my life

my life
Showing posts with label medical. Show all posts
Showing posts with label medical. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

Dahi lebam, benjol-Zafri at Prince Court

Anak jatuh,dahi lebam. Dah tentu risau kan. Iyalah berita semasa tentang pendarahan di kepala anak kecil buat Mummy kecut la juga. Semoga tidak berlaku pada anak.
Sebab lebam kat kepala Zafri tak hilang2 lagi. Dah seminggu sejak Jumaat lepas..maka tak sedap hati selagi tak bawa jumpa Doc. Lambat sebenarnya Mummy bawa check up..Bos la sebok. Jadi bawa la pergi Prince Court. Dari klinik untuk mum & ped ke klinik emergency dicampaknye kami. Sbb fully booked la untuk ped klinik tu. nak tunggu pun pasti memakan masa. Hari ni pun Sabtu, mostly doc keje sampai pukul satu. Doc pun nak makan juga..jangan marah2 tau.
Zafri.. a week after tsunami
Ni dahi anak Mummy. Seminggu pun ada lebam lg. Masa kena separuh dahi dah terangkat ke depan. Tapi tengah zaman melasak ni memang tak reti diam.
Doc cakap ok. 24 hrs lepas xcident tu tempoh yg ptg. Sila chek sindrom2 di bawah:
#Kalu dia lembik ke,
#Muntah ke,
#Ada lelehan ke kat hidung atau telinga atau
#Saiz mata kecik sebelah bolehlah di syaki ada bleeding ke apa.
Tapi Zafri kes hanya pada lapisan kulit luar.Lepas jatuh pun tambah lasak Maklumlah budak baru dapat kaki..tak jatuh ..atau tangan tak diam menarik2 barang2 kena kepala pulak...ayo..
Sorryla Manja..Mummy sebok yer. Bos sila cari maid ..kejadian sebegini bahaya.

Thursday, March 10, 2011

Dah Benjol dan Lebam

Kalau ada yang tengah lasak dan tak boleh diam..memang tak sah kalau tak jatuh..terjatuh. Tambah2 lagi kalau tengah jalan pun tak balance. Tengah Mummy sebok kat dapur, dengar bunyi bende jatuh..dan Zafri menangis. Baru tadi halau dia dari masuk dapur. Dah tergolek pulak ke? Tengok2 ada lebam kat dahi..besar betul. Ada calar lagi.

Cepat panggil Bos yang tengah tidor2 kat atas tu (demam). Ambil ais dan terus tuam...dalam 30 minit tuam.Barulah surut benjolnye. Inilah benjol paling besar rasanya kat Zafri. Lepas tuam letaklah vicks. Tak sure dia jatuh atau dia menarik tali torchlight besar lalu jatuh menimpa dia. Tapi rasanya torchlight tu yg jatuh kat dahi dia..sebab kalau zafri jatuh..takdelah lebam besar sangat dan tak calar...Sebab kat lantai kayu.

Pagi2 dah meredah hujan ke Giant pergi beli A Bruzzy Gel..nak hilangkan lebam. Yang lama dah habis. Tenyeh sikit kat lebam sambil rasuah dia makan lolipop. Zafri tertidor on the way balik. Dahlah lebam dahi anak Mummy ni. Dan tak tahannya..petang ni nak balik kampung..aiseh..siap sedialah telinga Mummy dan bos dengar nenek membebel.

Sunday, March 6, 2011

Anak Saya Kulit Sensitif..si highly maintenance

Kulit anak Mummy, Iskandar sangat sensitif. Kering..dan suka menggaru jadi merah dan berkudis. Nak berkongsi dengan geng blogger apa produk cream/lotion/sabun yang bagus untuk budak2 umur 5 tahun.
Untuk sabun,
Guna sabun bar brand "oilakleen-virgun". Moisturising soap. Gentle cleansing for dry, sensitive skin. Sabun ni takde dalam liquid. Jadi budak2 sekarang ni malas nak guna. Kena ingatkan hari2. Baru guna dalam separuh. Ada perubahan..kulit nampak moist ah. Sabun ni pharmacist yang suruh try. Kalu baby guna sebameed la katanya, tapi budak besar guna ni.
Mummy pun guna body scrub untuk hilangkan kulit hitam bekas kudis/bekas kulit merah.
Guna brand secret garden. Mummy survey kat Tesco, cuma ada brand ni aje. Sekali dengan Mummy pun pakai. Ok juga.
Cream
Iskandar dari kecik memang guna "Candid B cream". Cream ni cepat keringkan kulit yg merah atau berkudis.
Losyen
Iskandar tak boleh guna losyen baby dari kecik. Nanti kulit jadi kering. Jadi guna rosken je. Kat muka, pipi pun boleh sapu.
Tapi kulit kaki terutamanya tetap akan berulang kering..bukan boleh cantik bersih..takde kudis ke. Mesti ada. Sebab dia suka menggaru juga. Hopefully geng blogger boleh suggest product lain.
Kalau Iman..no problem..kulit sihat. Ada parut pun sebab jatuh. Kulit dekat lutut ntah berapa kali calar, berdarah sebab jatuh. Ini budak out of control. Tapi kulit dia memang cepat recover, parut hilang dalam seminggu. Sebab dari pemakanan kot. Dia suka makan epal atau oren sampai 3 biji sekali makan sehari. Bende lain pun makan juga. Susu je dah tak nak...
Zafri pun kulit tahan lasak. Cuma lepas satu imunisasi masa umur setahun hari tu..kulit punggung sensitif pada makanan yang ada telur. Akan tumbuh bintik berair. Tapi bila guna sabun cuci dari klinik mmglah hilang.
Ok...macam mana anda pulak yer? boleh share?