harap emak sihat dan kuat. Dalam usia 70 tahun..aku rasa emak antara orang tua yang masih kuat. Masih mampu berjalan dan memasak..tanam pokok bunga, mampu tengok cucu yang dah besar. Cuma pada usia ini, emak cepat penat, badan lenguh dan ada masalah kulit.
Takpe..balik nanti aku bawa emak duduk dgn aku..itupun kalau emak nak duduk lama.Aku ingat lagi, emak seronok sangat waktu aku bagi pokok keladi ungu kat umah aku tu..match sgt dgn pasunya. Aku cakap emak ambikla..nanti pokok ni mati pulak kalu tinggal. Itu antara pokok kesayangan aku..dan aku tengok emak seronok sangat,,dan aku seronok kalau tengok emak seronok.
Emak memang suka tanam pokok bunga. rumah kat kampung dah jadi macam taman.Aku ingat lagi emak aktif tanam pokok bunga selepas ayah meninggal. Mungkin itu caranya emak lepaskan segala kesulitan dan kesedihan. Tapi aku tahu cara itu berkesan...sebab aku pun suka menanam pokok bunga ni. Puas hati bila melihat pokok yang dari kecil disiram..hidup subur, membesar dan berbunga.
Wanita itu adalah ibu dan ayah aku.