my life
Thursday, May 28, 2009
Next Month=Travel Mood
Next month will be full of travel and holiday mood. Just wait and see.
Monday, May 11, 2009
Aku Terlanjur Cinta Kepadamu dan Telah Kuberikan Seluruh Hatiku
antara lagu best
Terlanjur Cinta..(Rossa feat Pasha)
Waktu bergulir
Lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema
Mengertilah engkau
perasaanku tak terhapuskan
Malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
Tapi mengapa kini kau pertanyakan cintaku
aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurangku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Kerna sekali cinta, aku tetap cinta
Mencoba bertahan di atas puing2
Cinta yg telah rapuh
Apa yg ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan
Friday, May 8, 2009
Rindu kat Emak
Rindu kat emak sangat-sangat.
harap emak sihat dan kuat. Dalam usia 70 tahun..aku rasa emak antara orang tua yang masih kuat. Masih mampu berjalan dan memasak..tanam pokok bunga, mampu tengok cucu yang dah besar. Cuma pada usia ini, emak cepat penat, badan lenguh dan ada masalah kulit.
Takpe..balik nanti aku bawa emak duduk dgn aku..itupun kalau emak nak duduk lama.Aku ingat lagi, emak seronok sangat waktu aku bagi pokok keladi ungu kat umah aku tu..match sgt dgn pasunya. Aku cakap emak ambikla..nanti pokok ni mati pulak kalu tinggal. Itu antara pokok kesayangan aku..dan aku tengok emak seronok sangat,,dan aku seronok kalau tengok emak seronok.
Emak memang suka tanam pokok bunga. rumah kat kampung dah jadi macam taman.Aku ingat lagi emak aktif tanam pokok bunga selepas ayah meninggal. Mungkin itu caranya emak lepaskan segala kesulitan dan kesedihan. Tapi aku tahu cara itu berkesan...sebab aku pun suka menanam pokok bunga ni. Puas hati bila melihat pokok yang dari kecil disiram..hidup subur, membesar dan berbunga.
Wanita itu adalah ibu dan ayah aku.
Tuesday, May 5, 2009
Vung Tau..... Beach
Iman dengan Kandar baru balik dari Vung Tau. Lari sekejap dari Ho Chi Minh yang sebok..relax kejap. Pantai Vung Tau cukup cantik dan luas..cukup untuk dua beradik ni berlari2, mandi laut dan main pasir. Cuma airnye tidaklah sejernih mana...tahap PD je. Untuk pergi Vung Tau kami naik bot dalam 1 jam setengah...kira lama Hg tiket dlm 30 RM.
Sepanjang laluan ke sini boleh nampak banyak bot nelayan,kapal dan tongkang.Pembangunan di Vung Tau juga pesat dan cantik. Jalannye juga tenang dan bersih.dipenuhi hotel2 namun masih memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan perniagaan kecil. Rasanya masih jauh lagi untuk PD, Lumut dan Pangkot untuk membangun secantik Vung Tau. Kecuali kita masih lagi boleh berbangga dengan airlaut yang jernih dan pasir putih serta alam semulajadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)