my life

my life

Monday, February 28, 2011

Bayi Comel ker?

Dah bukan bayi dah ni...ha ha

Hari ni pergi beli susu zafri dekat Tesco Nilai. Susu Zafri ni hanyalah satu2nye Isomil-Tanpa Laktosa...itu sahaja susu yang dia boleh terima. Beli 3 tin sahaja untuk tahan 3 minggu ..total dalam RM 190. Then pergi ambil gambar free ..dapat la gambar 4 R free. Argh alang tu masuk la sekali pertandingan bayi comel ni..bayar la 10 hgt. Boleh menang ker..aha. Zafri dah besar la..dah berjalan dah. Rambut pulak takder. dah kurang comel dah..handsome je lah.


Sambil jalan Tesco ni..dan survey apa2 yg patut.. tapak kedai la tu.


Sunday, February 27, 2011

Pizza..itulah kalau dah terlebih makan


Anak2 ni memang kena disuruh tido sebelum pukul 10 mlm..lewat pun pukul 10.30. Mummy la yang biasanya bertegas sikit dalam hal ini. Bos kurang tegas sikit...sebab yg nak kejut dgn nak hantar anak sekolah pun Mummy la.

Nak kata belum makan..rasanya dah makan tadi..

Lunch ..makan nasi + ikan rebus goreng + sambal sotong + ulam2 + sambal belacan (licin nasi) ,Petang tadi dah makan pisang goreng dengan Mummy masak coklat cake (dah 2 kali minggu ni masak cklat cake)...malamnye dah makan nasi + ikan kembong asam pedas + udang goreng + ikan rebus ( tapi kucing jahat itu dah ambik ikan rebus).. Alih2 dlm pukul 9, Bos dah menghasut Iskandar mintak kat Mummy Pizza..


Sebab Mummy ada ulcer Mummy buat tak endah aje..adalah budak kecik ni merajuk kot. Babah pun order la tu..Compare di antara Dominos dgn Pizza Hut. Mmg la Dominos sedap tapi mahal. Mummy rasa sekeping Dominos tu untuk sorang kot..yg tak sesuai delivery Dominos ada air + pizza dlm 40 rgt. Air tu tidak la Mummy galakkan utk anak2. Jadi kira2 bolehlah dalam 100 lebih habisnya.


Save budget Pizza la.. Sampai dalam 9.30 mlm. Nak hadam jadilah tak tido sampai pukul 11 mlm. Nak dikira2 memang Iman banyak makan..sedangkan orang lain yg nak sangat tadi. Iman makan dalam 4-5 keping, Iskandar dlm 3 keping, Mummy 2 kpg je..Babah pun 2 kot. Garlic bread zafri yg makan..Iman pun sama makan.


Kenyang ....apa nak jadi dgn diet Babah ye??

Dah Bayar Saman?

Mummy dah tahu saman ni sejak last year lagi..bila kita dapat surat saman..tapi relax lagi..sbb masa tu renew road tax lepas je. Lagi satu..sbb bila dilihat list of my summons dlm Myeg tu, semuanya bukan angkara pemanduanku. Argh..ini semua speed trap..adik aku la tu dan saman2 kecil bos tu. Semua ada la 300 rgt.
Tapi dlm Januari lepas , bila renew roadtax..JPJ hanya renew for 6 mth. Alahai..bukannya bengang tapi malas nak pergi bank lagi untuk renew bulan 7 nanti. Sambil aku terfikir "apalah salahku..insan teraniaya".
Jadi hari ini adalah hari membayar summons ..(bos lah bayar) sbb ada discount. Saman Mummy 300 rgt..bos punya saman 800 rgt.. Ha ha ha..jangan ditanya2 pada bos. Adalah dapat discount sikit2.. Saman Mummy jadi 210 rgt..Bos ntah kurang baper..Jadilah.

Friday, February 25, 2011

AIZ TEGUH BERSAUDARA

Alhamdulillah...terlaksana jua aku nak daftar perniagaan ini. Selalunya asyik sebok dengan bebudak ni je..bos pulak sebok dengan kerje. Registar kat Seremban..Kejap je..dlm 20 minit. Berbaloi la Mummy dengan Iskandar meredah hujan. Iskandar pun nak ikut gi SSM..Bos dgn 2 lg askar duduk dalam keter. Sampai masuk bilik officer pun dia ikut..siap main2 kerusi.

Doakan semoga impian Mummy nak ada perniagaan sendiri berjaya..start dari bawah. Semoga ada perniagaan yang teguh akan diwarisi oleh anak2 Mummy. Tak payahlah nanti makan gaji dgn orang ...
Macam Iman cakap Step 1: Press the button...
Step2: Press the button again...
Ni kira step pertama Mummyla...

