my life

my life

Wednesday, December 30, 2009

Bye Bye Vietnam

Finally..
Mummy tak suka Vietnam dan orang2nye.. Aha..nak balik memang la ex sikit dan lega.
Thanks all the sweet memory..

Monday, December 28, 2009

Last Day to Saigon Square

Last ni pergi Saigon Square. Last makan kat gerai lorong. Just bought baju untuk kids aje...nothing for Mummy and Babah. Biasalah parent memang camtu..untuk diri sendiri always last sekali. But I think Babah nak beli baju maybe later.

Pergi Hong Anh..beli telekung untuk jiran2 kat Nilai Impian and relatives. Penuhla beg nampaknya. Risau juga beg tak muat. Masukkan juga apa yang boleh.

Le Van Tham Park, Roti Canai dan Cincin

Sunday
Bersemangat untuk bawa budak2 ke taman. Sedih juga sebenarnya sbb selalu tak bawa dia orang berjalan for the few last month. Hari ni bawa Zafri sekali...maid tak ada on Sunday. Dah panas sebenarnya dan tak breakfast lagi. Ingat nak masak tapi Babah cakap kita pergi makan roti canai.
Habis ke taman..pergi kedai belakang masjid..tapi takde pulak roti canai..jadi pergilah 4 season. Kedai pun macam tak bukak je for breakfast.Vietnam mmg gitu.. Lambat pulak air ni siap..kids dah dahaga sangat. Finally we got our roti canai.Babah with nasi lemak..(tambah menu pulak), Mummy try Murtabak..Ok semua sedap dan licin...sebab lapar dan penat exercise..Zafri pulak tido..senang Mummy nak makan. Breakfast cost around RM40...( aha ..cua bayangkan kalu kat Malaysia..boleh lunch menu dah).
Lepas tu pergi Saigon Tax..beli pampers Zafri dan snap gambar yang akhirnya blur (Mummy la tangkap). Babah bawa gelang raya tahun lepas Mummy untuk repair...tapi tak boleh repair. Jadi kami trade in dengan cincin. I love that gelang tapi Babah tak perasan di beli tu bukan emas 24c..tak silap dalam 18 c..so no value at Malaysia. Mana tahu ada banyak jenis... Yang paling best pada gelang tu ada tulis "Babah love Mummy love Babah". How sweet..
Cincin yang ni ok juga..apa Babah bagi ok..( sbb wedding ring dah sempit..jenih nak buka masa bersalin hari tu)
Tak sempat jalan jauh sebab bawa Zafri...so just beli fresh magnet kat Saigon Tax aje..satu untuk pengirim Ety, satu lagi untuk my collection (Alahai..selalunya fresh magnet Mummy memang melayang sebab Iman main...pecah)

Friday, December 25, 2009

Christmas Day

Hari ini cristmas....Mummy hampir terlupa di Vietnam tiada public holiday pd 25 Dec. Namun kota Ho Chi Minh dihiasi indah. Penduduk Vietnam bukan cristian tapi ntah..turut sama memeriahkan. Begitu juga pembantu rumah saya, beria untuk membawa anak nya berjalan dengan lengkap berbaju Santa. Waima..sebiji kek telah sampai di rumah dari mangement apartment. Iman & Iskandar beranggapan ia hanya sebiji kek Happy Bday untuk babah.
Apabila christmas ni saya akan teringat akan jiran saya di nilai iaitu Anthony & Helen. Sedikit bersalah kerana selalu tidak hadir apabila dijemput untuk open house christmas. iyalah selalu je clash dengan waktu kami tiada di rumah ..berjalan atau balik kampung. Waima mereka jiran yg peramah

Thursday, December 24, 2009

Merry Cristmas


Memang cantik lampu2 yang menghiasi ko Ho Chi Minh waktu malam apabila tiba perayaan.

Wednesday, December 23, 2009

Zafri latest


Zafri boxing



Zafri & kandar

Tiap2 hari iskandar akan mengusik dan sayang Zafri. smell good
look at that




Kenapa Saya Masih Di Sini

Kerana di sinilah kasih saya,,kasih yang tidak pernah diminta balas. Pada waktu2 begini seraut wajah yang tidak mampu saya pandang ialah wajah bonda yang dikasihi. Sedikit terkilan dan berdosa. Iyalah tiada di sisinya yang tentu sedang sibuk menyiapkan persediaan kenduri kahwin adik saya yang tinggal hanya 2 minggu. Saya bukan mahu begini..cuma kehidupan itu perlu diteruskan biarpun sedikit pahit. Saya tahu hati ibu mana yang tdak terluka kerana saya tiada..tiada ketika hari raya..dan bonda risau ketika saya melahirkan Zafri di Vietnam..dan mula menerimanya bila saya tiada di hari2 penting dlm keluarga. sukar untuk menerimanya..kerana saya satu2nya anak perempuan tunggal.Namun bonda pernah berkata..saya seorang yang berani..mungkin saya dibesarkan di kalangan hero2.
Dahulu saya selalu terfikir bahawa saya akan menyiapkan hal perkahwinan adik saya..kerana bonda telah berusia.namun ia hanyalah sekadar impian yang tidak kesampaian. Sama seperti saya menjadi org yg sebok selepas bonda di hari2 perkahwinan abg2. Tapi kali ini saya tiada. Ampunkan saya.
Dan saya juga tidak sekuat mana untuk membantu nanti..asal jadi penyambut tetamu sudah cukup. Dengan anak kecil dan belum pulih dari kelahiran cesar ini.
Saya doakan semoga majlis perkahwinan adik akan berjalan lancar.

Monday, December 21, 2009

War Museum




Friday, December 18, 2009

Ihsan Zafri One Month Check Up

Babah terlupa untuk appointment hari ni. Tapi last pergi juga sbb ada apointment utk Mummy & Zafri. zafri one mth berat 3.9.kg tinggi 51 cm.Alhamdulillah ada progress sbb Zafri lahir kecik aje 2.6 kg dgn tinggi 48 cm. Semoga membesar dgn sihat ,,my little hero.

Wednesday, December 16, 2009

Ihsan Zafri ..sudah satu bulan

The making of handsome boy
Iskandar sebok nak interframe juga

Babah cakap dia sudah gemok..apa tidaknya susu dan tidur aja.



Friday, December 11, 2009

Tiga Minggu Lagi

Kami dah nak balik dah...dalam masa tiga minggu lagi. Tak sabar nak bawa balik Ihsan zafri. Ramai yang menunggu nak melihat permata hati saya ini. Perkembangan terbaru Zafri ialah di pandai membuat bunyi... Cute like Iskandar & Iman.

Wednesday, December 9, 2009

Vietnam Block Facebook

Hal ini membualkan Mummy marah juga sebab langsung tak boleh log in facebook. Rasa laluan melihat perkembangan org di Malaysia terbantut. Tak tahu apa yg berlaku dan tak boleh chat.Lost contact la kejap...

Friday, December 4, 2009

Jemputan Perkahwinan Adik Saya


Jemput Datang ok. Tarikh: 3 Januari 2010.

Monday, November 30, 2009

Aidiladha

Mummy duduk rumah dgn Zafri..dlm pantang lagi. Jadi tak la ikut budak2 ni gi makan daging korban. Sembelih lembu korban
Amboi..besarnya sup tulang

Sedapnya Iman makan


Members at Vietnam









Wednesday, November 25, 2009

Aqiqah

Smpena aidiladha ini alhamdulillah kami dapat buat aqiqah untuk diagihkan kepada golongan fakir miskin di Masjid Anwar, Ho Chi Minh. Dapatlah buat untuk nama 3 beradik bersamaan 2 bahagian tiap sorang.

Saturday, November 21, 2009

Alhamdulillah ...Ahmad Ihsan Zafri

Alhamdulillah
Name: Ahmad Ihsan Zafri
DOB: 15 Nov 2009
Place OB: France Vietnamese Hospital, Ho Chi Minh City , Vietnam. zafri ..first day
Zafri with Mummy

Argh..sexy


Susah nak buka mata lagi








Tuesday, November 17, 2009

Iskandar Sangat2 Teruja ....pd Zafri

Zafri look likes me
Bila nak bangun ni
Iskandar sangat teruja dengan Zafri..dia akan marah kalau Babah tak bawa dia ikut sekali ke hospital untuk tengok Mummy. Maklumlah Mummy lama kat hospital 5 hari.
Iskandar akan sayang Zafri puas2 dan bawa mainan untuk Zafri. Dia sanggup bagi bantal busyuknya untuk Zafri lagi. Tetapi Iman agak confuse dengan orang baru ini...dan mungkin terasa statusnya sebagai adik tergugat. Ha ha Iman masih malu2.





Sunday, November 15, 2009

The day of Zafri..Iskandar & Iman Waiting for Mummy

Detik2 kelahiran Zafri amat bermakna buat kami sekeluarga. Hanya kami yang merasa saat2 ini..sekeluarga di rantauan. Iskandar tak tido pun dari keluar rumah satu pagi sampai esoknya

Kami pergi hospital dalam jam 1 am lebih.All kids tengah tido. Alhamdullillah Allah permudahkan urusan ini. Iskandar elok bangun selepas dikejutkan..dan dibawa ke hospital sekali. Iman pula mengantuk ..didukung Babah. Mummy tidak sakit apa..water bag dah keluar je. Mummy masih mampu berjalan dengan memimpin Iskandar. Teksi juga telah sampai setelah dihubungi oleh receptionist apartment. Cuma pemandu teksi ni berjalan perlahan sangat 40 km..adohai. Dalam 15 minit sampai juga hospital.

Setelah check..Mummy sudah bersedia untuk ke operation room. Saya sudah bersedia untuk kelahiran pertama secara cesar. Setelah selesai cesar dan ok..barulah masuk dlm ward jam 6-30 am. Mummy sedar di sepanjang pembedahan ini.Lama juga Babah dan anak2 menunggu di luar. Kesian pada Iskandar & Iman yang sorang sudah tertido di kerusi.

Iman tido di luar labor room..kesian

Baru balik dr hospital..kena gi hospital lg.
Nak pergi tengok Mummy dgn Baby tapi ngantuk lagi....

Babah dan kids balik rumah selepas Mummy masuk ward..dan datang semula selepas lunch. mereka sangat2 mengantuk. Penat tengok budak2 ni.

Friday, November 13, 2009

Bila Iman Berhenti Menyusu

Sudah seminggi budak manja @ iman ini tidak mahu susu..asyik nak air oren shj. "iman batuk kalau susu" itulah jawabnya. Dia mint aoren dari pagi sampai ke malam. Memang nampak pipinya tak montel macam biasa. Tapi dia kuat makan bende lain..hari2 mengadap peti ais untuk menyelongkar makanan yang ada. basket yang berisi biskut, buah, keropok di atas meja turut menjadi sasarannya.
Tapi kalau disuruh makan nasi memang dia tak nak sangat. iyalah budak2 tak kuat makan nasi. Cuma dia suka makan sup ayam. Terpaksalah Mummy ingat maid ni jangan bubuh gula kalau buat sup...kalau tak Iman jadi org Vietnam la jawabnya. Satu lagi Iman suka makan roti apatah lagi garlic bread. Bila petang kenalah Mummy buat kuih ker..mcm2 dan Iman suka makan karipap. Sekali makan tig aketul. Bila malam, Mummy pun kena goreng2 apa yang Iman suka makan..sosej ke ..frenh fries ke..Janji dia makan. Risau kalau dia lapar.
Waktu pagi Mummy memang terpaksa paksa Iman minum air milo..adalah minum air panas sikit. Bagi kuat sikit badan. Risau tengok budak ni. Bila anak berubah secara mendadak..buat Mummy risau.
Yang sorang lagi -Iskandar. Memang hantu susu..Susu, susu dan susu. Macam2 kerenah anak2 Mummy ni.

