Minat menulis memang sentiasa ada. Baru2 ini dunia penulisan mula datang lagi. Alhamdulillah dapat membantu rakan2 yang mahu bertapak untuk memulakan perniagaan bagi memasarkan produk mereka. Mereka ini adalah sahabat yang berhati mulia, jujur dan tempat berkongsi susah dan senang sewaktu zaman kerja dulu. Ok..Kak Iera..saya buat sebab saya minat aje dan rasanya sikit sangat yg saya tolong. Saya doakan agar akak berjaya.
Tapi apabila hari ini saya terpandang satu ayat yang saya kenal di kaca tv. Hah..macam biasa aje ayat ini. ( Awas yer..setiap penulis akan ingat ayat yang mereka tulis kerana itu adalah identiti mereka..itu adalah jiwa mereka). Maka cepat2 lah tangan saya menghubungi kawan baik saya cik Azmah Dahari.
"Azmah, bukankah kita pernah sama2 bersila, bersimpuh ..berlenguh2 kaki, semata2 nak membuat skrip ini"
"Walaupun skrip itu telah dibuat lebih 3 tahun yang lalu..Walau tajuk program tv itu telah saya keluarkan dari otak ini lama dahulu. Tetap saya ingat. Kerana saya memerah untuk mencari ayat magic, menarik bagi tajuk program tv itu."
Lalu Azmah mengingatkan..lain kali jangan tulis apa2 selagi orang tak bagi RM 2 ribu. Senang2 aje nak mengaku hasil kerja org ..hasil kerja dia yer.
Terima kasih ye kepada produksi tersebut. Takpelah Azmah..hari ini hari kita..esok lusa tak tau lagi. Lain kali kalau nak bid air time untuk program tu pandai2 la bayar dahulu. Ini bila dah siap program keluar tv pun buat bodoh.
p/s program tersebut adalah program deco untuk budak2. Nak tengok-tengoklah ye..sebab semuanya adalah deco imaginasi Mummy untuk anak2. Tajuknye ialah "Dunia Si M_ _ _ _.
Tak sangka pulak boleh jadi ala2 Eric Leong kita ni Azmah. Hu hu hu.