my life
Showing posts with label zafri. Show all posts
Showing posts with label zafri. Show all posts
Tuesday, December 13, 2011
Sunday, March 20, 2011
Dahi lebam, benjol-Zafri at Prince Court
Anak jatuh,dahi lebam. Dah tentu risau kan. Iyalah berita semasa tentang pendarahan di kepala anak kecil buat Mummy kecut la juga. Semoga tidak berlaku pada anak.
Sebab lebam kat kepala Zafri tak hilang2 lagi. Dah seminggu sejak Jumaat lepas..maka tak sedap hati selagi tak bawa jumpa Doc. Lambat sebenarnya Mummy bawa check up..Bos la sebok. Jadi bawa la pergi Prince Court. Dari klinik untuk mum & ped ke klinik emergency dicampaknye kami. Sbb fully booked la untuk ped klinik tu. nak tunggu pun pasti memakan masa. Hari ni pun Sabtu, mostly doc keje sampai pukul satu. Doc pun nak makan juga..jangan marah2 tau.
Zafri.. a week after tsunamiNi dahi anak Mummy. Seminggu pun ada lebam lg. Masa kena separuh dahi dah terangkat ke depan. Tapi tengah zaman melasak ni memang tak reti diam.
Doc cakap ok. 24 hrs lepas xcident tu tempoh yg ptg. Sila chek sindrom2 di bawah:
#Kalu dia lembik ke,
#Muntah ke,
#Ada lelehan ke kat hidung atau telinga atau
#Saiz mata kecik sebelah bolehlah di syaki ada bleeding ke apa.
Tapi Zafri kes hanya pada lapisan kulit luar.Lepas jatuh pun tambah lasak Maklumlah budak baru dapat kaki..tak jatuh ..atau tangan tak diam menarik2 barang2 kena kepala pulak...ayo..
Sorryla Manja..Mummy sebok yer. Bos sila cari maid ..kejadian sebegini bahaya.
Thursday, March 10, 2011
Dah Benjol dan Lebam
Cepat panggil Bos yang tengah tidor2 kat atas tu (demam). Ambil ais dan terus tuam...dalam 30 minit tuam.Barulah surut benjolnye. Inilah benjol paling besar rasanya kat Zafri. Lepas tuam letaklah vicks. Tak sure dia jatuh atau dia menarik tali torchlight besar lalu jatuh menimpa dia. Tapi rasanya torchlight tu yg jatuh kat dahi dia..sebab kalau zafri jatuh..takdelah lebam besar sangat dan tak calar...Sebab kat lantai kayu.
Pagi2 dah meredah hujan ke Giant pergi beli A Bruzzy Gel..nak hilangkan lebam. Yang lama dah habis. Tenyeh sikit kat lebam sambil rasuah dia makan lolipop. Zafri tertidor on the way balik. Dahlah lebam dahi anak Mummy ni. Dan tak tahannya..petang ni nak balik kampung..aiseh..siap sedialah telinga Mummy dan bos dengar nenek membebel.
Tuesday, March 8, 2011
Kucing sapa ni ..sila ambik sbl Zafri ligan
Kucing sekor ni suka sangat datang rumah..pantang menggoreng ikan mesti nak curi2 masuk ikut tingkap. Tak boleh tinggal ikan kat dapur mesti hilang. Suka membuang urine di depan rumah dekat motor & car pulak tu.
Zafri pantang nampak cat ni..dia kejar.
Mana rumah awak ha?
Ko ingat ni rumah kau ke? Ish..buat busuk ajerlah.
Wednesday, March 2, 2011
Zafri...Sebelum Botak dan Sesudah
Monday, February 28, 2011
Bayi Comel ker?
Dah bukan bayi dah ni...ha ha
Hari ni pergi beli susu zafri dekat Tesco Nilai. Susu Zafri ni hanyalah satu2nye Isomil-Tanpa Laktosa...itu sahaja susu yang dia boleh terima. Beli 3 tin sahaja untuk tahan 3 minggu ..total dalam RM 190. Then pergi ambil gambar free ..dapat la gambar 4 R free. Argh alang tu masuk la sekali pertandingan bayi comel ni..bayar la 10 hgt. Boleh menang ker..aha. Zafri dah besar la..dah berjalan dah. Rambut pulak takder. dah kurang comel dah..handsome je lah.
Sambil jalan Tesco ni..dan survey apa2 yg patut.. tapak kedai la tu.
Wednesday, August 4, 2010
Zafri ...8 month

Apa perkembangan dia..merangkak tapi agak tidak rajin...Yang selalu diusahakan ialah memanjat.. dan berdiri.