Thursday, November 12, 2009

Belum Lagi

My new hero belum lagi mahu melihat dunia ini.Harus banyak bersabar..walaupun amat berat dan mencecah 38 week. Mummy sudah tidak boleh tidur malam. Dan hormon badan sudah mula berubah2...kekadang cepat naik angin. Dapat dilihat jerawat mula tumbuh. Dan bukat setakat jerawat, taki lalat pun mula naik.

Tuesday, November 10, 2009

Masih Menunggu Kehadirannya

Bila makan kek ..rasa amat tenang..

Baby belum lagi mahu melihat alam ini.Mummy dah semakin sarat dan melalui pergerakan yang sukar. Tidur tak lena, amat letih ditambah lagi dengan cuaca yang panas.

Wednesday, November 4, 2009

Alhamdulillah..kesulitan itu telah terungkai

alhamdulillah sudah dapat pembantu rumah. Skurang2 nya ada yg akan menguruskan anak2 ini nanti. Tak perlu berdepan dengan ragam pembantu rumah yang ada hal sndiri perlu diselesaikan. Asal dapat menjaga makan , pakai Iman & Kandar semasa dan selepas bersalin nanti oklah. Dari pembantu basirah kepada Sarifah, adiknya sendiri. Basirah ok sahaja cuma dia mahu ikut suaminya bekerja di kampung. Safirah, adiknya orang yg peramah, pandai ambil hati anak2 dan pandai buat kerja rumah...saya tidak kisah sangat pun. Lagipun house cleaner akan dtg rumah 2 kali seminggu

Tuesday, November 3, 2009

Kesabaran dan Kekuatan

Ya Allah berikanlah aku kesabaran dalam menempuhi hidup ini. Dugaan itu datang dan pergi. Memerlukan kekuatan untuk merungkaikan setiap dugaan dan ujian yang ada hikmahnya. dan setiap kali ujian itu diselesaikan..aku percaya kita semakin matang dan semakin kuat untuk menerima ujian seterusnya. Hany akal fikiran yang mampu melihat kekusutan dan jernihnya kmelut hidup.

Monday, November 2, 2009

Kandar Pun Sakit Mata Juga

Jangan pandang!

Kandar pun sakit mata juga akhirnya...Tapi taklah teruk.... Mummy yang paling lambat baik.

Apabila Ujian Allah Tiba

Indahnya anugerah Allah. ujiannya tetap ada

Last Saturday..Mummy pergi pregnancy check up lagi. Maybe yang ni last before bersalin. Baby masih songsang..kepala di abdomen, kaki di bahagian bawah. Kerisauan mula melanda..membuatkan mood berubah. If the baby small bolehlah normal. Kalau tak kena la cesar. ujian dan dugaan Allah ini membuatkan aku risau.

Thursday, October 29, 2009

Babah pun Sakit Mata..ha..Mummy Pun, Kandar Belum Lagi

Kids at Columbia Clinic
Pagi ni bawa Iman pergi Columbua Clinic sbb nampak merah betul..kesian anak Mummy ni. babah cakap dia pun dah mula gatal2. Balik dari clinic pergi second breakfast kat coffe bean. Mummy biasalah makan cake. Iman & Kandar makan roti tuna. Babah dengan coffee blended dan Iman dgn chocolate blended. Dekat coffee bean tu juga bagi ubat mata kat Iman..mengamuk dia. Tapi lepas tu diam bila dapat chocolate blended yang penuh dgn cream ni. Hari ni susah la Iman nak manja sangat..sbb maid pagi2 dah bg msg sakit mata. Oklah tu takkan nak suruh dtg keje pulak sakit mata ni.
Balik rumah Babah booking ticket. Kami dah nak balik tau pada 01/01/2010. Ticket Babah office bayar so kena book untuk kami 3 org ni. Mummy ckp dgn Babah bukan extra 3 ..tp 4 org lagi..baby. Kami balik naik MAS (seat yg calourful kata Kandar). Ntah kenapa rasanya akhir2 ni ticket MAS lebih murah dr Air asia. Babah booking ticket atas nama Ahmad Ihsan Zafri for the baby.
Bila Babah pergi office barulah Mummy notice mata Mummy dah penuh taik mata. Mummy dah kena la tu. Kandar still strong.

