my life

my life

Wednesday, December 23, 2009

Kenapa Saya Masih Di Sini

Kerana di sinilah kasih saya,,kasih yang tidak pernah diminta balas. Pada waktu2 begini seraut wajah yang tidak mampu saya pandang ialah wajah bonda yang dikasihi. Sedikit terkilan dan berdosa. Iyalah tiada di sisinya yang tentu sedang sibuk menyiapkan persediaan kenduri kahwin adik saya yang tinggal hanya 2 minggu. Saya bukan mahu begini..cuma kehidupan itu perlu diteruskan biarpun sedikit pahit. Saya tahu hati ibu mana yang tdak terluka kerana saya tiada..tiada ketika hari raya..dan bonda risau ketika saya melahirkan Zafri di Vietnam..dan mula menerimanya bila saya tiada di hari2 penting dlm keluarga. sukar untuk menerimanya..kerana saya satu2nya anak perempuan tunggal.Namun bonda pernah berkata..saya seorang yang berani..mungkin saya dibesarkan di kalangan hero2.
Dahulu saya selalu terfikir bahawa saya akan menyiapkan hal perkahwinan adik saya..kerana bonda telah berusia.namun ia hanyalah sekadar impian yang tidak kesampaian. Sama seperti saya menjadi org yg sebok selepas bonda di hari2 perkahwinan abg2. Tapi kali ini saya tiada. Ampunkan saya.
Dan saya juga tidak sekuat mana untuk membantu nanti..asal jadi penyambut tetamu sudah cukup. Dengan anak kecil dan belum pulih dari kelahiran cesar ini.
Saya doakan semoga majlis perkahwinan adik akan berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment