Finally..
Mummy tak suka Vietnam dan orang2nye.. Aha..nak balik memang la ex sikit dan lega.
Thanks all the sweet memory..
my life
Wednesday, December 30, 2009
Monday, December 28, 2009
Last Day to Saigon Square
Last ni pergi Saigon Square. Last makan kat gerai lorong. Just bought baju untuk kids aje...nothing for Mummy and Babah. Biasalah parent memang camtu..untuk diri sendiri always last sekali. But I think Babah nak beli baju maybe later.
Pergi Hong Anh..beli telekung untuk jiran2 kat Nilai Impian and relatives. Penuhla beg nampaknya. Risau juga beg tak muat. Masukkan juga apa yang boleh.
Le Van Tham Park, Roti Canai dan Cincin
Sunday
Bersemangat untuk bawa budak2 ke taman. Sedih juga sebenarnya sbb selalu tak bawa dia orang berjalan for the few last month. Hari ni bawa Zafri sekali...maid tak ada on Sunday. Dah panas sebenarnya dan tak breakfast lagi. Ingat nak masak tapi Babah cakap kita pergi makan roti canai.
Habis ke taman..pergi kedai belakang masjid..tapi takde pulak roti canai..jadi pergilah 4 season. Kedai pun macam tak bukak je for breakfast.Vietnam mmg gitu.. Lambat pulak air ni siap..kids dah dahaga sangat. Finally we got our roti canai.Babah with nasi lemak..(tambah menu pulak), Mummy try Murtabak..Ok semua sedap dan licin...sebab lapar dan penat exercise..Zafri pulak tido..senang Mummy nak makan. Breakfast cost around RM40...( aha ..cua bayangkan kalu kat Malaysia..boleh lunch menu dah).
Lepas tu pergi Saigon Tax..beli pampers Zafri dan snap gambar yang akhirnya blur (Mummy la tangkap). Babah bawa gelang raya tahun lepas Mummy untuk repair...tapi tak boleh repair. Jadi kami trade in dengan cincin. I love that gelang tapi Babah tak perasan di beli tu bukan emas 24c..tak silap dalam 18 c..so no value at Malaysia. Mana tahu ada banyak jenis... Yang paling best pada gelang tu ada tulis "Babah love Mummy love Babah". How sweet..
Cincin yang ni ok juga..apa Babah bagi ok..( sbb wedding ring dah sempit..jenih nak buka masa bersalin hari tu)
Tak sempat jalan jauh sebab bawa Zafri...so just beli fresh magnet kat Saigon Tax aje..satu untuk pengirim Ety, satu lagi untuk my collection (Alahai..selalunya fresh magnet Mummy memang melayang sebab Iman main...pecah)
Friday, December 25, 2009
Christmas Day
Hari ini cristmas....Mummy hampir terlupa di Vietnam tiada public holiday pd 25 Dec. Namun kota Ho Chi Minh dihiasi indah. Penduduk Vietnam bukan cristian tapi ntah..turut sama memeriahkan. Begitu juga pembantu rumah saya, beria untuk membawa anak nya berjalan dengan lengkap berbaju Santa. Waima..sebiji kek telah sampai di rumah dari mangement apartment. Iman & Iskandar beranggapan ia hanya sebiji kek Happy Bday untuk babah.
Apabila christmas ni saya akan teringat akan jiran saya di nilai iaitu Anthony & Helen. Sedikit bersalah kerana selalu tidak hadir apabila dijemput untuk open house christmas. iyalah selalu je clash dengan waktu kami tiada di rumah ..berjalan atau balik kampung. Waima mereka jiran yg peramahThursday, December 24, 2009
Wednesday, December 23, 2009
Kenapa Saya Masih Di Sini
Kerana di sinilah kasih saya,,kasih yang tidak pernah diminta balas. Pada waktu2 begini seraut wajah yang tidak mampu saya pandang ialah wajah bonda yang dikasihi. Sedikit terkilan dan berdosa. Iyalah tiada di sisinya yang tentu sedang sibuk menyiapkan persediaan kenduri kahwin adik saya yang tinggal hanya 2 minggu. Saya bukan mahu begini..cuma kehidupan itu perlu diteruskan biarpun sedikit pahit. Saya tahu hati ibu mana yang tdak terluka kerana saya tiada..tiada ketika hari raya..dan bonda risau ketika saya melahirkan Zafri di Vietnam..dan mula menerimanya bila saya tiada di hari2 penting dlm keluarga. sukar untuk menerimanya..kerana saya satu2nya anak perempuan tunggal.Namun bonda pernah berkata..saya seorang yang berani..mungkin saya dibesarkan di kalangan hero2.
Dahulu saya selalu terfikir bahawa saya akan menyiapkan hal perkahwinan adik saya..kerana bonda telah berusia.namun ia hanyalah sekadar impian yang tidak kesampaian. Sama seperti saya menjadi org yg sebok selepas bonda di hari2 perkahwinan abg2. Tapi kali ini saya tiada. Ampunkan saya.
Dan saya juga tidak sekuat mana untuk membantu nanti..asal jadi penyambut tetamu sudah cukup. Dengan anak kecil dan belum pulih dari kelahiran cesar ini.
Saya doakan semoga majlis perkahwinan adik akan berjalan lancar.
Monday, December 21, 2009
Friday, December 18, 2009
Ihsan Zafri One Month Check Up
Babah terlupa untuk appointment hari ni. Tapi last pergi juga sbb ada apointment utk Mummy & Zafri. zafri one mth berat 3.9.kg tinggi 51 cm.Alhamdulillah ada progress sbb Zafri lahir kecik aje 2.6 kg dgn tinggi 48 cm. Semoga membesar dgn sihat ,,my little hero.
Wednesday, December 16, 2009
Friday, December 11, 2009
Tiga Minggu Lagi
Kami dah nak balik dah...dalam masa tiga minggu lagi. Tak sabar nak bawa balik Ihsan zafri. Ramai yang menunggu nak melihat permata hati saya ini. Perkembangan terbaru Zafri ialah di pandai membuat bunyi... Cute like Iskandar & Iman.
Wednesday, December 9, 2009
Vietnam Block Facebook
Hal ini membualkan Mummy marah juga sebab langsung tak boleh log in facebook. Rasa laluan melihat perkembangan org di Malaysia terbantut. Tak tahu apa yg berlaku dan tak boleh chat.Lost contact la kejap...
Friday, December 4, 2009
Jemputan Perkahwinan Adik Saya
Subscribe to:
Posts (Atom)