my life

my life

Wednesday, April 27, 2011

ujiannya terasa pada seluruh keluarga

kelmarin balik kampung menziarahi pakcik di hospital yang lebih senang dgn panggilan wak amad. abang kepada emak aku ni mengalami kemalangan jatuh motor setelah selesai solat di masjid yang menjadi rutin hariannya. Tulang rusuknya patah 6 dgn dua drnya patah 2 tempat.Paru 2 juga mengalami luka. Dalam usia 75 tahun...dia masih mampu bcakap dgn kami yg menziarah. ...IMANNYE CUKUP KUAT...MEMBUATKAN AKU TERFIKIR SIAPALAH KITA YG TAK TAHAN DIUJI DGN UJIAN YG KECIL.    SEMOGA USTAZ MOHAMED KAMARI CEPAT SEMBUH....:ALHAMDULILLAH PERJALANAN AKU HARI INI DGN ANAK2 SELAMAT.

Sunday, April 24, 2011

Cerpen: Terima Kasih Cinta

Sepanjang malam saya tidak boleh tidur. Sangat-sangat mengantuk dan melayang kepala ni. Saya tidak kesah jika tidak ada duit untuk balik kampung hari ini. Tapi hati saya sangat sakit. Saya sangat pening dan mengantuk untuk memandu bagi 3 jam. Saya sudah sedia untuk mendail mana2 nombor untuk bank in duit pada saya. Saya sudah sedia dengan seuncang barang kemas untuk dijual!


Saya sudah bosan dengan alasan! Bosan dengan orang yang hanya tahu bercakap. Orang yang katanya mereka bukan datang untuk makan. Tapi untuk berkumpul.Ha ha..cuba kau kumpulkan kalau tiada makanan. Tak sangka perangan buruk orang Melayu tetap ada. Tapi kenapa jika ada alasan tidak berdaya..ada pulak ayam, pelbagai sos dan sosej ini sempat suruh beli. Kenapa pula lepas adik beradik saya balik..baru bak sebok beli. Kalau korang nak makan untuk adik -beradik korang sendiri..korang cakap la awal2. Korang plan lah betul2. Jangan lah SAMPAI CAKAP TUAN RUMAH TAK PAYAH BELI APA2..SEDIAKAN TEMPAT SAHAJA. JANGAN LAH CAKAP START PETANG...KONON ADA HAL MASING2 MALAM KATANYA.


JADI AKU TAK PAYAH LAH NAK JEMPUT ADIK BERADIK AKU KAN. SEBAB KORANG NAK MAKAN UNTUK KORANG JE KAN!


LAIN KALI BAWA SENDIRI GULA, GARAM KICAP YER.KOPI SEKALI. NANTI LAKI KO JUGA YANG TERPINGA2 NAK MINUM. SEBAB SETAHU AKU..AKU TAK PERNAH MEMINTA2 KAT RUMAH ORANG.

Wednesday, April 20, 2011

Lepas ni Bayar Dahulu!!!

Minat menulis memang sentiasa ada. Baru2 ini dunia penulisan mula datang lagi. Alhamdulillah dapat membantu rakan2 yang mahu bertapak untuk memulakan perniagaan bagi memasarkan produk mereka. Mereka ini adalah sahabat yang berhati mulia, jujur dan tempat berkongsi susah dan senang sewaktu zaman kerja dulu. Ok..Kak Iera..saya buat sebab saya minat aje dan rasanya sikit sangat yg saya tolong. Saya doakan agar akak berjaya.


Tapi apabila hari ini saya terpandang satu ayat yang saya kenal di kaca tv. Hah..macam biasa aje ayat ini. ( Awas yer..setiap penulis akan ingat ayat yang mereka tulis kerana itu adalah identiti mereka..itu adalah jiwa mereka). Maka cepat2 lah tangan saya menghubungi kawan baik saya cik Azmah Dahari.

"Azmah, bukankah kita pernah sama2 bersila, bersimpuh ..berlenguh2 kaki, semata2 nak membuat skrip ini"

"Walaupun skrip itu telah dibuat lebih 3 tahun yang lalu..Walau tajuk program tv itu telah saya keluarkan dari otak ini lama dahulu. Tetap saya ingat. Kerana saya memerah untuk mencari ayat magic, menarik bagi tajuk program tv itu."


Lalu Azmah mengingatkan..lain kali jangan tulis apa2 selagi orang tak bagi RM 2 ribu. Senang2 aje nak mengaku hasil kerja org ..hasil kerja dia yer.


Terima kasih ye kepada produksi tersebut. Takpelah Azmah..hari ini hari kita..esok lusa tak tau lagi. Lain kali kalau nak bid air time untuk program tu pandai2 la bayar dahulu. Ini bila dah siap program keluar tv pun buat bodoh.


p/s program tersebut adalah program deco untuk budak2. Nak tengok-tengoklah ye..sebab semuanya adalah deco imaginasi Mummy untuk anak2. Tajuknye ialah "Dunia Si M_ _ _ _.

Tak sangka pulak boleh jadi ala2 Eric Leong kita ni Azmah. Hu hu hu.

Tuesday, April 12, 2011

F1 Sepang 2011-bas punya citer


Ini pertama kali kami naik bas ke Sepang untuk tengok F1. Sesekali kita cuba pula pengangkutan awam. Budak2 pun sukanaik bas...macam rombongan bas sekolah bagi dia org.Sebabnya hari ni naik bas ialah..bos tak larat parking jauh nanti..tak larat nak jalan jauh. Muka excited nak naik bas..

