my life

my life

Sunday, October 3, 2010

Salam Aidilfitri II

Alhamdulillah. Terima Kasih sudi hadir ke majlis kami yang kecil ni. Sesekali berkumpul seronok.. Sepupu-Isna Zuraida & Ismail & family
Kak Izan -jiran depan umah

geng Limkokwing


budak2 pun pandai buat kawan..



My big brother Zulkefle & Redizo & family





Friday, October 1, 2010

Salam Aidilfitri

my little hero
tangga umah nenek




us


iman..handsome boy


Aidilfitri ..alhamdulillah dapat bermaafan dan berjumpa sanak saudara.

Saturday, September 4, 2010

Hari hari terakhir ramadhan

alhamdulillah..Ramadhan bulan mulia telah dilalui dan akan menutup sinarnya pada minggu ini. Hati sedikit sayu kerana dirasakan Ramadhan kali ini terlalu cepat mahumeninggalkan waktunya.. Sedangkan masih banyak ruang kosong tidak diisi.

Semoga kita bersua lagi ..wahai Bulan Mulia Ramadhan.

Thursday, August 5, 2010

Poori..

Anda suka makan poori..(tak tahu betul tak ejaannya). Ala..makanan yang ada kat kedai mamak..macam roti canai tapi digoreng. Makan dicecah dengan kuah kentang. Inilah faveret saya untuk breakfast..(no 2 lepas nasi lemak dan teh tarik). Senangkan nak ambik hati saya. Kemana2 saya pergi..saya memang amat utamakan breakfast. Maknanya kalu breakfast tu sedap ia akan menceriakan hari itu...
Begitu juga dia telah memahami saya dalam hal ini. Dia takkan lupa untuk membelikannya ..adakala mungkin terlewat. Kat Vietnam pun ada poori tapi mungkin mahal la..

Wednesday, August 4, 2010

Zafri ...8 month


Apa perkembangan dia..merangkak tapi agak tidak rajin...Yang selalu diusahakan ialah memanjat.. dan berdiri.

Amat pandai meminta makanan apa yang org lain makan.dan aktif mengutip segala bende untuk masuk mulut.

Sudah pandai bergaduh dengan Abg Iman

Sudah pandai meminta dukung..apabila babah balik kerje.

Sudah pandai ambil cermin mata Mummy

Monday, July 19, 2010

Result Exam tidak ok

Iskandar dah exam pada last Jun. Dengan result exam yang langsung tidak memuaskan...Mummy kena buat sesuatu. So Mummy dan Babah pun berkejar ke MPH Midvalley untuk beli additional book untuk membolehkan dia cepat membaca. Iyalah Mummy takut dia tertinggal dengan rakan2 skelas yang kebanyakannya telah sekolah sejak umur 4 tahun. ( Bayar tadika mahal pun kita tak boleh serah pada cikgu sahaja..)
Entah kenapa dia tidak faham dan ingat apa yang diajar oleh teacher di Krista. Bila diajar di rumah dia sudah boleh membaca. Di sekolah teacher cakap dia tak boleh membaca. Jadi Mummy pun pinjam bawa balik story book kat sekolah. Babah pun heran jugak sbb kerana di rumah bila diajar sekali dia boleh mambaca. Lepas tu bila sekolah balik dia sudah boleh baca sbb dah ajar dulu kat rumah. Dan dia sangat seronok bila teacher ckp good, dan Mummy rasa lega sikit bila teacher noted good pada page story book dia.
Pelik kan..kat rumah sudah boleh baca sampai page 30. Mungkin dia kurang minat kerana teacher kurang pandai mengambil hati...maka dia buat tak tau.. argh.. Usia daun hijau ni kena ditarik minat nya dulu.
BIla Mummy tanya teacher ada marah Iskandar ke? Dia hanya diam..Iskandar mmg camtu, dia tidak mahu bercakap bende yg dia tidak suka. Mummy rasa adalah kena marah tu. Jadi dia mula menolak all the input yang diberi dan tidak mahu memberi respond. Dia buat bodoh je...
dalam usia 5 tahun ..kita akan serba salah juga. Tidak boleh memaksa walaupun pada usia ini ramai yang sudah lancar membaca. Iskandar perlu berasa seronok untuk membaca.
Ya Allah semoga Mummy tidak terlepas pandang pada perkembangan dan kelemahan anak2 Mummy.

