my life

my life

Monday, July 19, 2010

Result Exam tidak ok

Iskandar dah exam pada last Jun. Dengan result exam yang langsung tidak memuaskan...Mummy kena buat sesuatu. So Mummy dan Babah pun berkejar ke MPH Midvalley untuk beli additional book untuk membolehkan dia cepat membaca. Iyalah Mummy takut dia tertinggal dengan rakan2 skelas yang kebanyakannya telah sekolah sejak umur 4 tahun. ( Bayar tadika mahal pun kita tak boleh serah pada cikgu sahaja..)
Entah kenapa dia tidak faham dan ingat apa yang diajar oleh teacher di Krista. Bila diajar di rumah dia sudah boleh membaca. Di sekolah teacher cakap dia tak boleh membaca. Jadi Mummy pun pinjam bawa balik story book kat sekolah. Babah pun heran jugak sbb kerana di rumah bila diajar sekali dia boleh mambaca. Lepas tu bila sekolah balik dia sudah boleh baca sbb dah ajar dulu kat rumah. Dan dia sangat seronok bila teacher ckp good, dan Mummy rasa lega sikit bila teacher noted good pada page story book dia.
Pelik kan..kat rumah sudah boleh baca sampai page 30. Mungkin dia kurang minat kerana teacher kurang pandai mengambil hati...maka dia buat tak tau.. argh.. Usia daun hijau ni kena ditarik minat nya dulu.
BIla Mummy tanya teacher ada marah Iskandar ke? Dia hanya diam..Iskandar mmg camtu, dia tidak mahu bercakap bende yg dia tidak suka. Mummy rasa adalah kena marah tu. Jadi dia mula menolak all the input yang diberi dan tidak mahu memberi respond. Dia buat bodoh je...
dalam usia 5 tahun ..kita akan serba salah juga. Tidak boleh memaksa walaupun pada usia ini ramai yang sudah lancar membaca. Iskandar perlu berasa seronok untuk membaca.
Ya Allah semoga Mummy tidak terlepas pandang pada perkembangan dan kelemahan anak2 Mummy.