my life

my life

Thursday, June 30, 2011

Aku Di Waktu Kecil Dahulu..part 2...pokok bunga

Dulu di depan rumah kampung ada la 3 pokok rambutan yang kalau berbuah...maka buahnya akan mencecah tanah. Tapi cerita aku adalah di bawah pokok rambutan yang teduh itu. Di situla tempat tapak semaian bagi pokok2 bunga emak aku. Adakalanya di waktu petang aku turut sama mencucuk batang muda pokok bunga ke dalam peket2 tanah . Kadang2 turut menanam anak2 pokok di dalam peket2 tanah. Banyak juga aku menanam ni dalam seratus peket juga seminggu.




Ada anak2 pokok bunga teropong kuning, bunga kertas, bunga keladi dan sebagainya mengikut permintaan. Siapa client pokok bunga emak aku? Hebat tau orang tua ni..client dia Jabatan Pertanian, sekolah2 yang nak tanam bunga kat sekolah dan cina2 yang lalu lalang depan umah. Client kecik2 pun ada juga..Apa yang masih aku ingat cina2 kaya ni suka beli bunga kertas yang ala2 bonsai yang besar tu. Dema sanggup korek dari tanah sendiri kalau berkenan dan offer harga dekat seratus. Biasanya yang kat tanah tu mmg mak aku tak kasila.




That is my Mum. Sekarang tak de la jual lagi. Tapi rumah mak memang banyak pokok bunga. Jenis orang yang rasi tangan tanam bunga dan suka beli bunga...tambah lagi ada kalau ada collection baru. Dan sejak2 ini sedang berjinak2 nak tanam orkid. Tapi rumah pokok bunga orkid tak buat lagi. Aku diamkan aje..dah la hobi walau orkid mmg melibatkan kos yg banyak..he he.




Apapun kalau balik kampung. Duduk di depan umah mak aku memang satu terapi yang sihat. Mata memandang bunga2 dan telinga mendengar bunyi ikan 2 dari akuarium..memang buat aku boleh terlena.

Aku Di Waktu Kecil Dahulu

Kerap kali waktu ini aku cukup malu melihat manusia2 yang malas dan memberi banyak alasan untuk bekerja. Semua mahu yang senang dan jalan pintas untuk kaya.

Janganlah bermalas2 dan beralasan kerana andaikata Allah tarik semula nikmat kesihatan dan fizikal itu ..maka kita langsung tidak berpeluang untuk berusaha...ketika itu barulah terseksa rasanya bermalasan di atas sofa sepanjang masa.


Di waktu kecil dahulu..ya sangat kecil ..masih sekolah rendah..atau masih kecil lagi. Aku selalu mengikut emak , ayah dan abang ke kebun belakang rumah. Apa yang ada di sana? Pokok kelapa, koko dan lalang2 yang perlu diusahakan dan dikerjakan. Masa kecil lagi memang la kena ikut sebab tak ada sapa nak jaga aku kat rumah. Jadi aku pun memetik buah koko sambil bertemankan nyamuk2.


Bila di alam sekolah rendah, mungkin 10 tahun camtu..aku sudah mula menolong dan bekerja dengan emak. Selain menemankan emak ke kebun..aku kena memetik buah koko, menghimpunkannya dan mengangkutnya untuk dikopek. Bagaimana nak mengangkut buah koko ni? Jadi seperti oarnag lain..aku akan bubuh dalam guni beras ..kira2 separuh guni beras..kemudian mak kata seret sampai la tempat menghimpunkan koko dekat sikit dengan rumah. Korang rasa aku seret? Tak... aku tak seret..aku pikul di belakang badan aku..ala2 orang dalam filem India mengangkat guni beras.... Memang berat. Tapi aku nak cepat siap..nak buat asal mak aku tak buat kerje banyak. Itulah kerje aku lepas balik sekolah atau di hujung minggu. Lepas tu koko dikopek untuk diambil isinya..sambil2 tu boleh rasa buah koko. Dah selesai kami jual isi koko dengan Wak Pandi di depan rumah. Alhamdulillah dapatla hasilnya.


Kalau pasal buah kelapa..memang sah2 upah orang kait..Jadi masa kecik memang boleh tengok Pak Ali kait kelapa guna galah yang panjang. Itula senario kampung..yang masih aku ingat.

Jadi jangan sangka sebagai anak pompua sorang aku tak pernah buat kerje berat...Aku sentiasa buktikan faktor fizikal itu bukan halangan..Dan jangan sangka orang kecik macam aku tak boleh buat kerje. Buat apa badan besar tapi berat tulang.....

Manusia Bila Dah Senang Sikit...

Bosan ..dengan perangai manusia Melayu bila dah senang sikit. Mula la terasa diri tu lebih dari orang lain. Sedangkan tidak sedar di luar itu yang senang dan kaya biasanya banyak berdiam aje.Takde pulak nak tunjuk sana sini. Selalu memberi pada yang memerlukan..orang kata tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu.


Manusia yang bila dah senang sikit ..terlupa pada janji-janji pada diri sendiri dan orang lain. Jangan takbur pada pangkat dan harta..kerana itu adalah sementara. Malah manusia itu sama sahaja...kita tidak tahu bahawa adakalanya pengemis di luar sana mungkin lebih baik amalnya dari kita.


YA ALLAH ..jauhkanlah diriku, keluargaku dan seluruh zuriatku dari sifat2 takbur dan banyak cakap yang bukan2. Semoga kami dikurniakan rezeki yang melimpah dari Mu agar kami dapat pula bersedekah ke jalan Allah. Amin