Tuesday, May 18, 2010

Stress dan Marah

Kekuatan untuk menangani stress dan marah. Hanya yang kuat bisa menanganinya. Mummy pohon semoga kekutan itu sentiasa ada dan kesabaran itu sentiasa menemani kehidupan ini.
Unsur2 dari luar itu sentiasa menganggu kawalan kita pada diri sendiri. Sangat benci pada situasi begini. Pergi unsur2 jahat yang mengamggu kedamaian .

Monday, May 17, 2010

Bila Anak Mummy nak Exam

Hari Isnin, Selasa dan Rabu..anak Mummy ada exam. Dengan aja exam..macam la exam tu susah ala2 nak SPM. Teacher dah bagi buku suruh baca dari last week lagi. Tapi takde exam schedule la pulak.. Mana nak tahu budak kecik ni nak exam apa hari ni. Pelik juga teacher bagi buku BM aje..yang Inglish dengan Math mana? Tak faham betul lah..

Yang simple spelling dia sudah boleh eja..apple, car cat , box.. Teknik Mummy ialah ajar bende yang dia minat dan seterusnya yang berkaitan. tapi jangan dipaksa..biar dia timbul rasa minat.

Tapi bila dia membawa balik buku bahasa Melayu...ternyata dia tidak tahu untuk mengeja satu pun..malah ada gambar yang dia tidak tahu apa namanya dalam bahasa Melayu. Terpaksa mengajar dia apa nama bende itu dan ajar eja..susah.. Iyalah dia akan menyebut Inglish dahulu. Hari2 bila kita menyebut aeroplane, elephant...dia tak tahu apakah kapal terbang..gajah.. Saya sudah tahu kelemahannya.
Jangan kata dia akan menangis..Mummy pun akan menangis juga..hu hu hu.
Adus..it pengajaranya..bila kita mahu anak menguasai bahasa asing..kita terlepas pandang bahasa sendiri.

Thursday, May 13, 2010

Happy Mums Day

Untuk semua yang bergelar Mummy..dan anak2 yang lahir dari seorang ibu.

Iman bawa balik bunga rose for mothers day.

Mummy: Iman..teacher cakap bunga ni suru bagi siapa?
Iman : Teacher bagi kat Iman suru bagi MAma
Mummy: Mama tu sapa Iman?
Iman : Iman pun tak tahulah Mama tu sapalah Mummy....Sapa MAma tu Mummy?

(nak gelak pun ada..sangat lurus budak ni..Aduhai Teacher...)

Mummy: Iman, teacher cakap bunga ni nak letak kat mana?
Iman : Teacher cakap letak kat air.

(Iman pun berjalan letak bunga ni dalam akuarium) (Ikan pulak dapat bunga..ha ha ha)

Iskandar Suka Mengusik, Iman Semakin Manja...Zafri is growing


Iskandar sebagai anak yang sulong suka mengusik adaik-adiknya @ menyakat. Pada saya hal itu ada baiknya kerana dia akan merapatkan hubungan di antara tiga beradik ini. Tetapi adakalanya memang terlabih apabila Iman mula menangis dan pipi adik habis merah digomolnye. Sebagai Abang ..dia banyak mengajar Iman bende2 yg Iman tak tahu. Peminat cartoon ..tetapi seorang yang ego. Kalau dimarah ..akan mengamuk tetap kemudiannya akan membuat perkara yang bertujuan menarik perhatian Mummy.


Iman pula sebaliknya. Iman anak yang manja walaupun di raut wajahnya terserlah seraut wajah yang tegas dan serius. Sifat dalamannya agak berbeza.Namun memiliki keberanian. anak manja ini juga suka berdikari @ membuat eksperimen, ingin tahu..spt, mengambil sendiri air dan makanan dari peti ais (habislah basah2) , cuci pinggan (sekadar nak main air), mengelap dapur (suka2 untuk menyembur spray pencuci sehingga separuh), mengemas dapur (menyimpan semua bekas garam, kunyit, kari dlm peti ais) dan paling hebat pernah mencabut paip sinki dapur sehingga air mencurah2 di dapur. Anak manja inilah buah hati manja saya..dia sudah lali apabila namanya dipanggil (Iman!!!). Anak manja yang menambahkan jadual kerja harian saya.


