my life

my life

Thursday, August 11, 2011

Kerenah Iman & Iskandar Pose



Dah masuk minggu kedua puasa..baru la nak update. Penat juga rasanya..tak larat. Ok ini gambar anak bujang no 2 pada hari pertama selepas bbuka puasa. Tak plan pun nak suruh Iman puasa penuh...tak sangka pula dia elok je bangun sahur. Lepas berbuka..maka dia pun tertidur bergelimpang di lantai...kepenatan dan kekenyangan. Sampai tak cukup tangan dia nak sumbat semua makanan...Mummy suap lagi. Dia berbuasa penuh pada minggu pertama. Tapi di hujung minggu ...dia dah mula bosan..cakap tak nak "kuasa". Kebetulan pula tengah sakit gigi..sebab gigi kekal sudah nak tumbuh dan gigi susu goyang2 tapi tak tercabut2 juga. Minggu kedua dia dah susah bangun sahur. Ada juga dia tahan sampai ke waktu berbuka...tapi lepas tu dia puasa separuh hari je. Takkan Mummy nak paksa budak 5 tahun yg tak bangun sahur ni puasa penuh. Tapi hari2 demand nak minum air laici...dan makan buah laici dgn strawberry.


Yang Iskandar pula ...minggu pertama memang susah nak bangun sahur...jadi puasa tak penuh. Minggu kedua ni baru senang bangun sahur ...baru minggu ni puasa penuh..harap2 berkekalan la untuk abang yang umur 6 tahun ni. Dia suka makan roti john dengan ikan siakap waktu berbuka.


No comments:

Post a Comment