Sudah 12 hari Babah out station ke Sudan. Babah sepatutnya sudah balik pada Selasa lepas tetapi delay berikutan sand storm di sana. Sangat2 sedih buat Iman & Kandar kerana kerana minggu ini adalah school holiday.Takda la buat apa...
Malam ini Mummy cakap pada Iskandar suruh tidur awal.
Mummy: "Kandar tidur cepat..esok Babah balik, kenapa Kandar tak tidur lagi?
Kandar : "Kandar takut nanti kandar tidur...kandar bangun Babah tak balik lagi"
Sedih sangat bunyinya.
Mummy: "Tak esok Babah really2 balik..Kandar Babah cakap nanti kita pergi mandi air banyak"
He ask?
Kandar:"Mummy, nanti lepas mandi air banyak..Babah pergi kerje lagi ke?"
Mummy:"Ye la ..Babah nak cari duit"
Kandar:"Babah tak ada duit ke"
Mummy:"Babah nak cari duit nak hantar Kandar pergi sekolah nanti".
Tak tahulah budak kecik ini faham atau tak..tetapi inilah kehidupan.