my life

my life

Sunday, November 27, 2011

Wanita yang bernama Doktor...

Semalam Mummy pergi check-up utk 34+ week. Hari ni tunggu lama betul.. Selalu pergi pun sampai jam 10 pg. Seperti biasa pergi breakfast dulu kat kedai dekat hospital. Ntah kenapa Mummy ambik branch. Sambil tu terserempak dgn doc Intan. Laju je doc ni. Tapi hari ni masa tunggu kat dalam hospital 2 kali doc Intan ke OT...ada org bersalin la tu. Pagi sebelum tu ada 1 lagi.


Bayangkan dia mampu berdepan dengan wanita yg bersalin dalam tempoh yang kerap. Biasanya dia akan naik ke OT dengan beritahu 30 minit..tapi bila aku check jam..tak sampai 20 minit pun. OT yang kedua tu dah lah cesar. Ish2 cekal sungguh doc ni.. Tak boleh tersilap sikit kerana ia melibatkan nyawa manusia. Alhamdulillah doc juga membawa berita gembira pada seorang ibu, suami dan keluarga..


She always smile, rasa akrab dgn doc ni. Selalu bagi kata 2 perangsang..dan tak de la straight sangat. Walaupun dia doc..dia adalah manusia biasa...kita akan rasa macam kawan. Doc ni takde la dress up ala orang pergi office ke apa. Just a woman with baju kurung and tudung.

No comments:

Post a Comment