Wednesday, February 23, 2011

Kek Batik Marriee

Sudah lama tak buat kek batik ni...macam nak makan bende2 yg manis pun ada. Operasi pun bermula dengan bantuan the boys. Boys ni memang suka kalu buat bende2 praktikal ni. Senang aje kan. Mula2 Iskandar dan Iman ditugaskan untuk pecahkan iskut marrie kepada 4 bahagian. Kemudian gunakan mixer untuk sebatikan butter dan gula...Iskandar suka guna mixer ni...Next tambahkan 3 biji telur satu persatu. Biarkan Iskandar mix semua tu... masukkan gula, milo dan coklat.
Mummy akan masak kan bahan 2 mix itu di dalam api sampai likat sedikit. Masukkan biskut marrie yg tadi. Iman akan menolong Mummy untuk tekankan kesemuanya dalam bekas samil jilat sikit cakap sedap. Semua anak2 rasa dan cakap sedap. Dah siap tekan ...campak2 kan kacang yg dah dblender di lapisan atas..lepas tu masukkan dalam peti ais.
Kemudian buat topping coklatnya ...cairkan coklat masak .. Dah siap tu ratakan di atas biskut marrie tadi..Simpan balik dalam peti ais.
Iman tak oleh tunggu keras sikit...already eat quarter of the cake...Makanlah Mummy buat pun untuk anak Mummy makan.
Finally the cake finish just on two days. Iman ate half of the cake.

Monday, February 21, 2011

Bawa Bekal Pergi sekolah

Iskandar memang suka bawa bekal tanpa disuruh atau diajar. Dia yang minta sendiri nak bawa roti ke..cornflakes ke apa ke. Jadi memikirkan dengan cara ini dia dapat bergaul dengan kawan lebih baik ...sebab dia suka kongsi makanan dengan kawan2, jadi Mummy memang galakkan lah...Belikan tupperware yang kecik. Bukan dia nak bawa banyak pun. Buat bekal yang sajer2 nak makan dan potong saiz kecik. Macam roti sandwich dengan daging hancur dan mayonis..atau roti dengan garlic.. Sekeping roti tu lipat potong 3.. Just nice and easy to him to eat. Kekadang bawa keropok, cornflakes atau apa sahaja la.
Senang cam ni kan..walau kat sekolah ada makanan tapi dia nak bawa juga. Jadi boleh practise untuk sekolah rendah nanti.
Iman pun ikut juga nak bawa..tetapi balik tengok tak makan pun.....
alhamdulillah.

Kids & Cartoon

Kids & cartoon memang tak dapat dipisahkan. Apatah lagi sekiranya ibubapa melanggan chanel cartoon kat Astro. Anak yang paling suka tgk cartoon ialah Iskandar.. Kalu taksuruh stop memang dia takkan berhenti. Dulu suka tengok Mickey Mouse, Handy Manny dalam dlm chanel Playhouse disney. Tapi bila dah besar sikit dia tukar ke Ben 10. Iman pulak suka tengok cartoon Playhouse Disney lagi tetapi kadang 2 mengikut Abangnye. Adik pula suka tengok Playhouse Disney..terutamanya Mickey Mouse..dia akan menari2 tengok citer ini dan menyahut jika Mickey bercakap.. citer lain dia suka tengok ialah Special Agent Oso.
Meman tak elok tengok cartoon lelama ni..cuma kekadang ia menjadi tempat riadah bebudak melepak di mana memudahkan Mummy nak buat kerje..@masak. Dulu pun masa nak pgi kerje time nak bersiap tu letak bebudak depan tv..pasti diam kan. But bila dah besar..Mummy ada batasannya..Cartoon @ tv mesti ditutup jam 10.00 malam dan kena utamakan babah dulu kalu Babah nak tengok tv dan juga Mummy.
Satu lagi cartoon ni banyak mendorong anak2 ni bercakap dalam Inglish..iayalah dia org mengikut ayat2 dan lagunye. Tapi kena pandai2 la tapis.

Saturday, February 19, 2011

Jln Singapore Part 6.

Ok..kami balik hari Sabtu dengan diiringi hujan2 melalui Link kedua.
Dah pun nak balik.
Lain kali maybe boleh gi Sentosa. Tapi tidak tertarik untuk pergi tempat theme park ini..Dulu pun dah masuk Disneyland Paris. Kalau budak2 umur 5 thn..apalah sgt permainan yg dia org boleh naik kan.. Lain kali doakanlah.

