my life

my life

Monday, September 28, 2009

Hari Raya ...day 6



Hari ini kami penat dan kenyang. Lambat betul nak bergerak pergi beraya. Gambar beraya kat rumah GM. Kami antara yang lambat sampai.

Sunday, September 27, 2009

Hari Raya ...day 5

Penuh rumah ni..rumah kecik ni.
Kenapa makan mee dgn ayam masak merah tu? Biar bebudak vietnam tu rasa masakanMalaysia.

Hari ini Babah invite budak department dia. Mummy masak nasi tomato dan bubur kacang durian. Babah order me bandung.

Thursday, September 24, 2009

Hari Raya ..day 1

Selamat Hari Raya..dari kami di Ho Chi Minh City, Vietnam
Hati terasa sedih dan sedikit sayu rasanya. Mula2 takde rasa apa2. Tetapi apabila kaki melangkah ke masjid rasa hendak menangis.Namun hati masih kuat hendak menahan air mata. Bersyukur sekali dapat solat hari raya dan masih ada anak Malaysia di sini. Bertuahnya orang Islam di bumi Malaysia. Sedihnya tengok orang Islam di sini..daif.

Seronok sbb pertama kali masak lauk raya sendiri..habis licin Babah dan Kandar makan. Dan boleh terima lah tu kalau akan2 dtg kami beraya di perantauan lagi.


depan masjid Saigon


Malaysian...kat rumah Pak Abu


rumah Pak Abu





Hari Raya ...day 2

Hari raya kedua kami hari Selasa. Babah dah mula kerja tapi separuh hari dah balik dah..takde org la tu. Mummy menghabiskan biskut2. Petang baru beraya kat rumah En Rosli planner.




Wednesday, September 23, 2009

Jemput Datang Rumah Iman & Iskandar

Salam Aidilfitri

Kami sekeluarga menjemput sanak saudara, rakan taulan & pembaca blog ini datang beraya di rumah kami di;
NAM AN APARTMENT
DIEN BIEN PHU ST,
DIST 1, HCMC,

Pada hr jummaat ini. Lepas office hour..after maghrib.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga di Saigon

Tuesday, September 15, 2009

Hari hari terakhir Ramadhan

selepas bbuka puasa
Kandar nampak susut selepas demam dan batuk.

Iman & Iskandar sempat berbuka puasa di Masjid Saigon, dgn org 2 Malaysia dan Islam yg lain..crowded sungguh. Minggu lepas juga sempat bbuka puasa di Equtorial, jadi sempat bersama rakan2 yg lain.