Amat pandai meminta makanan apa yang org lain makan.dan aktif mengutip segala bende untuk masuk mulut.
Sudah pandai bergaduh dengan Abg Iman
Sudah pandai meminta dukung..apabila babah balik kerje.
Sudah pandai ambil cermin mata Mummy
Thursday, May 13, 2010
Iskandar Suka Mengusik, Iman Semakin Manja...Zafri is growing
Iskandar sebagai anak yang sulong suka mengusik adaik-adiknya @ menyakat. Pada saya hal itu ada baiknya kerana dia akan merapatkan hubungan di antara tiga beradik ini. Tetapi adakalanya memang terlabih apabila Iman mula menangis dan pipi adik habis merah digomolnye. Sebagai Abang ..dia banyak mengajar Iman bende2 yg Iman tak tahu. Peminat cartoon ..tetapi seorang yang ego. Kalau dimarah ..akan mengamuk tetap kemudiannya akan membuat perkara yang bertujuan menarik perhatian Mummy.
Iman pula sebaliknya. Iman anak yang manja walaupun di raut wajahnya terserlah seraut wajah yang tegas dan serius. Sifat dalamannya agak berbeza.Namun memiliki keberanian. anak manja ini juga suka berdikari @ membuat eksperimen, ingin tahu..spt, mengambil sendiri air dan makanan dari peti ais (habislah basah2) , cuci pinggan (sekadar nak main air), mengelap dapur (suka2 untuk menyembur spray pencuci sehingga separuh), mengemas dapur (menyimpan semua bekas garam, kunyit, kari dlm peti ais) dan paling hebat pernah mencabut paip sinki dapur sehingga air mencurah2 di dapur. Anak manja inilah buah hati manja saya..dia sudah lali apabila namanya dipanggil (Iman!!!). Anak manja yang menambahkan jadual kerja harian saya.
Namun Iman amat sensitif jika dimarah...mahu dipujuk dan dipeluk belai. Sampai sekarang juga mahu ditidurkan dibelai2. Namun sayangku Iman..sebagaimana lasak sekalipun.."rumah ini akan hilang serinya bukan sahaja jika dia tiada..akan hilang serinya jika dia tidur" Bagai jam terhenti...aman.
Zafri pula akan genap 6 tahun pada hujung bulan ini. sudah mengesot ke hadapan dan mula mengangkat badan dan punggung untuk merangkak. Berat badan mula bertambah..dan akan mula menyusut kerana semakin aktif. Amat manja dengan Mummy. Siang dan malam dengan Mummy. Amat mudah senyum dgn sesiapa shj. Wajah dan kelakuannya adalah kombinasi antara Iman dan Iskandar. Sekarang sudaj pandai mengambil barang..spt cermin mata dan makanan. Maka awaslah kepada objek2 kecil di rumah ini..kerana dia akan mula merangkak aktif tidak lama lagi.
Wednesday, December 23, 2009
Friday, December 18, 2009
Ihsan Zafri One Month Check Up
Babah terlupa untuk appointment hari ni. Tapi last pergi juga sbb ada apointment utk Mummy & Zafri. zafri one mth berat 3.9.kg tinggi 51 cm.Alhamdulillah ada progress sbb Zafri lahir kecik aje 2.6 kg dgn tinggi 48 cm. Semoga membesar dgn sihat ,,my little hero.
Wednesday, December 16, 2009
Friday, December 11, 2009
Tiga Minggu Lagi
Kami dah nak balik dah...dalam masa tiga minggu lagi. Tak sabar nak bawa balik Ihsan zafri. Ramai yang menunggu nak melihat permata hati saya ini. Perkembangan terbaru Zafri ialah di pandai membuat bunyi... Cute like Iskandar & Iman.
Saturday, November 21, 2009
Alhamdulillah ...Ahmad Ihsan Zafri
Alhamdulillah
Name: Ahmad Ihsan Zafri
DOB: 15 Nov 2009
Name: Ahmad Ihsan Zafri
DOB: 15 Nov 2009
Tuesday, November 17, 2009
Iskandar Sangat2 Teruja ....pd Zafri
Zafri look likes meIskandar sangat teruja dengan Zafri..dia akan marah kalau Babah tak bawa dia ikut sekali ke hospital untuk tengok Mummy. Maklumlah Mummy lama kat hospital 5 hari.
Iskandar akan sayang Zafri puas2 dan bawa mainan untuk Zafri. Dia sanggup bagi bantal busyuknya untuk Zafri lagi. Tetapi Iman agak confuse dengan orang baru ini...dan mungkin terasa statusnya sebagai adik tergugat. Ha ha Iman masih malu2.
Subscribe to:
Posts (Atom)











