Sudah seminggi budak manja @ iman ini tidak mahu susu..asyik nak air oren shj. "iman batuk kalau susu" itulah jawabnya. Dia mint aoren dari pagi sampai ke malam. Memang nampak pipinya tak montel macam biasa. Tapi dia kuat makan bende lain..hari2 mengadap peti ais untuk menyelongkar makanan yang ada. basket yang berisi biskut, buah, keropok di atas meja turut menjadi sasarannya.
Tapi kalau disuruh makan nasi memang dia tak nak sangat. iyalah budak2 tak kuat makan nasi. Cuma dia suka makan sup ayam. Terpaksalah Mummy ingat maid ni jangan bubuh gula kalau buat sup...kalau tak Iman jadi org Vietnam la jawabnya. Satu lagi Iman suka makan roti apatah lagi garlic bread. Bila petang kenalah Mummy buat kuih ker..mcm2 dan Iman suka makan karipap. Sekali makan tig aketul. Bila malam, Mummy pun kena goreng2 apa yang Iman suka makan..sosej ke ..frenh fries ke..Janji dia makan. Risau kalau dia lapar.
Waktu pagi Mummy memang terpaksa paksa Iman minum air milo..adalah minum air panas sikit. Bagi kuat sikit badan. Risau tengok budak ni. Bila anak berubah secara mendadak..buat Mummy risau.
Yang sorang lagi -Iskandar. Memang hantu susu..Susu, susu dan susu. Macam2 kerenah anak2 Mummy ni.