam, benjol-Zafri at Prince Court

Anak jatuh,dahi lebam. Dah tentu risau kan. Iyalah berita semasa tentang pendarahan di kepala anak kecil buat Mummy kecut la juga. Semoga tidak berlaku pada anak.
Sebab lebam kat kepala Zafri tak hilang2 lagi. Dah seminggu sejak Jumaat lepas..maka tak sedap hati selagi tak bawa jumpa Doc. Lambat sebenarnya Mummy bawa check up..Bos la sebok. Jadi bawa la pergi Prince Court. Dari klinik untuk mum & ped ke klinik emergency dicampaknye kami. Sbb fully booked la untuk ped klinik tu. nak tunggu pun pasti memakan masa. Hari ni pun Sabtu, mostly doc keje sampai pukul satu. Doc pun nak makan juga..jangan marah2 tau.
Zafri.. a week after tsunami
Ni dahi anak Mummy. Seminggu pun ada lebam lg. Masa kena separuh dahi dah terangkat ke depan. Tapi tengah zaman melasak ni memang tak reti diam.
Doc cakap ok. 24 hrs lepas xcident tu tempoh yg ptg. Sila chek sindrom2 di bawah:
#Kalu dia lembik ke,
#Muntah ke,
#Ada lelehan ke kat hidung atau telinga atau
#Saiz mata kecik sebelah bolehlah di syaki ada bleeding ke apa.
Tapi Zafri kes hanya pada lapisan kulit luar.Lepas jatuh pun tambah lasak Maklumlah budak baru dapat kaki..tak jatuh ..atau tangan tak diam menarik2 barang2 kena kepala pulak...ayo..
Sorryla Manja..Mummy sebok yer. Bos sila cari maid ..kejadian sebegini bahaya.

Friday, March 18, 2011

Deco simple. Do it yourself!

Hari ini nak citer pasal Deco sikit. Semua suka tengok rumah cantik kan. Sebab kat luar tu tengah hujan..jadi takkan nak duduk diam je kot. Internet pun slow 2-3 hari ni. Jom kita ceria2 kan suasana.
Aha...bunga ni ada depan umah..boleh petik beberapa kuntum.
Susun dalam bekas yang berisi air yg ditambah sesudu gula. Boleh letak kat bilik air satu.


Bekas yang cantik akan menambahkan lagi rupanya. Letak atas meja satu

Ok.


Bunga ni pun boleh.

kan dah siap. Kalau nak wangi tu tambah lah pewangi sikit. Kalau nak romantik..boleh la letak lilin. Lepas tu tengok je..boleh relax sikit.



Tuesday, March 15, 2011

Franchise Asia


Mummy just read a magazine article "Franchise New Success Formula-Woman". Something to share with u some interesting facts and trends of women..and franchising.
#
Women tend to own less expensive franchise systems and generally tend to enter into a less expensive franchise system. The reasons are associated with a woman's nature to take less financial risks and to start small to grow big.
#
Bank and Financial institutions are the main sources of finance for female franchisees as they view bank growing as a business tool to grow their business.
#
Franchising gives the opportunity to continue the childcare role at home, and provides them with the pefect balance between work and personal life.
others
Woman have increased their desire to partake in more challenging, rewarding and flexible position.
#
Woman are more savvy risk-takers than men.
#
Woman generally are organised, able to prioritise, have ab eye for detail and are generally
able to multi task.
etc...
Dialog
Mum: "Semua mahal2 la franchise dalam ni".
Bos : "Cuba tengok list kat belakang2 tu"
Mum:"Ni semua dalam SD dgn Austalian ni..mahal sangat"
"90210 adalah"
Bos : "Orang Malaysia tak makan sosej sangat.
Mum: "Mahal juga..
Bos :"Mummy jual goreng pisang je lah.."
Bos: (Dengan mood malas nak layan wife...baru balik keje)
Mummy :(Mummy cari yang 80K ke bawah, yg senang handle dan tak payah staff
reramai ..kang lingkup Mummy juga dipersalahkan)

Monday, March 14, 2011

A nuclear power plant in Fukumi

Bila pagi2 dan tengok awan dah mendung..teringat msg ni.

A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4.30am , 2day. If it rains 2 mor or later , don't go outside, be sure that u have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch u. U may burn ur skin, lose ur hair or have cancer. Stay save and remind eveyone u know.

Tak tahulah Mummy betul ke tak @ spekulasi...
Yang pastinya cuaca mmg tak elok 2 hari ni. Duduk je lah dalam rumah!