Wednesday, October 28, 2009

Iman Sakit Mata


Hari ini Iman lambat bangun. Selalunya dia bangun jam 6.30 pagi...dan dia akan mandi sebelum orang lain mandi. Tapi hari ini ntah kenapa dia lambat bangun..sampai 7.30 pg. Bila Babah angkat, dia cakap Iman sakit..mata merah sebelah padanlah tak bangun.


Maid pulang tak datang..tapi adik maid yg replace hari ni. Dia cakap dia sakit mata..tahulah Mummy dari mana Iman dapat sakit mata ni.

Sunday, October 18, 2009

Iskandar ..Chicken Pox

Ish..Iskandar kena chicken pox this week. Tapi dia stll ok. Tak perasan sangat sebab tumbuh sikit je dekat tangan dan dahi. Yang perasan ialah air liur asyik meleleh je..puas marah sbb suka gigit baju.. and dia cakap tangan dia kena gigit nyamuk.Masa tu tak perasan lagi. Then bila check betul2 ada gelembung2 kat tangan. I check betul2 ada kat fingers and elbow. Ingatkan penyakit kuku dan mulut.
Tapi dia tak demam ke apa, lasak cam biasa. Cuma Mummy yg pregnant ni tak boleh dekat sanga dgn dia. Ntah camner dia boleh kena..takkan sbb tengok kartun chicken run ni kot.

Mummy First Check Up at FV Hospital

FV Hospital ( France Vietnamese hospital..kat sinilah adik Kandar akan lahir nanti. Sbl ni check up kat Columbia Asia. Dari rumah ke hospital tak jauh , budget dlm 15 minit...itupun kalau tak jam. Hospital ni ok..tak crowded dan Babah ok je sbb ada cafe dia nak menghabiskan masa dgn budak2 nanti. For u info kalu bersalin kat sini 4 hari baru boleh kluar sbb nak make sure baby tak kena jaundis.Kalu semalam pun dah tak tahan nak duduk ward inikan pulak 4 hari...lama betul. Aduh lamanya..takpe, tempat orang kan lain pula caranya. as long semua selamat dan sihat.
Bill check up hari ni;
Consultation dgn Doc Nguyen Thi Vinch Thanh : 400,000.00 vnd
Blood test : 2 mil vnd
medication : 200,000.00 vnd
Semua sekali kira RM 400 lebih. Kalau kat private hospital Malaysia baru seratus lebih je utk maternity check up kan.
This week Mummy in week 35 of pregnancy.

Thursday, October 15, 2009

Next Year Cam mana?

Ia tentang kehidupan dan masa hadapan mereka

Argh tanggungjawabnya akan lebih berat. Tak tahu di mana bumi akan dipijak. Tak tahu Babah akan still attachment atau transfer terus. Kepala Mummy pening juga memikirkannya. Yang pasti anak2 harus diutamakan dahulu kerana Iskandar dah nak masuk tadika. Kalau Babah still attachment, Mummy, Kandar & Iman & new family member akan mengucapkan selamat tinggal kepada bumi saigon. Camner sekalipun Iskandar kena masuk tadika next year. Yang bezanya Mummy tak kerje lagi dah. Well tgh prepare to set up a small business maybe a small cafe?


Friday, October 9, 2009

Inilah cinta...kasih Mummy

Iman at the age 2 mth and Iskandar 1 yrs 3 mth

Sekadar mengenang saat sukarnya Mummy membesarkan kedua2 hero Mummy ini keseorangan...air mata akan mengalir jua. Namun cinta kasih Mummy inilah yang memberi kekuatan pada hati dan jiwa seorang Mummy. Biat tika itu tiada siapa yang memahami, biar kata2 berbisa datang menyinggah. Lantaran itu juga ia cukup memberi kekuatan pada apa juga rintangan yang bakal mendatang.
Mummy sangat sayang pada dua harta Mummy ini.

