my life

my life

Tuesday, May 18, 2010

Stress dan Marah

Kekuatan untuk menangani stress dan marah. Hanya yang kuat bisa menanganinya. Mummy pohon semoga kekutan itu sentiasa ada dan kesabaran itu sentiasa menemani kehidupan ini.
Unsur2 dari luar itu sentiasa menganggu kawalan kita pada diri sendiri. Sangat benci pada situasi begini. Pergi unsur2 jahat yang mengamggu kedamaian .

Monday, May 17, 2010

Bila Anak Mummy nak Exam

Hari Isnin, Selasa dan Rabu..anak Mummy ada exam. Dengan aja exam..macam la exam tu susah ala2 nak SPM. Teacher dah bagi buku suruh baca dari last week lagi. Tapi takde exam schedule la pulak.. Mana nak tahu budak kecik ni nak exam apa hari ni. Pelik juga teacher bagi buku BM aje..yang Inglish dengan Math mana? Tak faham betul lah..

Yang simple spelling dia sudah boleh eja..apple, car cat , box.. Teknik Mummy ialah ajar bende yang dia minat dan seterusnya yang berkaitan. tapi jangan dipaksa..biar dia timbul rasa minat.

Tapi bila dia membawa balik buku bahasa Melayu...ternyata dia tidak tahu untuk mengeja satu pun..malah ada gambar yang dia tidak tahu apa namanya dalam bahasa Melayu. Terpaksa mengajar dia apa nama bende itu dan ajar eja..susah.. Iyalah dia akan menyebut Inglish dahulu. Hari2 bila kita menyebut aeroplane, elephant...dia tak tahu apakah kapal terbang..gajah.. Saya sudah tahu kelemahannya.
Jangan kata dia akan menangis..Mummy pun akan menangis juga..hu hu hu.
Adus..it pengajaranya..bila kita mahu anak menguasai bahasa asing..kita terlepas pandang bahasa sendiri.

Thursday, May 13, 2010

Happy Mums Day

Untuk semua yang bergelar Mummy..dan anak2 yang lahir dari seorang ibu.

Iman bawa balik bunga rose for mothers day.

Mummy: Iman..teacher cakap bunga ni suru bagi siapa?
Iman : Teacher bagi kat Iman suru bagi MAma
Mummy: Mama tu sapa Iman?
Iman : Iman pun tak tahulah Mama tu sapalah Mummy....Sapa MAma tu Mummy?

(nak gelak pun ada..sangat lurus budak ni..Aduhai Teacher...)

Mummy: Iman, teacher cakap bunga ni nak letak kat mana?
Iman : Teacher cakap letak kat air.

(Iman pun berjalan letak bunga ni dalam akuarium) (Ikan pulak dapat bunga..ha ha ha)

Iskandar Suka Mengusik, Iman Semakin Manja...Zafri is growing


Iskandar sebagai anak yang sulong suka mengusik adaik-adiknya @ menyakat. Pada saya hal itu ada baiknya kerana dia akan merapatkan hubungan di antara tiga beradik ini. Tetapi adakalanya memang terlabih apabila Iman mula menangis dan pipi adik habis merah digomolnye. Sebagai Abang ..dia banyak mengajar Iman bende2 yg Iman tak tahu. Peminat cartoon ..tetapi seorang yang ego. Kalau dimarah ..akan mengamuk tetap kemudiannya akan membuat perkara yang bertujuan menarik perhatian Mummy.


Iman pula sebaliknya. Iman anak yang manja walaupun di raut wajahnya terserlah seraut wajah yang tegas dan serius. Sifat dalamannya agak berbeza.Namun memiliki keberanian. anak manja ini juga suka berdikari @ membuat eksperimen, ingin tahu..spt, mengambil sendiri air dan makanan dari peti ais (habislah basah2) , cuci pinggan (sekadar nak main air), mengelap dapur (suka2 untuk menyembur spray pencuci sehingga separuh), mengemas dapur (menyimpan semua bekas garam, kunyit, kari dlm peti ais) dan paling hebat pernah mencabut paip sinki dapur sehingga air mencurah2 di dapur. Anak manja inilah buah hati manja saya..dia sudah lali apabila namanya dipanggil (Iman!!!). Anak manja yang menambahkan jadual kerja harian saya.


Namun Iman amat sensitif jika dimarah...mahu dipujuk dan dipeluk belai. Sampai sekarang juga mahu ditidurkan dibelai2. Namun sayangku Iman..sebagaimana lasak sekalipun.."rumah ini akan hilang serinya bukan sahaja jika dia tiada..akan hilang serinya jika dia tidur" Bagai jam terhenti...aman.


Zafri pula akan genap 6 tahun pada hujung bulan ini. sudah mengesot ke hadapan dan mula mengangkat badan dan punggung untuk merangkak. Berat badan mula bertambah..dan akan mula menyusut kerana semakin aktif. Amat manja dengan Mummy. Siang dan malam dengan Mummy. Amat mudah senyum dgn sesiapa shj. Wajah dan kelakuannya adalah kombinasi antara Iman dan Iskandar. Sekarang sudaj pandai mengambil barang..spt cermin mata dan makanan. Maka awaslah kepada objek2 kecil di rumah ini..kerana dia akan mula merangkak aktif tidak lama lagi.

Thursday, May 6, 2010

Iman Pulak Jatuh

Semalam seperti biasa, Mummylah yang drive untuk anak2 manja ini. tengah hari ambil kids dari sekolah dan teacher sudah menunggu di pagar.

"Iman jatuh tadi Puan, tapi saya sudah tampal dengan plaster..dia main kejar2 dgn iskandar.Dia org ni sudah aktif tak macam dulu..Maaf ya Puan".

Mumy hanya mampu tersenyum..dan sedikit terubat sudah di plaster lukanya.Tidak terfikir apa pun pd waktu itu.Ttp mlm sebegini mula terfikir semula..mmgla semua budak suka main kejar2..tak mungkin bermain tanpa pengawasan.

Wednesday, May 5, 2010

Sport Day










1 May 2010. Krista Sport Day. Jointly organized by Krista Nilai Impian & Krista Bdr Seri Putera. Fee is RM 35 for each child..total RM 70. Venue: Majlis Perbandaran Nilai.Seawal .7.30 pagi kami dah sampai..us very excited coz this is the first time for our kids.

Tuesday, May 4, 2010

Iman Rindu Babah

Dia sedang dilanda demam rindu...setiap patah katanya akan ada nama Babah. Inilah gara2 Babah out station minggu ini. Iman si anak manja ini memang begitu.
Iman akan bertanya dan menjawab sendiri persoalannya..Mungkin dia bosan agaknya.
"Babah mana?"
"Keje kat mana"
"Babah keje kat vietnam"
Itulah dialog nye dgn diri sendiri..jgn demam sudah.