my life

my life

Wednesday, June 29, 2011

Parent Teacher Meeting

Dua minggu lepas ada parent-teacer meting. Untuk melihat sejauh mana perihal 2 anak bujang Mummy kat sekolah. Risau pun ada nak tengok prestasi exam. Tapi bagi zaman sekarang ni..result exam tidak dapat menjamin sangat hidup di masa depan..betui ke?


Bagi Mummy anak2 kecil ini baru tengah membesar...bergaul dengan kawan, mendengar kata, mendisiplinkan diri, dan mampu terima apa yg diajar udahlah. Tapi bila result tak berapa ok itu boleh buat Mummy sakit jantung jugak. Mummy sudah ready dengan apa juga result..sudah practise tahun lepas bila Iskandar dapat last sekali...


Alhamdulillah Iskandar sudah faham apa maksud belajar. Itupun Mummy kena ajar balikla apa yang diajar. Cuba duit sekolah tu bayar separuh kat Mummy...kan ke bagus..he he. Dari semalam dia cakap dia dapat no 7. Hari ni jumpa teacher..dia cakap number tu tak kisah sangat sebab markah lebih kurang sama. Iskandar dapat 98 / 100 markah bagi subject Math, Inglish dan Bahasa Malaysia dan 88 / 100 bagi General Knowledge. General knowledge tu dia salah 10 markah kat kitaran hidup butterfly. Dia sudah boleh membaca buku cerita Inglish dengan baik cuma bahasa Melayu masih merangkak...dan sangat laju dalam membuat Math. Itu la komen teacher dia. Ok.. Mummy masih terfikir lagi..anak Mummy ni kalau kat rumah tak ditokok tambah ..dia takkan jadi yakin pada diri sendiri. Apa tidaknya bila teacher ajar bende yang dia dah tahu..dia akan cakap...Mummy dah ajar kat umah. Jadi senang le kerje teacher tu ye. Tapi Iskandar sudah yakin pada diri sendiri tidk macam tahun lepas..

Satu perkara yang Mummy suka ialah teacher cakap..kalau dia tak faham, iskandar akan terus ke dpan tanya kat teacher apa yang dia tak faham...( bende tu Mummy selalu suruh kat dia..kalu tak faham tanya teacher sampai faham!Jangan tunggu) Alhamdulillah dia dah practise.


Sorang lagi si manja dalam umah ni...dia dah sekolah dari umur 4 tahun utk playschool. Kat umah bising, tak boleh diam dan nakal tapi kat sekolah pendiam dan sukar berinteraksi. Markah kat kertas exam puratanya dalam 75 marks. Result ni ok berbanding Iskandar masa 5 years. Tapi Mummy tak tahu apsal susah nak terima apa yg teacher ajar. Bila tengok kertas exam ... dia jawab semua betul mana yang Mummy ajar dalam 4 hari before test aje... Apa idaknya Mummy ingat test math cthya utk 1 sampai 10 ..alih keluar sampai number 20. Jadi idakla dia jawab langsung 2 helai kertas yang last. Still 5 years kan...bukan faham mana lagi...

Lagi satu teacher Iman sama dengan teacher iskandar masa 5 years dulu...garang sikit. Udahlah si Iman ni manja..pantang kena marah..cepat merajuk.. Okla Iman...Iman ni bijak , cepat ingat dalam masa yang cepat cuma manja benor. U still have 1 & half year to go.

No comments:

Post a Comment