Namun Iman amat sensitif jika dimarah...mahu dipujuk dan dipeluk belai. Sampai sekarang juga mahu ditidurkan dibelai2. Namun sayangku Iman..sebagaimana lasak sekalipun.."rumah ini akan hilang serinya bukan sahaja jika dia tiada..akan hilang serinya jika dia tidur" Bagai jam terhenti...aman.


Zafri pula akan genap 6 tahun pada hujung bulan ini. sudah mengesot ke hadapan dan mula mengangkat badan dan punggung untuk merangkak. Berat badan mula bertambah..dan akan mula menyusut kerana semakin aktif. Amat manja dengan Mummy. Siang dan malam dengan Mummy. Amat mudah senyum dgn sesiapa shj. Wajah dan kelakuannya adalah kombinasi antara Iman dan Iskandar. Sekarang sudaj pandai mengambil barang..spt cermin mata dan makanan. Maka awaslah kepada objek2 kecil di rumah ini..kerana dia akan mula merangkak aktif tidak lama lagi.

Thursday, May 6, 2010

Iman Pulak Jatuh

Semalam seperti biasa, Mummylah yang drive untuk anak2 manja ini. tengah hari ambil kids dari sekolah dan teacher sudah menunggu di pagar.

"Iman jatuh tadi Puan, tapi saya sudah tampal dengan plaster..dia main kejar2 dgn iskandar.Dia org ni sudah aktif tak macam dulu..Maaf ya Puan".

Mumy hanya mampu tersenyum..dan sedikit terubat sudah di plaster lukanya.Tidak terfikir apa pun pd waktu itu.Ttp mlm sebegini mula terfikir semula..mmgla semua budak suka main kejar2..tak mungkin bermain tanpa pengawasan.

Wednesday, May 5, 2010

Sport Day










1 May 2010. Krista Sport Day. Jointly organized by Krista Nilai Impian & Krista Bdr Seri Putera. Fee is RM 35 for each child..total RM 70. Venue: Majlis Perbandaran Nilai.Seawal .7.30 pagi kami dah sampai..us very excited coz this is the first time for our kids.

Tuesday, May 4, 2010

Iman Rindu Babah

Dia sedang dilanda demam rindu...setiap patah katanya akan ada nama Babah. Inilah gara2 Babah out station minggu ini. Iman si anak manja ini memang begitu.
Iman akan bertanya dan menjawab sendiri persoalannya..Mungkin dia bosan agaknya.
"Babah mana?"
"Keje kat mana"
"Babah keje kat vietnam"
Itulah dialog nye dgn diri sendiri..jgn demam sudah.

Sunday, April 18, 2010

Jatuh

Semua kanak2 akan belajar jatuh dan bangun semula untuk mereka berdiri, berlari dan meneruskan proses kehidupan. mereka akan berkata biasalah anak lelaki lasak. Well this is the first time ..Iskandar jatuh di sekolah...all tha teacher tak perasan

Friday, March 26, 2010

Iskandar Turn 5







Iskandar sudah 5 tahun. Tahun ini murah rezeki..kerana anak Mummy sambut bday sampai 3 kali. Pertama pada 6 Mac lalu..Kedua pada 22 Mac dan ketiga di tadika. Semoga anak Mummy jadi orang yang berjaya kelak, anak yang soleh dan dirahmati Allah.
Kek kegemaran dia sudah pasti perasa coklat dan mesti ada gambar car atau pun ojek car di atasnya... Dan yang paling mesti ialah car berwarna merah ala2 Mcqueen..



Friday, March 19, 2010

Dia sudah semakin dewasa

Sudah 12 hari Babah out station ke Sudan. Babah sepatutnya sudah balik pada Selasa lepas tetapi delay berikutan sand storm di sana. Sangat2 sedih buat Iman & Kandar kerana kerana minggu ini adalah school holiday.Takda la buat apa...
Malam ini Mummy cakap pada Iskandar suruh tidur awal.
Mummy: "Kandar tidur cepat..esok Babah balik, kenapa Kandar tak tidur lagi?
Kandar : "Kandar takut nanti kandar tidur...kandar bangun Babah tak balik lagi"
Sedih sangat bunyinya.
Mummy: "Tak esok Babah really2 balik..Kandar Babah cakap nanti kita pergi mandi air banyak"

He ask?
Kandar:"Mummy, nanti lepas mandi air banyak..Babah pergi kerje lagi ke?"
Mummy:"Ye la ..Babah nak cari duit"
Kandar:"Babah tak ada duit ke"
Mummy:"Babah nak cari duit nak hantar Kandar pergi sekolah nanti".