Panas2 Roti Sosej

Roti topping coklat untuk anak bujang
Inipun untuk anak bujang juga..

Balance roti bubuh topping sambal
Penuh tray ni..

Dapat makan roti sosej camni time hujan2 ni sedap kan. Gemok2 roti ni..lembut sedap sambil minum tea. Tak sempat nak letak sos, anak buang dah ngap . Bos sampai nanti ada la bende dia nak makan. Sian pula bos naik motor hari ni.

Sunday, March 13, 2011

Baru Sampai dari Kampung

Cantiknya Zafri..sewaktu baru lahir.
Tak salah kalau Mummy kata cantik..bagai bunga ros yang sedang mula mekar.
Alhamdulillah. Maha Besar Allah.

Kepenatan baru balik dari kampung. Sepanjang jalan hujan..dengan cuaca yang tak baik...mengingatkan Mummy pada bencana alam tsunami di Jepun. Ya Allah ..hambamu bermohon agar keluarga kami dijauhi dari bencana sebegini.
Anak2 baru lepas makan...kelaparan. Sambil menunggu mesin basuh berhenti bekerja, sempat menyelinap melihat blog. Esok anak2 sudah cuti sekolah..lain pula agendanya. Bila kita terasa penat..cuba pandang pada wajah yang suci bersih ini. Sangat aman.
Menjenguk emak di kampung. Alhamdulillah masih sihat. Rumah yang di renovate sudah siap. Kerje2 mengecat pun dah siap. Tinggal elektrik-lampu dan kipas belum dipasang. Lepas tu proses mengangkat barang2 dari rumah atas ke bawah. Argh...mesti penat mak aku ni. Mummy hanya sempat tolong mop habuk2 dan simen di lantai. Jadilah..dapat mengurangkan kerje sedikit..

Friday, March 11, 2011

A Doctor in the house . he he

Aha...macam tau2 aje. Itu namanya sehati sejiwa. Tiba2 je muncul buku ni kat rumah. A Doctor In The House.....
Rege RM 100.
Pages: 800 pages +
Mummy..you want be like him?
Bila nak start baca ni. Tunggu bos baca dulu kot..bila nak habis.

Raikan Cuti Sekolah Dengan

Raikan Cuti Sekolah dengan... Main hujan di luar lepas balik sekolah..freedom..
Makan kek yang dibuat untuk nenek kat kg. Balik kg petang ni.


Thursday, March 10, 2011

Dah Benjol dan Lebam

Kalau ada yang tengah lasak dan tak boleh diam..memang tak sah kalau tak jatuh..terjatuh. Tambah2 lagi kalau tengah jalan pun tak balance. Tengah Mummy sebok kat dapur, dengar bunyi bende jatuh..dan Zafri menangis. Baru tadi halau dia dari masuk dapur. Dah tergolek pulak ke? Tengok2 ada lebam kat dahi..besar betul. Ada calar lagi.

Cepat panggil Bos yang tengah tidor2 kat atas tu (demam). Ambil ais dan terus tuam...dalam 30 minit tuam.Barulah surut benjolnye. Inilah benjol paling besar rasanya kat Zafri. Lepas tuam letaklah vicks. Tak sure dia jatuh atau dia menarik tali torchlight besar lalu jatuh menimpa dia. Tapi rasanya torchlight tu yg jatuh kat dahi dia..sebab kalau zafri jatuh..takdelah lebam besar sangat dan tak calar...Sebab kat lantai kayu.

Pagi2 dah meredah hujan ke Giant pergi beli A Bruzzy Gel..nak hilangkan lebam. Yang lama dah habis. Tenyeh sikit kat lebam sambil rasuah dia makan lolipop. Zafri tertidor on the way balik. Dahlah lebam dahi anak Mummy ni. Dan tak tahannya..petang ni nak balik kampung..aiseh..siap sedialah telinga Mummy dan bos dengar nenek membebel.

