Susun dalam bekas yang berisi air yg ditambah sesudu gula. Boleh letak kat bilik air satu.
my life
Showing posts with label mummy. Show all posts
Showing posts with label mummy. Show all posts
Friday, March 18, 2011
Deco simple. Do it yourself!
Hari ini nak citer pasal Deco sikit. Semua suka tengok rumah cantik kan. Sebab kat luar tu tengah hujan..jadi takkan nak duduk diam je kot. Internet pun slow 2-3 hari ni. Jom kita ceria2 kan suasana.
Wednesday, March 9, 2011
A Doctor in the house
Baca news hari ini, Mummy sudah tersangkut hati untuk beli buku ini. Pada pemimpin yang pada pandangan Mummy hebat.
Lantas terkenang kembali saat2 bersama sahabat baik Azmah Dahari (TV3 broadcast) yang dapat interview Tun. Waktu itu kami terlewat datang ke pejabat Tun di KLCC. Nasib baiklah lepas juga..
Tun..penampilannya sederhana, merendah diri..Sanggup menerima kedatangan kami yang ilmu dan pengalaman jauh di belakang lagi. Ingat tak lagi Azmah..pengalaman ini suatu waktu dahulu 'bagai bulan jatuh ke riba".
Tun Mahathir & new book (pic source B. Harian)
Mummy & Tun (gambar lama..ambil semula) Masa ni tgh pregnant Iman 4 mth.
Zaman2 kerje as editor&writer cum Head of Economics & Comm cum kuli pun ye.
Tun Mahathir & new book (pic source B. Harian)Zaman2 kerje as editor&writer cum Head of Economics & Comm cum kuli pun ye.
Masa nak ambil gambar ni , Tun minta 20 sen..ha ha.
Sunday, March 6, 2011
Umur Makin Meningkat..agaknye berapa tahun lagi hidup?
Pagi2 dah ke Nilai3 beli nasi lemak. Malas nak masak breakfast sbb bos subuh2 dah pergi main golf (jangan balik tangan kosong balik nanti..kurang2 tu bawa la hadiah vaucher ke..). Balik, sampai traffic light..terfikir, argh umur Mummy dah meningkat setahun lagi. Hajat yang satu itu masih belum terlaksana.
Bila berada di usia ini..argh..banyak betul ibadat dan pahala belum dibuat..kot 2 umur tak panjang. Impian pun banyak juga..dari yang short term & long term. Entah2 terlaksana atau tak?
Ini bulan Mac..b'day month. Yang pasti b'day anakle yang lebih. Mummy nak apa.. Mummy nak apply annual leave seminggu boleh?
Wednesday, March 2, 2011
Bila Hati Sakit dan Tak Lalu Nak Makan
Sunday, February 27, 2011
Dah Bayar Saman?
Mummy dah tahu saman ni sejak last year lagi..bila kita dapat surat saman..tapi relax lagi..sbb masa tu renew road tax lepas je. Lagi satu..sbb bila dilihat list of my summons dlm Myeg tu, semuanya bukan angkara pemanduanku. Argh..ini semua speed trap..adik aku la tu dan saman2 kecil bos tu. Semua ada la 300 rgt.
Tapi dlm Januari lepas , bila renew roadtax..JPJ hanya renew for 6 mth. Alahai..bukannya bengang tapi malas nak pergi bank lagi untuk renew bulan 7 nanti. Sambil aku terfikir "apalah salahku..insan teraniaya".
Jadi hari ini adalah hari membayar summons ..(bos lah bayar) sbb ada discount. Saman Mummy 300 rgt..bos punya saman 800 rgt.. Ha ha ha..jangan ditanya2 pada bos. Adalah dapat discount sikit2.. Saman Mummy jadi 210 rgt..Bos ntah kurang baper..Jadilah.
Sunday, February 13, 2011
addict to coklat
Anak Bujang saya..banyak mewarisi genetik saya selain kurus..dia adalah peminat coklat di rumah ini. Macam Mummy dialah. Adakah Mummy dia yang ajar...mungkin juga Mummy yang pupuk minat itu supaya Mummy ada geng nak makan coklat. Apa sahaja berperisa coklat..sama ada coklat Cadbury ke..ice cream, air coklat, dan yang disukai kek coklat.
Oleh kerana semalam ada orang belikan saya mixer baru..maka kenalah test hari ini. Sapa lagi yang beli untuk saya selain Babah the King . Sebenarnya Babah dapat voucher Isetan sebab main golf. Jadi kenalah digunakan.
