my life

my life

Tuesday, July 19, 2011

Iman Tumbuh Gigi Kekal...Mummy yang risau

18 July 2011 .Gigi susu Iman tinggal nyawa2 ikan. Sikit lagi nak tertanggal..Masih elok lagi. Baru semalam Mummy perasan gigi kekal yang belakang tu dah keluar.



Dalam 3 minggu ni , Mummy tak tahu kenapa gigi depan Iman yang bawah mula renggang. Mummy bising..ni mesti sebab Iman suka minum air oren sejuk dari peti ais. kalau ada satu jug tu , memang habis Iman minum. Mummy selalu bising ni mesti sebab Iman malas minum susu. Sampai 2 gigi depan Iman yang depan tu dah start goyang. Mummy cakap nanti gigi Iman tak cantik.



Ahad semalam bila check gigi Iman ..rupa2nya gigi kekal dah keluar satu..dan satu lagi dah nampak bayang2 nak keluar. La...sian Iman..penat Mummy bising2 kat dia. Padan la badan macam panas sikit waktu malam 2-3 hari ni. So ..Babah cakap nanti kita gi dentist ..suruh cabut ke..takut gigi kekal yg bawah tu senget..Macam gigi Babah. Like father like son...( Iman always..banyak persamaan macam Babahnye...sangat rapat ...sangat manja..dan selalu gaduh)



Tetapi balik sekolah hari Isnin..lepas Mummy suap Iman makan. Iman duduk lama dekat depan peti ais. Mummy ingat Iman buat apa? Lepas tu Iman cakap "Mummy gigi Iman nak patahlah...boleh tak kita pergi klinik suruh doc gam". Dia tunjuk gigi dia yang dah tumbang ke depan...tinggal sikit je daging yang melekat..ada la setumpuk kecil darah sikit. Masa makan tadi..dia tak cakap pulak sakit. Mummy cakap ..boleh tak Iman goyang2 sikit nanti kalau tercabut..kita tak payah gi klinik. Mummy pun tolong goyangkan juga. Sebab nye esok Iman ada school trip pergi Aquaria KLCC dan lain2. Mummy takut iman demam.



Tapi gigi Iman tak tercabut juga. Iman suruh ambik gambar sebab dia nak tengok. Lepas tu explain kat dia. Nampak tak ada gigi baru kat belakang tu. Itulah gigi baru Iman..maknanya Iman dah besar lah tu.


Iman cakap:


" Iman dah besar ke..mesti Iman jadi macam Babah kan...Iman dah jadi "Man"..Iman bukan "boy" lagi."



Lepas tu Iman mula lah berlagak sikit sebab Iskandar masih gigi susu lagi. Iman baru 5 yrs tapi gigi kekal dia tumbuh dulu nampaknya.



Lepas makan 2 ketul sandwich petang tu, Iman terus tertidur tunggu Babah balik. Masa Babah sampai ...pelan2 tunjuk gigi Iman. Babah pun goyang pelan2 dan tercabut.



Iskandar cakap:


"Letak gigi Iman bawah bantal...nanti jadi duit" "Iskandar tengok kat tv, dia cakap macam tu"



Iman cakap:


"Iman nak tanamlah...nanti dapat duit lagi banyak"




Sekarang bila Iman senyum dah rongak sikit..gigi baru kat belakang sikit.Mummy nak tergelak tengoknye. Gigi belum rosak lagi... *Just watching them grow up is the best ever!*
















No comments:

Post a Comment