Pada pandangan Mummy..Singapore bukan tempat pelancongan yg menarik. Ini adalah tempat untuk org mencari rezeki, bekerja. Apabila ramai expatriate di sini maka adalah juga lokasi 2 menarik diwujudkan..ia bukan semulajadi sangat. Mereka yang ber wang mungkin mahu membeli barangan berjenama di Orchard Road...tapi ternyata tidak boleh mampu membeli semewahnya seperti di Vietnam. Kawasan moden yg dipenuhi bangunan menarik ialah persekitaran The Merlon..itupun cantik di waktu malam.

Kita masih selesa dan mewah di negara sendiri dari satu dua perkara.
Boleh kata semua rakyat Singapore tinggal apartmen. Saya tidak mampu hidup di situ. Pemikiran terkongkong, Alhamdulillah Malaysia..kita ada tanah untuk dipijak di rumah kita. Biarpun mereka mewah tapi rasa kita lebih selesa dengan kesederhanaan kita. Biarpun kereta2 mewah membanjiri Singapore..sebahagian dari kita masih mampu memiliki kereta yg sederhana yg dpt dinikmati keluarga.

Namun kita juga boleh belajar banyak negara dari Temasek yg asalnya milik kita. Jati diri mereka yang perlu berdaya saing menjadikan Singapore terkenal di dunia. Perkhidmatan yang disediakan sebagai pelabuhan dunia menjadikan Singapore juga menjadi pusat2 perkhidmatan yang lain..Sbb itu mereka mencipta negara mereka cantik, bersih, moden kerana mahu warga asing bekerja dan membangunkan Singapore.

Jln2 Singapore Part 5 -Last Day


Restoran Maimunah ..Area Masjid Sultan, Kg Gelam.Arab road.

Alahai sangat sedap makan kat sini..rasa tak cukup dan nak makan lagi. Bukan nye makan apa..makan nasi dan lauk2 makanan Singapore. Lebih kurang sama tapi rasa sedap. Restoran ini banyak menang anugerah. Nak makan kat sini kena cari meja dulu..sebab ramai org makan kat sini termasukla org dr negara kita.


Mummy ambik sup daging ( budak2 wajib ada sup), ayam bakar , tempe, dan pari masak kencur. Tak tahulah taste nye superb dan mmg tak kan terasa adanya bahan penyedap ..ajinomoto dll. Its original taste. Masak kencur nye pedas dan sedap. Lain kali mmg wajib pergi sini. Teringat2 rasanya sampai hari ini.


Tempe goreng di Singapore sedap pulak. Tak lembek..rangup sikit. Ha ha..suka pulak makan . Area Kg Glam adalah kawasan pelancongan. Kami sempat lalu di Istana Lama..Tak masuk. Biasalah tempat sejarah ni lemah sikit..terutamanya bawa budak2. Dia org tak boleh diam..lari2 je.

Jln2 Singapore Part 4- Safari Night Zoo




Wajib ke Zoo ini untuk merasai sesuatu yang berbeza. Ia hanyalah sebuah Zoo..budak2 kan suka Zoo. Tapi zoo yang ini terkena di waku walam ..the first zoo at the night. Malaysia pun ada juga zoo Taiping di waktu malam. Ada yang kata begitu apabila kita becakap nak pergi Safari night Zoo. Persoalannya adakah kita mampu maintan kan zoo itu. Untuk membuka sesuatu tempat yang baru itu senang tetapi nak maintain cantik tu susah. "Services & hospitality"..aha itulah yang kita nak juga.. zoo yang terurus.

Entrance zoo memang superb. Memang ala2 safari dengan obor2 api yang dibakar menggunakan minyak tanah. Memang bau minyak la juga. Persembahan tarian api Iban pun superb. Budak2 suka tapi jangan buat tau..mau terbakar . Iman cakap dia tiup api. Rasa nak dekat 30 minit juga aku berdiri kat sini tengok dia org tiup api ni..entertaining...

Tram zoo pun besar..dan tak tunggu lama. Untuk mereka yg kurang upaya dan bawa stroller cam Mummy ni memang disuruh pergi tunggu depan. Oleh kerana night zoo..tram ni kena jalan senyap je la..dan takde lampu. Iskandar pun tak boleh buka torclight dia. Tak pasal kena terkam pulang dengan binatang2 tu nanti. Sebab ada binatang2 nye tidak berpagar.. syok juga sebab dekat..nampak tenuk tido, gajah tido ..( first time tgk gajah tido). Rupa2 nye banyak binatang yg aktif. paling aktif waktu malam ialah wolf. and hippo.Takut aku kot2 terlepas. Kat zoo ni..semuanya dalam hutan. Takde tempat tinggal binatang yg dibuat dengan simen. So nampak real la kalu gajah tu tertido tergolek je kat tanah.

