my life

my life

Monday, March 21, 2011

McQueen Car Terbelah Dua ..Happy Bday Iskandar

As per request anak Mummy nak McQueen Car cake for the b'day. So ini first time Mummy Deco untuk cake dengan bahan dan tools yang tak de. Balik sekolah jer tanya lagi hari ini happy b'day Kandar kan? Yerlah anak oi... Tapi kat sekolah celebrate hari Jumaat. Ok..Kandar suka.
Untuk makan kat rumah buat kek yg kecik je. Iman makan tak sampai sejam habis.
Mula 2 buat jadi warna pink. Jadi tuan punya b'day dah monyok jadi kena buat layer baru kat atas. Dah tak licin pulak.
Ok, Mummy dah ada experiance deco sikit. So khamis ni dah bolehlah buat choc cake saiz A4. Buat objek car mcqueen ..buat jalan raya dia sikit...Tulis nama ISKANDAR. Citer b'day budak ini belum habis lagi..tunggu bos belanja makan malam ni.

Hanya Yang Fresh Je Sedap Dibakar

Tentu sedap kalau makan ikan bakar kan..ikan yang dipanggang dicecah dengan air asam dan sambal.. dah sah nikmat. Makan pulak dengan nasi putih panas2. Ikan mesti segar...barulah sedap.

Apa jadi kalau ikan tak freash...aiya..bubuhla dengan apa juga bahan perap. Rasanya tetap kurang..silap2 boleh sakit perut je. Makan kat tempat ni..sepatutnya menjanjikan rasa ikan yang fresh dengan harga berpatutan. Jom kita survey

Air sirap..tawar. Bagus untuk yg kencing manis ni.
Order air bali juga..sama juga ..tawar.
Anak Mummy sebok memerah limau kat ikan pari.
Untuk tunggu ikan bakar siap order keropok dgn sup ayam lagi.
Hg ikan pari seketul ni RM 10.00. Malang sungguh tak fresh.



Ketam ni untuk anak bujang. Sekor ni RM 12.00.
Ketam kecik ni rasanya bukan saiz untuk bakar.


Ikan keli ni fav rakyat Malaysia
Harga sekilo di kedai ini RM 8. Ish apasal Mummy beli kat pasar sekilo RM4 je?
Harga sekor siap masak di kedai ni RM10.00
Sama juga tak fresh. Tak de rasa manis ikan keli pun.
Sambal yg atas ikan ni rasa manisla.

Ok, ini kedai apa yer? Cawangan Gombak tau. Yes! Sekinchan Ikan Bakar. Kalau nak rasa ikan fresh yg sedap rasanya memang tidak payah datang sini. Mungkin anda boleh suggest ikan bakar yg sedap di ibukota.
Eh...dah lama tak pergi makan di Bagan Lalang kan? Bila nak pergi...? Agak2 bila ler tempat BBQ kat belakang umah ni nak berasap balik?