Driver bas tu cakap..bas balik nanti memang ada. Pukul 6, sebaik sahaja F1 habis memang ada. Sbb ada sorang mamat Cina tu komen dia tunggu lama sgt semalam..takde bas.

Tengok ni. Ini adalah sebahagian pemandangan mereka2 yang menunggu bas untuk balik dari Sepang ke Nilai. Kami telah menunggu bas ini sebaik sahaja dari F1 habis sehinggalah pukul 8 lebih. Maknanya 2 jam menunggu untuk trip bas berikutnye. Itu belum lagi pada mereka2 yang beratur di belakang aku. Syarikat yang dimaksudkan ialah Skybus..official bus for Sepang International Circuit...yang menggunakan perkhidmatan bas2 Rapid KL. Senang aje kan..syarikat ini meletak sticker Skybus F1 sebesar A3 paper pada bas Rapid KL.


Harap2 tahun depan orang lain boleh ambik alih...(bukan untuk menyakitkan hati sesiapa).

Kerana hal ini amat memalukan..sunguh2 kepada penggunanya..yang rata2 bukan Malaysia.. Banyak Mat Salleh naik bas ni sebab pakej dia org dah gitu. Sampai ada yg Mat Salleh yang menjerit

" Where is the buses?..What is the hell are we waiting here? "

Suara ala2 loghat France tak pun Argentina.


Ini pula gambar Mummy dengan pelancong dari Argentina. Sungguh baik hati bagi Mummy duduk. Lepas tu Zafri dah penat menangis. Dia orang tolong main2 dengan Zafri..sedangkan hati panas penat menunggu..mata pula mengantuk. Terima kasih ye.. Sian kan kat pelancong ni..naik turun flight..dah habis tengok F1..tapi layanan public transport Malaysia masih di tahap ini. Sekurang2 nya pandailah ambil hati dengan bagi sorang satu botol mineral ke...

F1 Sepang 2011

F1 Sepang. 10 april 2011. Ini F1 yang pertama untuk Zafri. Dia baru nak mencecah usia setahun lima bulan. Memang kami sekeluarga akan angkut juga si kecik ni kemana2..walau dia tak faham apa2 pun. Bagi Iman & Iskandar memang suka tengok F1. Mummy pun suka tengok juga..terutama kalau ada part racing car yang terlajak ke..xcident ke..baru xcited. He he. Mummy suka tengok kepakaran dia org ni buat enjin kereta dan mampu dikawal oleh pemandu2 yang hebat. Tambah lagi sorang anak Mummy, Iskandar suka sangat kereta dan nak jadi pemandu F1...konon2.
Picture of the day at F1.
Zafri. .tengah makan ice cream. Relax je tgk F1.. Zafri dah mula bosan..nak berjalan2.
Suka sit kat area K1 sebab view lebih luas.
Zafri tertidur sewaktu mula2 sampai.
budak2 ni sempat main game.
Tengok puas2
Mummy & kids

Wednesday, April 6, 2011

The Story of Babah ..Slip Disc 1

Ini citer last week. Babah admitted pada 26 mac 2011 lepas di KPJ, Seremban. Sebelum ni pun kami dah selalu ulang alik KPJ utk fisio ni, bcoz of slip disc.
Iman..tgh tolak babah. Budak2 camni mmg suka main kan. Kerusi roda ni lagi la...

So Babah start duduk hospital dari hari Sabtu..Mummy & anak2 balik umah. Tapi biasa la Babah bukan sepanjang masa duduk hospital..boleh cabut juga balik rumah, makan roti canai kat kedai depan hospital... Boleh order pun dari hospital.. (Apsal camni hospital ni ye..)

Hari Rabu ..lepas surgery apsal patient ni nak makan pizza ..tak sempat2.
inilah tulang belakang yang dikikis..
esoknye dah ok sikit. boleh jalan..

Monday, April 4, 2011

Ikhlaskah Cinta?

Pagi2 buta ni saya tidak mampu lena. Saya tercari2 jawapan pada cinta? Ikhlaskah cinta? Adakah persoalan ini akan wujud pada mereka yang sudah berkahwin atau hanya usikan pada zaman bercinta sahaja.


Cinta saya memang ikhlas. Tetapi cinta pada Allah lebih dari segala cinta dunia ini.! Yakinlah pada cinta yang satu ini. Semoga Allah sentiasa tetapkan iman hambaNya ini.

Friday, April 1, 2011

Iskandar: McQueen bday Cake at School

Gambar2 Iskandar sempena meraikan hari kelahiran dia dan hari pertama aku bergelar Mummy. Tengah potong cake. Apsal ada tempat letak lilin penuh atas cake tu..Tapi takde pulak lilinnye.
Ini Mummy bagi..sebab dia dah pandai count one ..sampai..seratus. Jadi sebenarnya Mummy nak suruh dia mengira dan hargai duit. Logik ke idea aku...?Dia siap cakap nak wallet gambar keter tapi katanya kalau takde gambar keter gambar Ben 10 pun tak pe. Dulu ada gak wallet tp dah hilang.

Sekarang pergi mana2 dia bawa wallet ni. Kalau nak beli apa2 dia guna duit dalam ni. Kalau Mummy tak cukup duit pun dia t0long tambah. Kalau Iman nak beli ceklat pun dia bayarkan. Bagus...


Kalau dia nak duit..dia akan kira one..sampai hundred atau baca story book dulu. Babah bagi seringgit tapi Mummy bagi 50 sen.


Dengan kawan2 yg sama2 sambut.