Tak tahulah budak kecik ini faham atau tak..tetapi inilah kehidupan.

Tuesday, March 16, 2010

Rutin Harian Yang Sebok


Terlalu lama rasanya tidak erkumjung ke sini. Maaf sibuk sangat menguruskan 3 jejaka yang bakal menggegarkan Malaya.

Saturday, March 6, 2010

Family Pic-bday for march

Happy Bday for Mummy & Iskandar..tomorrow Babah going to Sudan

Tuesday, February 9, 2010

Jejak Semula Kawan2 Lama

Kadang2 bila ada free Mummy sempat jugalayan faceook.Why? Ia dapat mendekatkan kita semula pada rakan dan saudara. Satu kos yang jimat dan tak kisah di mana kita berada Adakalanya bila di depan mata kita tak mampu bertutur bicara tapi bila secara maya ia jadi lebih selesa. Sangat 2 seronok bila kita jumpa balik kawan lama setelah sekian lama kita tak dengar khabar berita..Specially when I meet again my best friend Suhaila.

Saturday, February 6, 2010

Tiga Jam Tiga Puloh Minit

Iman & Kandar pgi Kindie dlm tiga jam tiga puluh minit sehari. What I am doing at the time. MAsa itu amat singkat untuk Mummy membuat kerje2 di rumah ini. I send them around 8.20 and pick up 11.45. Ditambah pula ada baby sorang ni. Mummy sempat breakfast, sidai baju, pergi kedai beli stok masak dan makanan, masak, sapu dan mop rumah serta dalam masa this baby need to sleep first. It means if him in the bad mood..i need to give him attention 110% all the time. And my little Zafri is 100& breast feed and he will screaming if given a formula milk.
Kids.
Iman: Tcr said he is very active in the class. ut he have a morning sickness in 1st and 2nd week.
Balik sekolah he is so hungry.."Mummy Iman nak makan nasi". Dia akan terus mengunyap apa yang ada dalam fresh.So Mummy need to prepare all the food dan yang berkaitan...exp. apple, cake, oren & drinks. My little hero ni boleh makan 2-3 biji apple sekaligus tau.
Iskandar: Hmm..sangat senang bangun pada minggu 1 dan 2 tetapi mula liat pada minggu 3. Tcr said agak pendiam kat kindie and very choosy select friend. buat dia akan follow all instruction. He already start ada homework in the week 3.
Zafri: Sekarang langsung tak nak susu formula. Try to get him sleep dalam buai tapi tak nak sangat.

Friday, January 22, 2010

School time

Baru 1 minggu hantar Iman & Kandar pergi Krista. Class yang berbeza sbb different age. Iman at playschoo and Kandar at Kindergarden 1. Mula2 memang liat nak bangun and Iman morning sickness..But since last 2 days..dua 2 dah oleh berlari masuk school.
Kenapa Mummy pilih Krista?
-Inglish
-Dekat dgn rumah
-Outdoor activity

Payment mmglah mahal...mula2 registration untuk keduanya hampir cecah 2K. Iman 160 mothly and kandar 190 monthly. And need to pay another fee in the June.Hope they enjoy their early education time.

Sunday, January 17, 2010

Home Sweet Home


Alhamdulillah sudah 3 minggu balik Malaysia. Sayang pada rumah kecil ini yang ditinggalkan tidak berpenghuni. Sudah tentunya banyak kerje membersih, mengemas dan anyak lagi perlu dibuat. Hati juga sayu melihat rumput2 yang panjang dan kereta putih Mummy yang sudah berdebu. Tidak menang tangan dibuatnya bila balik kerumah sendiri.

Tambahan pula perlu berkejar ke kampung sempenan perkahwinan adik, menghantar iman & Kandar ke Kindie dan membawa mereka bercuti. Walaupun tidak bercuti jauh kerana budak2 kena sekolah rasanya sudah memadai.


Banyak yang nak dikejar..renew driving license, road tax, new phone number register, imunisasi Zafri dan kemas barang yag seberat 98 kg ni..