my life

my life

Friday, August 19, 2011

Alhamdulillah...terima kasih Allah

Lambat betul nak update blog ni bila time bulan pose...bila malam dah terasa kenyang sangat..bila siang dah keletihan.


Sabtu lepas seperti biasa Mummy gi pregnancy checkup. Biasala..akan mengambil masa yang lama untuk menunggu, biarpun appointment dah dibuat. Datang sampai kul 9.30 tetapi dapat jumpa jam 1.30. Jangan berkira hospital swasta atau gov...Apatah lagi kalu doc yang kita kejar tu fully booked. Sekali lagi saya ambik dgn Dr Noor Intan...sama macam pregnant Iman. Iyalah kalau boleh kita lebih selesa dengan doc pompuan kan? Don't worry..sampai je, timbang berat dan ambik urin..nurse dah boleh bagi tau kat kita supaya boleh gi mana2 dulu..dan datang semula dalam 12.30.


Jadi Mummy gunakan masa itu untuk pergi beli baju raya untuk anak2 kat JJ Seremban. Ada la sikit2 sale sebab husband malas nak gi kat KL. Walaupun tak ada pilihan sangat tapi baju budak lelaki bukannya banyak pilihan pun kalu kat mana mana kan? Harga kat mana2 pun sama la kan.. Shopping dgn budak2 ni pun mana boleh lama2..dia orang dah meragam.. udah penat dan kena buka puasa le dia org.


Lepas beli barang patah balik ke hospital. Hari ni dapat scan jantina dan scan 3D. First time doc cakap ini baby girl..! Alhamdulillah...ramadhan ini membawa berita paling manis.

Walau hidup ini tidak sentiasa indah dua tiga menjak ni...cukuplah berita ini memberikan kegembiraan yang amat mendalam di dalam diri saya. Biarlah berita ini memberi kekuatan dalaman pada seorang ibu yang lemah seperti saya.

Thursday, August 11, 2011

Kerenah Iman & Iskandar Pose



Dah masuk minggu kedua puasa..baru la nak update. Penat juga rasanya..tak larat. Ok ini gambar anak bujang no 2 pada hari pertama selepas bbuka puasa. Tak plan pun nak suruh Iman puasa penuh...tak sangka pula dia elok je bangun sahur. Lepas berbuka..maka dia pun tertidur bergelimpang di lantai...kepenatan dan kekenyangan. Sampai tak cukup tangan dia nak sumbat semua makanan...Mummy suap lagi. Dia berbuasa penuh pada minggu pertama. Tapi di hujung minggu ...dia dah mula bosan..cakap tak nak "kuasa". Kebetulan pula tengah sakit gigi..sebab gigi kekal sudah nak tumbuh dan gigi susu goyang2 tapi tak tercabut2 juga. Minggu kedua dia dah susah bangun sahur. Ada juga dia tahan sampai ke waktu berbuka...tapi lepas tu dia puasa separuh hari je. Takkan Mummy nak paksa budak 5 tahun yg tak bangun sahur ni puasa penuh. Tapi hari2 demand nak minum air laici...dan makan buah laici dgn strawberry.


Yang Iskandar pula ...minggu pertama memang susah nak bangun sahur...jadi puasa tak penuh. Minggu kedua ni baru senang bangun sahur ...baru minggu ni puasa penuh..harap2 berkekalan la untuk abang yang umur 6 tahun ni. Dia suka makan roti john dengan ikan siakap waktu berbuka.


Wednesday, August 3, 2011

Sabah - A Nature Lover's Paradise ...part 5 . Kinabalu Park

Rekod di sini tertulis pendakian ke puncak Mount dari Kinabalu Park dalam 2 jam lebih.
Entrance. Ada banyak taman dalam ni. Nak jungle tracking pun boleh ..drive je la jalan cepat.



Kinabalu mount yg tak mungkin mummy daki.





Iskandar cakap nanti dia nak pergi to the top of the mountain.







Sabah - A Nature Lover's Paradise ...part 4 .Kg Nelayan

Tak lengkap kala tak gi kg Nelayan..sebab kat sini ada cultural show. Tempat ni kat luar sikit dari Kota Kinabalu town. pilih2 jangan tak pilih...tunggu je la masa bayar nanti...
zafri dah start dancing.


foods..udang msk butter, sotong, crab goreng, ikan steam..ada la bagi appetizer-jeruk betik.

Air kosong dgn Sabah tea, nasi putih.


Inilah yg top.








Sabah - A Nature Lover's Paradise ...part 3 .Jesselton Point

pics yg sempat diambil..anak2 Mummy semuanya berkejaran kat tempat ini.

Jesselton ialah port untuk kita ke pulau2 peranginan di Sabah.Dengan kaunter2 bot yang kemas..bolehlah naik bot..turun di beberapa pulau...scuba ke..

Entrance
Gerai2 makan



Gambar2 lama Jesselton Point









Ikan terbang kat kedai nasi padang.










Tuesday, August 2, 2011

Sabah - A Nature Lover's Paradise ...part 2

Shuttle bas utk pengunjung kat sini . Only RM3 return ke KK town. Budak2 dia bg free.
Pagi2 bagi ikan makan. Crab dgn burung pun ada.



nice


Kiddies club...tempat utk anak2 main dan utk emak2 rehat kejap. Sorang tak silap RM13 per haur. Extra la kalu nak minum ke ice cream.



Makan malam pertama kat pasar Gaya ini. Banyak betul gerai2..saja try. Ramai Philiphine di sini.










Sabah - A Nature Lover's Paradise

24 July -30 July...kami anak beranak berada di Sabah.Tak plan nak gi pun...2-3 hari baru buat dicision..baru nak book ticket Air Asia. Maka Iman & Iskandar pun ponteng la seminggu. Ini gambar2 dekat pantai hotel Sutera Harbour. Pemandangan matahari terbenam kat sini memang cantik...amat mempesonakan.Kat sini banyak Japanese tourist.
Area Sutera Harbour juga. Ada banyak lah bot2 mewah ni..tempat dema parking. Kat sini juga adalah port untuk pelancong naik bot ke pulau2 yang berdekatan. Tetapi kalu naik bot dari sini ke pulau2 tu charge mahal..dalam 90+ sorang termasuk makan..kalu naik kat Jesselton dalam 30 + je. Mungkin dema ni target tourist la..



Boys...lepas pergi swimming jejalan jap. Tapi kalu nak round satu Sutera Harbour pun tak larat.





Ini gambar Iman yang suka stop2 nak makan, nak minum.Tengan tunggu check in hotel siap..jadi kami ke K Kinabalu town sekejap..dekat area Pasar Filiphine. Tambang teksi dari hotel ke KKinabalu town mahal..sehala RM 12. Dekat je 10 minit camtu.