Habis dlm RM 350 juga kat zoo ni shj. Iyalah kena convert duit SD ..RM x 2.3. Apa yang tak best kat zoo ni ialah kena bayar untuk gambar SD 20 maknanya dlm RM 45 . Patutnye bagi free la as souvenier. Pada pandangan Mummy .mmg ramai expatriate pun yg masuk kat zoo ni..

Ada satu lg persembahan yg kita org miss ..dah full . The next show at 10.30. tak sempat dah ni..budak dah penat. Apapun puas hati dengan zoo ni. Sbb cantik, bersih, terjaga..Deretan kedai makan pun cantik.

ps. Antara zoo Negara, Mini Zoo Hai Nam Vietnam dan Zoo Singapore. Aiseeh malu tengok zoo kita.

The Merlion, Esplanade & Marina Sand Hotel-Jln2 Singapore Part 3




Mummy nak pergi tempat ni..Sbb Babah sebok dengan Oil & Gas Summit pd siang hari tu..jadi Mummy kena cari2 tempat mana nak pergi. Rasanya kena pergi juga tempat patung Singa ni. Pergi naik train dari Orchard station sampai Raffles Station. MRT..canggih dan kemas. Laluan bawah tanah ala2 Paris. Walaupun ticket beli kat mesin je..tetap ada pekerja yang akan membantu.
Tempat Merlian (Singa) ni moden dan canggih. Tak sangka Singapore sehebat ini. Pemandangan sangat cantik...tak terungkap dengan kata2 . Memang kena pergi waktu malam. Semua bangunan di sungai dan muara nye bercahaya. Bangunan yang akan buat kita terpegun ialah Marina Sand Hotel. Iskandar cakap macam ada aeroplane yang landing di atas ketiga2 bangunan hotel itu. Kenapa dipanggil Marina Sand?

Aha..Singapore tak cukup tanah..tambah kawasan dengan pasir.. Memang banyak lagi kawasan yang sedang ditambak di sebelah Marina. Driver taxi cakap nak buat satu taman bernilai 1 Billion SD untuk buat taman.

Orchard Road -Jln2 Singapore -Part 2

zafri...view from the Marriot
Orchard Road..
Tempat ini dipenuh shopping complex di sepanjang jalannya. Dari segala butik berjenama PRADA dll yang tidak disinggahi saya. Bilik saya betul2 berhadapan ION Mall , Singapore. Shopping complex yang paling cantik di sini..sebab sepanjang malam dinding yg berkaca nya menjadi satu screen besar.

Malam Pertama..makan di kedai Halal level 5, sebelah Hyatt..tak ingat apa nama bangunan shopping ni. Kuetiow kerang dan nasi ayam. Rasa sedap juga.

Hari pertama ..Mummy bawa budak2 makan McDonald di dalam Lucky Plaza

Malam Kedua..pergi area Merlion ( patung Singa-landmark).Amazing viw here..tempat yang wajib dilawati..tapi waktu malam je la. Pergi naik train je..balik naik teksi. Iman dah tertidor kepenatan..jadi tapau KFC makan kat hotel.

Hari Kedua..Makan di Asean Food Court , Lucky Plaza. Mencari kedai2 Indon yang halal..tawakallah je lah ..tengok2 wanita bertudung ni makan. Ada dua kedai kat sini..satu Indonesian Food dan Nasi Padang. Budak2 makan Bakso, Mummy makan nasi dengan ayam bakar. Sedap juga sebab lapar nak makan nasi.

Malam ketiga. Makan lagi di Lucky Plaza.. sbb nak pergi Safari Night Zoo. Takut kat situ tak jumpa makanan halal ..ala mahal lagi.

Jalan-Jalan Singapore (Part 1)

