my life

my life

Tuesday, April 12, 2011

F1 Sepang 2011-bas punya citer


Ini pertama kali kami naik bas ke Sepang untuk tengok F1. Sesekali kita cuba pula pengangkutan awam. Budak2 pun sukanaik bas...macam rombongan bas sekolah bagi dia org.Sebabnya hari ni naik bas ialah..bos tak larat parking jauh nanti..tak larat nak jalan jauh. Muka excited nak naik bas..

Driver bas tu cakap..bas balik nanti memang ada. Pukul 6, sebaik sahaja F1 habis memang ada. Sbb ada sorang mamat Cina tu komen dia tunggu lama sgt semalam..takde bas.

Tengok ni. Ini adalah sebahagian pemandangan mereka2 yang menunggu bas untuk balik dari Sepang ke Nilai. Kami telah menunggu bas ini sebaik sahaja dari F1 habis sehinggalah pukul 8 lebih. Maknanya 2 jam menunggu untuk trip bas berikutnye. Itu belum lagi pada mereka2 yang beratur di belakang aku. Syarikat yang dimaksudkan ialah Skybus..official bus for Sepang International Circuit...yang menggunakan perkhidmatan bas2 Rapid KL. Senang aje kan..syarikat ini meletak sticker Skybus F1 sebesar A3 paper pada bas Rapid KL.


Harap2 tahun depan orang lain boleh ambik alih...(bukan untuk menyakitkan hati sesiapa).

Kerana hal ini amat memalukan..sunguh2 kepada penggunanya..yang rata2 bukan Malaysia.. Banyak Mat Salleh naik bas ni sebab pakej dia org dah gitu. Sampai ada yg Mat Salleh yang menjerit

" Where is the buses?..What is the hell are we waiting here? "

Suara ala2 loghat France tak pun Argentina.


Ini pula gambar Mummy dengan pelancong dari Argentina. Sungguh baik hati bagi Mummy duduk. Lepas tu Zafri dah penat menangis. Dia orang tolong main2 dengan Zafri..sedangkan hati panas penat menunggu..mata pula mengantuk. Terima kasih ye.. Sian kan kat pelancong ni..naik turun flight..dah habis tengok F1..tapi layanan public transport Malaysia masih di tahap ini. Sekurang2 nya pandailah ambil hati dengan bagi sorang satu botol mineral ke...

F1 Sepang 2011

F1 Sepang. 10 april 2011. Ini F1 yang pertama untuk Zafri. Dia baru nak mencecah usia setahun lima bulan. Memang kami sekeluarga akan angkut juga si kecik ni kemana2..walau dia tak faham apa2 pun. Bagi Iman & Iskandar memang suka tengok F1. Mummy pun suka tengok juga..terutama kalau ada part racing car yang terlajak ke..xcident ke..baru xcited. He he. Mummy suka tengok kepakaran dia org ni buat enjin kereta dan mampu dikawal oleh pemandu2 yang hebat. Tambah lagi sorang anak Mummy, Iskandar suka sangat kereta dan nak jadi pemandu F1...konon2.
Picture of the day at F1.
Zafri. .tengah makan ice cream. Relax je tgk F1.. Zafri dah mula bosan..nak berjalan2.
Suka sit kat area K1 sebab view lebih luas.
Zafri tertidur sewaktu mula2 sampai.
budak2 ni sempat main game.
Tengok puas2
Mummy & kids