Oleh kerana semalam ada orang belikan saya mixer baru..maka kenalah test hari ini. Sapa lagi yang beli untuk saya selain Babah the King . Sebenarnya Babah dapat voucher Isetan sebab main golf. Jadi kenalah digunakan.
Malam yang memberikan ketenangan
Sukar untuk mencari ketenangan bagi saya. Mungkin juga bagi mereka yang bergelar Mummy seperti saya..ada sahaja yang perlu dibetulkan, dikemaskan,disiapkan dan adalah lumrah tidak akan tidur lena. Tetapi apabila saya mengadap sesuatu yg membuatkan kata-kata menari dengan indah..ia adalah sesuatu yang mengasyikkan. Bagai berada di satu dimensi yang memberikan ketenangan. Biarpun 5 minit sudah cukup.
Ok. zafri sudah menguap 2 kali..perlu saya manja2 kan untuk tidur. Iskandar pula sudah lama menonton tv ..its time to sleep my dear. Iman pun sama juga...mahu ditepuk2 dan dimanja. Ok tidur sekarang atau esok akan liat untuk bangun ke sekolah.
Saturday, March 6, 2010
Thursday, November 12, 2009
Belum Lagi
My new hero belum lagi mahu melihat dunia ini.Harus banyak bersabar..walaupun amat berat dan mencecah 38 week. Mummy sudah tidak boleh tidur malam. Dan hormon badan sudah mula berubah2...kekadang cepat naik angin. Dapat dilihat jerawat mula tumbuh. Dan bukat setakat jerawat, taki lalat pun mula naik.
Tuesday, November 10, 2009
Masih Menunggu Kehadirannya
Baby belum lagi mahu melihat alam ini.Mummy dah semakin sarat dan melalui pergerakan yang sukar. Tidur tak lena, amat letih ditambah lagi dengan cuaca yang panas.
Tuesday, November 3, 2009
Kesabaran dan Kekuatan
Ya Allah berikanlah aku kesabaran dalam menempuhi hidup ini. Dugaan itu datang dan pergi. Memerlukan kekuatan untuk merungkaikan setiap dugaan dan ujian yang ada hikmahnya. dan setiap kali ujian itu diselesaikan..aku percaya kita semakin matang dan semakin kuat untuk menerima ujian seterusnya. Hany akal fikiran yang mampu melihat kekusutan dan jernihnya kmelut hidup.
Monday, November 2, 2009
Apabila Ujian Allah Tiba
Last Saturday..Mummy pergi pregnancy check up lagi. Maybe yang ni last before bersalin. Baby masih songsang..kepala di abdomen, kaki di bahagian bawah. Kerisauan mula melanda..membuatkan mood berubah. If the baby small bolehlah normal. Kalau tak kena la cesar. ujian dan dugaan Allah ini membuatkan aku risau.
Sunday, October 18, 2009
Mummy First Check Up at FV Hospital
FV Hospital ( France Vietnamese hospital..kat sinilah adik Kandar akan lahir nanti. Sbl ni check up kat Columbia Asia. Dari rumah ke hospital tak jauh , budget dlm 15 minit...itupun kalau tak jam. Hospital ni ok..tak crowded dan Babah ok je sbb ada cafe dia nak menghabiskan masa dgn budak2 nanti. For u info kalu bersalin kat sini 4 hari baru boleh kluar sbb nak make sure baby tak kena jaundis.Kalu semalam pun dah tak tahan nak duduk ward inikan pulak 4 hari...lama betul. Aduh lamanya..takpe, tempat orang kan lain pula caranya. as long semua selamat dan sihat.
Bill check up hari ni;
Consultation dgn Doc Nguyen Thi Vinch Thanh : 400,000.00 vnd
Blood test : 2 mil vnd
medication : 200,000.00 vnd
Semua sekali kira RM 400 lebih. Kalau kat private hospital Malaysia baru seratus lebih je utk maternity check up kan.
This week Mummy in week 35 of pregnancy.
Friday, October 9, 2009
Inilah cinta...kasih Mummy
Sekadar mengenang saat sukarnya Mummy membesarkan kedua2 hero Mummy ini keseorangan...air mata akan mengalir jua. Namun cinta kasih Mummy inilah yang memberi kekuatan pada hati dan jiwa seorang Mummy. Biat tika itu tiada siapa yang memahami, biar kata2 berbisa datang menyinggah. Lantaran itu juga ia cukup memberi kekuatan pada apa juga rintangan yang bakal mendatang.
Mummy sangat sayang pada dua harta Mummy ini.
Wednesday, October 7, 2009
Thursday, March 5, 2009
Mummy B'day
It's nice to be 31 but from now on, I think I will get older quicker than I thought..
Subscribe to:
Posts (Atom)




