my life

my life

Tuesday, April 12, 2011

F1 Sepang 2011-bas punya citer


Ini pertama kali kami naik bas ke Sepang untuk tengok F1. Sesekali kita cuba pula pengangkutan awam. Budak2 pun sukanaik bas...macam rombongan bas sekolah bagi dia org.Sebabnya hari ni naik bas ialah..bos tak larat parking jauh nanti..tak larat nak jalan jauh. Muka excited nak naik bas..

Driver bas tu cakap..bas balik nanti memang ada. Pukul 6, sebaik sahaja F1 habis memang ada. Sbb ada sorang mamat Cina tu komen dia tunggu lama sgt semalam..takde bas.

Tengok ni. Ini adalah sebahagian pemandangan mereka2 yang menunggu bas untuk balik dari Sepang ke Nilai. Kami telah menunggu bas ini sebaik sahaja dari F1 habis sehinggalah pukul 8 lebih. Maknanya 2 jam menunggu untuk trip bas berikutnye. Itu belum lagi pada mereka2 yang beratur di belakang aku. Syarikat yang dimaksudkan ialah Skybus..official bus for Sepang International Circuit...yang menggunakan perkhidmatan bas2 Rapid KL. Senang aje kan..syarikat ini meletak sticker Skybus F1 sebesar A3 paper pada bas Rapid KL.


Harap2 tahun depan orang lain boleh ambik alih...(bukan untuk menyakitkan hati sesiapa).

Kerana hal ini amat memalukan..sunguh2 kepada penggunanya..yang rata2 bukan Malaysia.. Banyak Mat Salleh naik bas ni sebab pakej dia org dah gitu. Sampai ada yg Mat Salleh yang menjerit

" Where is the buses?..What is the hell are we waiting here? "

Suara ala2 loghat France tak pun Argentina.


Ini pula gambar Mummy dengan pelancong dari Argentina. Sungguh baik hati bagi Mummy duduk. Lepas tu Zafri dah penat menangis. Dia orang tolong main2 dengan Zafri..sedangkan hati panas penat menunggu..mata pula mengantuk. Terima kasih ye.. Sian kan kat pelancong ni..naik turun flight..dah habis tengok F1..tapi layanan public transport Malaysia masih di tahap ini. Sekurang2 nya pandailah ambil hati dengan bagi sorang satu botol mineral ke...

No comments:

Post a Comment