Wednesday, March 9, 2011

Registar Darjah 1

Zaman kanak2 yang seronok...
Daftar anak Mummy untuk sessi persekolahan 2012. Untuk sekolah yang ala2 area kampung ni lambat sikit. Hanya menerima untuk mereka yang lahir tahun 2005 aje. Kalau sekolah area town dah sah kena daftar seawal kanak2 berumur 3-4 tahun ke atas.
Mummy pilih sekolah ini (SK Btg Benar) kerana;
-Bilangan pelajar dalam class dihadkan dalam kuantiti yang kecil shj. Lebih kurang 25 org. Harap dengan bilangan yg kecil ni, minta2 lah cikgu2 dapatlah monitor betul. Sbb sekarang ni kebanyakan sekolah , dalam satu kelas dah 40 org lebih. Kesian ...
-
Jarak sekolah dengan rumah pun tak lah jauh..Kira kra 2.5 km.
Terima ke pendaftaran anak Mummy ni?
Dokumen dll yang diperlukan adalah seperti berikut:
1) Isi borang yang disediakan (maklumat pelajar dan parents)
2)Sijil lahir
3)Salinan sijil lahir
4) Salinan IC parents /penjaga
5)Salinan doc untuk pengesahan alamat (bil letrik/air/telefon tetap)
6) 2 keping sampul surat beralamat sendiri dan berstem 60 sen
Lepas submit, cik kerani akan lekat kertas pd sijil lahir dan memaklumkan jangan buka tau kertas ni. Nanti pihak sekolah akan hantar surat dalam bulan 8 untuk pengesahan.

A Doctor in the house

Baca news hari ini, Mummy sudah tersangkut hati untuk beli buku ini. Pada pemimpin yang pada pandangan Mummy hebat.
Lantas terkenang kembali saat2 bersama sahabat baik Azmah Dahari (TV3 broadcast) yang dapat interview Tun. Waktu itu kami terlewat datang ke pejabat Tun di KLCC. Nasib baiklah lepas juga..
Tun..penampilannya sederhana, merendah diri..Sanggup menerima kedatangan kami yang ilmu dan pengalaman jauh di belakang lagi. Ingat tak lagi Azmah..pengalaman ini suatu waktu dahulu 'bagai bulan jatuh ke riba". Tun Mahathir & new book (pic source B. Harian)
Mummy & Tun (gambar lama..ambil semula) Masa ni tgh pregnant Iman 4 mth.
Zaman2 kerje as editor&writer cum Head of Economics & Comm cum kuli pun ye.
Masa nak ambil gambar ni , Tun minta 20 sen..ha ha.

Tuesday, March 8, 2011

Kucing sapa ni ..sila ambik sbl Zafri ligan

Kucing sekor ni suka sangat datang rumah..pantang menggoreng ikan mesti nak curi2 masuk ikut tingkap. Tak boleh tinggal ikan kat dapur mesti hilang. Suka membuang urine di depan rumah dekat motor & car pulak tu. Zafri pantang nampak cat ni..dia kejar.
Mana rumah awak ha?

Ko ingat ni rumah kau ke? Ish..buat busuk ajerlah.


Nak kena ni..(Zafri nak duduk atas kucing..)



Monday, March 7, 2011

Bingka Labu..first time try buat

Mummy tak tahu apa nak buat dengan sebiji labu ni..dah org bagi. Bukan suka makan labu pun..mmg sah tak beli sebiji labu. Ada dua option masak lemak atau masak bingka labu. Jadi masak bingka labu sebab rasa2 kalau masak lemak macam Mummy makan sorang2 jer. Nasib baik lah jadi..Iskandar yang makan banyak.
(Awas makan labu banyak2 boleh kembong perut aje)

Bingka Labu


1 mangkuk labu (masuk semua saiz labu yg paling kecik ..jangan membazir)

1 mangkuk tepung gandum

3/4 pati santan (Mummy campur susu cair sikit)

2 biji telur

1 cawan gula (ikut rasa manis kita..boleh kurang atau tambah lah. Kalau dah bubuh susu cair

dah manis juga jadi kurangkan sikit.)

secubit garam


Rebus labu & mix semua bahan2 ni dgn mixer.

Masak nak dekat 1 jam juga..ke Mummy tak reti buat ni.

Sunday, March 6, 2011

Anak Saya Kulit Sensitif..si highly maintenance

Kulit anak Mummy, Iskandar sangat sensitif. Kering..dan suka menggaru jadi merah dan berkudis. Nak berkongsi dengan geng blogger apa produk cream/lotion/sabun yang bagus untuk budak2 umur 5 tahun.
Untuk sabun,
Guna sabun bar brand "oilakleen-virgun". Moisturising soap. Gentle cleansing for dry, sensitive skin. Sabun ni takde dalam liquid. Jadi budak2 sekarang ni malas nak guna. Kena ingatkan hari2. Baru guna dalam separuh. Ada perubahan..kulit nampak moist ah. Sabun ni pharmacist yang suruh try. Kalu baby guna sebameed la katanya, tapi budak besar guna ni.
Mummy pun guna body scrub untuk hilangkan kulit hitam bekas kudis/bekas kulit merah.
Guna brand secret garden. Mummy survey kat Tesco, cuma ada brand ni aje. Sekali dengan Mummy pun pakai. Ok juga.
Cream
Iskandar dari kecik memang guna "Candid B cream". Cream ni cepat keringkan kulit yg merah atau berkudis.
Losyen
Iskandar tak boleh guna losyen baby dari kecik. Nanti kulit jadi kering. Jadi guna rosken je. Kat muka, pipi pun boleh sapu.
Tapi kulit kaki terutamanya tetap akan berulang kering..bukan boleh cantik bersih..takde kudis ke. Mesti ada. Sebab dia suka menggaru juga. Hopefully geng blogger boleh suggest product lain.
Kalau Iman..no problem..kulit sihat. Ada parut pun sebab jatuh. Kulit dekat lutut ntah berapa kali calar, berdarah sebab jatuh. Ini budak out of control. Tapi kulit dia memang cepat recover, parut hilang dalam seminggu. Sebab dari pemakanan kot. Dia suka makan epal atau oren sampai 3 biji sekali makan sehari. Bende lain pun makan juga. Susu je dah tak nak...
Zafri pun kulit tahan lasak. Cuma lepas satu imunisasi masa umur setahun hari tu..kulit punggung sensitif pada makanan yang ada telur. Akan tumbuh bintik berair. Tapi bila guna sabun cuci dari klinik mmglah hilang.
Ok...macam mana anda pulak yer? boleh share?

Umur Makin Meningkat..agaknye berapa tahun lagi hidup?

Pagi2 dah ke Nilai3 beli nasi lemak. Malas nak masak breakfast sbb bos subuh2 dah pergi main golf (jangan balik tangan kosong balik nanti..kurang2 tu bawa la hadiah vaucher ke..). Balik, sampai traffic light..terfikir, argh umur Mummy dah meningkat setahun lagi. Hajat yang satu itu masih belum terlaksana.
Bila berada di usia ini..argh..banyak betul ibadat dan pahala belum dibuat..kot 2 umur tak panjang. Impian pun banyak juga..dari yang short term & long term. Entah2 terlaksana atau tak?
Ini bulan Mac..b'day month. Yang pasti b'day anakle yang lebih. Mummy nak apa.. Mummy nak apply annual leave seminggu boleh?

Donut

Petang ni buat donut..sambil disebok2 oleh ketiga2 askar Mummy. Pantang Mummy nak buat makanan memang datang.
Resipi Mummy edit2 sendiri mengikut apa yg ada kat dapur. Bos cakap sedap macam kat kedai. Mana tak sedap sebab bubuh susu cair.

resipi: Donut Mummy

3 cwn tepung gandum
3 sudu gula
2 sudu teh yeast (mummy guna mauripan)
1 sudu emplex (try bubuh dan menjadi)
200 ml susu cair (ada balance lagi dlm fresh..masuk la) kira2 1 cawan
50 ml air (kira2 1/2 cawan)

Topping
coklat masakan dengan coklat rice

Mix all..buat bentuk bulat2.leperkan.
Tunggu 30 minit baru goreng. Masa nak goreng baru buat bulat kat tengah donut tu.

Thursday, March 3, 2011

Bubur Jagung

Model Mummy..Iman yang kuat makan

Jauh jagung, pumpkin dan labu air ni datang. Dari seberang Perak. Babah pergi melawat kawannya semasa haji malam tadi di sana. Jadi banyaklah ole2 yg diberi. Jagung pun dah siap berparut tinggal nak campak dlm periuk je. Senang je..rebus sampai lembut..letak daun pandan, bubuh gula merah campur gula putih, santan dan sedikit garam.


Wednesday, March 2, 2011

Family pic

Gambar kami..baru upload dari kamera..lama dah ni
muka semua dah berpeluh...Zafri rambut dah mcm rockers.

Zafri...Sebelum Botak dan Sesudah


sesudah botak...tutup sikit..nanti saham turun



ha..ha..Zafri dgn cazen hazeem. Zafri with light grey baju Melayu dgn stokin biru .


Rambut pacak tu..



Gambar ni dah lama tapi tak sempat uplode lagi. Zafri atas pelamin yang sebelah kanan dengan rambut pacak. He is so adorable kan..

Bila Hati Sakit dan Tak Lalu Nak Makan

Tak habis nak makan nasi lemak ni..Bila tengah memikirkan sesuatu dan tak kesampaian lagi. Ya Allah kau mudahkanlah laluan dan bukakanlah pintu rezeki untuk hidupku ini.