3 malam di Marriot Hotel
Orchad Road, Singapore. Ala2 Bukit Bintang Malaysia..tempat ni. Dipenuhi dengan orang luar, Mat Salleh, Indon, Filiphine, India dan juga warganegara Singapore. Sebenarnya susah nak mengenali identiti sebenar rakyat Singapore di sini. Mereka dibanjiri kemodenan..dengan sistem MRT ala2 Paris dan jalan bawah tanah.
1) Ini adalah kawasan larangan merokok.
Ini yang saya suka..dan sukar nak nampak orang kat sini merokok. Bagus, jadi boss pun kurang merokok..(padan muka).
2)Di larang Membuang Sampah.
Bersih tempat ini..jangan kata sampah..tong sampah pun takde. Pernah sekali saya bawa Iman & Iskandar duduk depan Marriot sambil makan ice cream McDonald. Seorang pakcik tua @ tukang sapu menunggu Iman makan ice cream yang meleleh jatuh ke tengah jalan. Dengan tiada riak di mukanya..dengan sabar dia menunggu Iman makan sampai habis dan kemudian mengelap sisa ice -cream dengan tisu di tempat jalan.
3)Pekerja Emas
Wargatua yang bekerja sebagai cleaner - tukang sapu - cleaner dll. Mereka di bayar gaji tinggi sebagai tanda kerajaan Singapura membayar balik jasa orang tua. Dasyat.
Satu pagi semasa breakfast saya ke toilet Marriot.. seorang warga tua mengeluarkan sampah dan tisu2 di dalam toilet ..sambil seorang pompuan menunggu. Rupa2nya pompuan tu hilang cincin. Jadi cleaner tu pun keluarkan satu2 tisu2 sampah tu. Al last jumpa. Mummy ingat kan cincin emas ke..rasa2 nye bukan..maybe cincin itu amat bermakna.

Monday, February 14, 2011

Cucu Maulidul Rasul - anak Cik Min

Muhammad Ikhwan Hakim



Dlm pangkuan nenek


12 Rabiul Awal. @ 14 February
alhamdulillah..dan tahniah buat my adik..Muhammad Amin & wife Farlina. Baru sahaja melahirkan baby boy jam 8 malam tadi. Bertambahlah cucu mak aku sorang lagi. Mesti nenek seronok sangat. Esok baru Makcik pergi ye...




Sunday, February 13, 2011

addict to coklat

Anak Bujang saya..banyak mewarisi genetik saya selain kurus..dia adalah peminat coklat di rumah ini. Macam Mummy dialah. Adakah Mummy dia yang ajar...mungkin juga Mummy yang pupuk minat itu supaya Mummy ada geng nak makan coklat. Apa sahaja berperisa coklat..sama ada coklat Cadbury ke..ice cream, air coklat, dan yang disukai kek coklat.

Oleh kerana semalam ada orang belikan saya mixer baru..maka kenalah test hari ini. Sapa lagi yang beli untuk saya selain Babah the King . Sebenarnya Babah dapat voucher Isetan sebab main golf. Jadi kenalah digunakan.

Tugasan saya hari ini...Singapore

Kekadang Mummy kena jadi Secretary dan adalah sedikit research yang perlu dicari. Tapi ini bukan research kerja macam dulu. Mencari mana tempat nak makan di Singapore nanti...@ Temasik. Kami akan jalan2 ke Singapore start on Wednesday sampai la Sunday. Dah lama tak bawa bebudak ni berjalan. Sepatutnya trip ke Temasik ni patut jadi last year punya holiday...tapi tak menjadi. Sekejap kata nak stay di Hyatt tukar pulak ke Marriot.. Yang penting senang nak cari tempat makan dan transport.

Singapore Marriot Hotel
320 Orchad Road.

Ok la Babah..moga tahun ini boleh bawa kami jalan2 lagi.

Sayang

Saya tetap sayang dan cintakan awak sampai akhir hayat
dan
semoga
Allah
satukan kita juga di syurga..
insyaAllah.

Malam yang memberikan ketenangan

Sukar untuk mencari ketenangan bagi saya. Mungkin juga bagi mereka yang bergelar Mummy seperti saya..ada sahaja yang perlu dibetulkan, dikemaskan,disiapkan dan adalah lumrah tidak akan tidur lena. Tetapi apabila saya mengadap sesuatu yg membuatkan kata-kata menari dengan indah..ia adalah sesuatu yang mengasyikkan. Bagai berada di satu dimensi yang memberikan ketenangan. Biarpun 5 minit sudah cukup.
Ok. zafri sudah menguap 2 kali..perlu saya manja2 kan untuk tidur. Iskandar pula sudah lama menonton tv ..its time to sleep my dear. Iman pun sama juga...mahu ditepuk2 dan dimanja. Ok tidur sekarang atau esok akan liat untuk bangun ke sekolah.

Salam

Salam

Sesekali bila saya melihat add blog lama masih tersenarai di beberapa blog rakan2 yg mengikuti itu di vox dengan nama imankandar....sangat la sedihnye. Jadi saya terfikir kenapa saya harus berhenti di situ. Sudah beberapa kali saya cuba eksport blog lama yg kini di transfer di wordpress...namun saya masih failed..untuk eksport ke blog ini.