Wednesday, October 7, 2009

32 week..5 weeks more to go.


Friday, October 2, 2009

Jamuan Hari Raya Petronas

Mummy 32 weeks & kids
Kak Eza dan Dura
Location: Office Babah
Sejam Pertama: Iman berlari2 dan menjamah dahulu apa yg patut sebelum majlis bermula. Iskandar not feeling well, duduk dekat Mummy je sambil tanya bila nak start ni Mummy?
Lepas start: Iskandar makan sate..iman pun.
Few minutes later: Iman muntah dgn Babah.
Then : Iskandar makan bihun, nasi himpit , kuah kacang.
Few minutes later: Iman datang berlari dan muntah kali kedua dengan Mummy.



Monday, September 28, 2009

Hari Raya ...day 6



Hari ini kami penat dan kenyang. Lambat betul nak bergerak pergi beraya. Gambar beraya kat rumah GM. Kami antara yang lambat sampai.

Sunday, September 27, 2009

Hari Raya ...day 5

Penuh rumah ni..rumah kecik ni.
Kenapa makan mee dgn ayam masak merah tu? Biar bebudak vietnam tu rasa masakanMalaysia.

Hari ini Babah invite budak department dia. Mummy masak nasi tomato dan bubur kacang durian. Babah order me bandung.

Thursday, September 24, 2009

Hari Raya ..day 1

Selamat Hari Raya..dari kami di Ho Chi Minh City, Vietnam
Hati terasa sedih dan sedikit sayu rasanya. Mula2 takde rasa apa2. Tetapi apabila kaki melangkah ke masjid rasa hendak menangis.Namun hati masih kuat hendak menahan air mata. Bersyukur sekali dapat solat hari raya dan masih ada anak Malaysia di sini. Bertuahnya orang Islam di bumi Malaysia. Sedihnya tengok orang Islam di sini..daif.

Seronok sbb pertama kali masak lauk raya sendiri..habis licin Babah dan Kandar makan. Dan boleh terima lah tu kalau akan2 dtg kami beraya di perantauan lagi.


depan masjid Saigon


Malaysian...kat rumah Pak Abu


rumah Pak Abu





Hari Raya ...day 2

Hari raya kedua kami hari Selasa. Babah dah mula kerja tapi separuh hari dah balik dah..takde org la tu. Mummy menghabiskan biskut2. Petang baru beraya kat rumah En Rosli planner.




Wednesday, September 23, 2009

Jemput Datang Rumah Iman & Iskandar

Salam Aidilfitri

Kami sekeluarga menjemput sanak saudara, rakan taulan & pembaca blog ini datang beraya di rumah kami di;
NAM AN APARTMENT
DIEN BIEN PHU ST,
DIST 1, HCMC,

Pada hr jummaat ini. Lepas office hour..after maghrib.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga di Saigon

Tuesday, September 15, 2009

Hari hari terakhir Ramadhan

selepas bbuka puasa
Kandar nampak susut selepas demam dan batuk.

Iman & Iskandar sempat berbuka puasa di Masjid Saigon, dgn org 2 Malaysia dan Islam yg lain..crowded sungguh. Minggu lepas juga sempat bbuka puasa di Equtorial, jadi sempat bersama rakan2 yg lain.

Wednesday, July 8, 2009

Baru Sampai Vietnam Balik la

Kami baru sampai Vietnam selepas jalan2 di Paris dan dlm sebualan di kg, Malaysia. Budak2 agak sedih sbb tak lama di rumah Nilai. Kira sebulan juga meninggalkan bumi Vietnam.. Well life goes on.

Tuesday, July 7, 2009

H1N1

Selalu sangat travel. Perlu berhati2 dan mengambil langkah sebolehnya. Semoga kami sekeluarga tidak dijangkiti virus H1N1 waiting 4 the flight.Going back to Ho Chi Minh

transformer