my life

my life

Thursday, October 29, 2009

Babah pun Sakit Mata..ha..Mummy Pun, Kandar Belum Lagi

Kids at Columbia Clinic
Pagi ni bawa Iman pergi Columbua Clinic sbb nampak merah betul..kesian anak Mummy ni. babah cakap dia pun dah mula gatal2. Balik dari clinic pergi second breakfast kat coffe bean. Mummy biasalah makan cake. Iman & Kandar makan roti tuna. Babah dengan coffee blended dan Iman dgn chocolate blended. Dekat coffee bean tu juga bagi ubat mata kat Iman..mengamuk dia. Tapi lepas tu diam bila dapat chocolate blended yang penuh dgn cream ni. Hari ni susah la Iman nak manja sangat..sbb maid pagi2 dah bg msg sakit mata. Oklah tu takkan nak suruh dtg keje pulak sakit mata ni.
Balik rumah Babah booking ticket. Kami dah nak balik tau pada 01/01/2010. Ticket Babah office bayar so kena book untuk kami 3 org ni. Mummy ckp dgn Babah bukan extra 3 ..tp 4 org lagi..baby. Kami balik naik MAS (seat yg calourful kata Kandar). Ntah kenapa rasanya akhir2 ni ticket MAS lebih murah dr Air asia. Babah booking ticket atas nama Ahmad Ihsan Zafri for the baby.
Bila Babah pergi office barulah Mummy notice mata Mummy dah penuh taik mata. Mummy dah kena la tu. Kandar still strong.

Wednesday, October 28, 2009

Iman Sakit Mata


Hari ini Iman lambat bangun. Selalunya dia bangun jam 6.30 pagi...dan dia akan mandi sebelum orang lain mandi. Tapi hari ini ntah kenapa dia lambat bangun..sampai 7.30 pg. Bila Babah angkat, dia cakap Iman sakit..mata merah sebelah padanlah tak bangun.


Maid pulang tak datang..tapi adik maid yg replace hari ni. Dia cakap dia sakit mata..tahulah Mummy dari mana Iman dapat sakit mata ni.

Sunday, October 18, 2009

Iskandar ..Chicken Pox

Ish..Iskandar kena chicken pox this week. Tapi dia stll ok. Tak perasan sangat sebab tumbuh sikit je dekat tangan dan dahi. Yang perasan ialah air liur asyik meleleh je..puas marah sbb suka gigit baju.. and dia cakap tangan dia kena gigit nyamuk.Masa tu tak perasan lagi. Then bila check betul2 ada gelembung2 kat tangan. I check betul2 ada kat fingers and elbow. Ingatkan penyakit kuku dan mulut.
Tapi dia tak demam ke apa, lasak cam biasa. Cuma Mummy yg pregnant ni tak boleh dekat sanga dgn dia. Ntah camner dia boleh kena..takkan sbb tengok kartun chicken run ni kot.

Mummy First Check Up at FV Hospital

FV Hospital ( France Vietnamese hospital..kat sinilah adik Kandar akan lahir nanti. Sbl ni check up kat Columbia Asia. Dari rumah ke hospital tak jauh , budget dlm 15 minit...itupun kalau tak jam. Hospital ni ok..tak crowded dan Babah ok je sbb ada cafe dia nak menghabiskan masa dgn budak2 nanti. For u info kalu bersalin kat sini 4 hari baru boleh kluar sbb nak make sure baby tak kena jaundis.Kalu semalam pun dah tak tahan nak duduk ward inikan pulak 4 hari...lama betul. Aduh lamanya..takpe, tempat orang kan lain pula caranya. as long semua selamat dan sihat.
Bill check up hari ni;
Consultation dgn Doc Nguyen Thi Vinch Thanh : 400,000.00 vnd
Blood test : 2 mil vnd
medication : 200,000.00 vnd
Semua sekali kira RM 400 lebih. Kalau kat private hospital Malaysia baru seratus lebih je utk maternity check up kan.
This week Mummy in week 35 of pregnancy.

Thursday, October 15, 2009

Next Year Cam mana?

Ia tentang kehidupan dan masa hadapan mereka

Argh tanggungjawabnya akan lebih berat. Tak tahu di mana bumi akan dipijak. Tak tahu Babah akan still attachment atau transfer terus. Kepala Mummy pening juga memikirkannya. Yang pasti anak2 harus diutamakan dahulu kerana Iskandar dah nak masuk tadika. Kalau Babah still attachment, Mummy, Kandar & Iman & new family member akan mengucapkan selamat tinggal kepada bumi saigon. Camner sekalipun Iskandar kena masuk tadika next year. Yang bezanya Mummy tak kerje lagi dah. Well tgh prepare to set up a small business maybe a small cafe?


Friday, October 9, 2009

Inilah cinta...kasih Mummy

Iman at the age 2 mth and Iskandar 1 yrs 3 mth

Sekadar mengenang saat sukarnya Mummy membesarkan kedua2 hero Mummy ini keseorangan...air mata akan mengalir jua. Namun cinta kasih Mummy inilah yang memberi kekuatan pada hati dan jiwa seorang Mummy. Biat tika itu tiada siapa yang memahami, biar kata2 berbisa datang menyinggah. Lantaran itu juga ia cukup memberi kekuatan pada apa juga rintangan yang bakal mendatang.
Mummy sangat sayang pada dua harta Mummy ini.

Wednesday, October 7, 2009

32 week..5 weeks more to go.


Friday, October 2, 2009

Jamuan Hari Raya Petronas

Mummy 32 weeks & kids
Kak Eza dan Dura
Location: Office Babah
Sejam Pertama: Iman berlari2 dan menjamah dahulu apa yg patut sebelum majlis bermula. Iskandar not feeling well, duduk dekat Mummy je sambil tanya bila nak start ni Mummy?
Lepas start: Iskandar makan sate..iman pun.
Few minutes later: Iman muntah dgn Babah.
Then : Iskandar makan bihun, nasi himpit , kuah kacang.
Few minutes later: Iman datang berlari dan muntah kali kedua dengan Mummy.