my life

my life

Tuesday, November 29, 2011

The Pinky2 Item



Another 3 -4 weeks to go n almost every baby item me n boss have completed! Alhamdulillah.

My back pain killing me every night till morning...may be this little princess taking all the calcium that my body need. And dah terasa2 small contractions..sebelum ni tak pernah ada..tapi lepas sejam tu hilang.


This week I'm 35+ week of my pregnancy... Doc cakap makan aje apa yang aku nak makan. Best betul doc ni..sebab check semua normal kat aku. Doc suruh stand by dalam 25 hb dec cam tu. Tapi bila difikirkan yang aku selalunye awal...36, 37, 38...jadi stand by la dalam 37 wk tu. Kira2 3 week lg la tu.


Jadi all the pinky2 item dah ready. Bos pula tgh survey bende2 lain ...

Sunday, November 27, 2011

Wanita yang bernama Doktor...

Semalam Mummy pergi check-up utk 34+ week. Hari ni tunggu lama betul.. Selalu pergi pun sampai jam 10 pg. Seperti biasa pergi breakfast dulu kat kedai dekat hospital. Ntah kenapa Mummy ambik branch. Sambil tu terserempak dgn doc Intan. Laju je doc ni. Tapi hari ni masa tunggu kat dalam hospital 2 kali doc Intan ke OT...ada org bersalin la tu. Pagi sebelum tu ada 1 lagi.


Bayangkan dia mampu berdepan dengan wanita yg bersalin dalam tempoh yang kerap. Biasanya dia akan naik ke OT dengan beritahu 30 minit..tapi bila aku check jam..tak sampai 20 minit pun. OT yang kedua tu dah lah cesar. Ish2 cekal sungguh doc ni.. Tak boleh tersilap sikit kerana ia melibatkan nyawa manusia. Alhamdulillah doc juga membawa berita gembira pada seorang ibu, suami dan keluarga..


She always smile, rasa akrab dgn doc ni. Selalu bagi kata 2 perangsang..dan tak de la straight sangat. Walaupun dia doc..dia adalah manusia biasa...kita akan rasa macam kawan. Doc ni takde la dress up ala orang pergi office ke apa. Just a woman with baju kurung and tudung.

Friday, November 25, 2011

Cat....miaw...

Big boss ambik kucing ni pagi tadi kat entrance masuk NI. Kesian..sbb kecik sangat. Takpelah kita tengok camner..boleh survive ke tak. Tali pusat ada lagi dengan mata belum terbuka. Mummy rasa umur dalam seminggu..ntah..
Sebelum ni mmg ada bela cat ...tapi hilang. Siap beli cage 3 tingkat..ada lagi kat belakang umah tu. Tapi cat baru ni..kena la letak dalam kotak dulu..bubuh dalam rumah. Itupun tak leh latak kat lantai sangat..letak atas almari kasut. Kalu tidak anak2 dok kerumun. Budak2 kat umah ni memang suka. Iman & Zafri tambah2 la lagi...suka angkat. Iskandar je geli2 sikit.

Kecik lagi cat ni..jadi kena bagi susu setitik..setitik guna picagari ubat Zafri. Itu pun tak banyak yang masuk. Tapi cuba bagi kerap. Sebab rasanya cat ni ketakutan..tercari2 ibunya. Dalam piring pun letak susu juga..

Cuba bagi susu dengan ibu tumpang kucing dari rumah Kak Izan. Tapi ibu tumpang tu tak suka ..dicium2 bau lain kot. Apakan idak nye..kucing ala parsi tak mau dengan street cat ni kot. Gurau je..

Kalu dilihat cat ni ada tiga caler..kuning hitam ..putih. Dulu masa kecik2 orang cakap kalu cat 3 caler ni..bapa dia akan makan anak dia yg 3 caler. Ntah betui ntah tak..dongeng kot.

Harap2 idup la ko cat...

Tuesday, November 22, 2011

List Barang Iskandar Darjah Satu

Kelmarin masa membeli barang dapur kat Giant, Mummy terserempak dengan jualan barang2 budak ke sekolah. Ada baju, kasut, stokin dll. Ish tak boleh jadi ni..Mummy kena settle barang Iskandar untuk darjah satu..takut nanti Mummy tak larat nak jalan...dah bersalin ke.


Dah telefon sekolah..tanya kalu yang dah buat pengesahan tu..Bila sekolah akan hantar surat lagi? Kerani tu reply 2 week sebelum sekolah buka.


LIST BARANG SEKOLAH ISKANDAR


Item Qty


1) Beg sekolah 1 @ 2 -Satu sekolah biasa, satu sekolah agama

2) Baju kemeja putih 3 -Yg baju putih, beli 3

3) Seluar dark blue 2

4) Baju sekolah agama 3 -Baju Melayu putih

5) Sampin hijau 2

6) Songkok 1

7) Tali pinggang caler itam 1 -Tali pinggang yg ada caler2

8) Kasut Sekolah 2 -Yang nipis satu, tebal satu, bpelekat

9) Stokin sekolah min 5

10) Seluar track hitam/gelap 2

11) Botol air


Apa lagi ye..alat tulis tak yah. Dah menimbun kat rumah.

Yang dah ada anak sekolah tu..bolehlah bagi tau apa lg kena beli ye dan di brand apa yg tahan lasak.


Monday, November 21, 2011

Buat Apa Musim Hujan? Makan...?

Hari2 hujan sekarang ni... anak2 pulak jam 3 petang je siap sedia la..
Kejap2 dia ke dapur..kejap2 buka peti ais. Maknanya dah lapor lah tu.
Tak sampai hati pulak tengok si Iman ni nak makan.
Jadi masak bende2 yang simple ..yang pasti habis di makan.
Buat puding roti..Ini bukan fav Iman..fav dia puding caramel. Asal ada rasa lemak susu..mesti dia makan juga. Nak cepat buat ni je la. Buat saiz kecil.. Senang tak payah nak potong2. Taburkan choc chip dengan cherry. Baked garing sikit..bila roti terkena gula tu..haish sedap.
Semalam buat donut yang biasa. Senang je sbb tak payah tunggu lama nak bagi donut tu "gemok". Tambah veg shortning ..first time buat resipi yang ni..menjadi.

Bubuh gula icing je sbb choc tak de.



Budak kecik ni pun makan juga. Habis dua ketul. Tapi yang ni donut kentang..sajer je buat experimen donut...kelmarin dan semalam.





34 week pregnant

34 weeks hari ni. Cepat sangat terasa penat. Cepat lapar..tapi bukan nak makan nasi..nak makan dessert ..palimg kurang pun ice cream..bende yg manis2. Kalau makan nasi terasa penuh sangat perut ni.

Dulu tak pernah rasa sakit kaki ke.. tapi kali ni memang sakit.. Rasa macam nak bersalin pun ada... Ntah camne pula proses kelahiran kali ini.

Cepat rasa mengantuk..tapi tak boleh tidor..semua posisi tak kena.
Yang ni..takde pula sakit dada atau susah nak bernafas..alhamdulillah.

Friday, November 18, 2011

Bilik Hero Mummy

Ini bilik 2 hero Mummy ..Iman & Iskandar. Ini tempat tidur, tempat main, tempat belajar dengan tempat menyepah2. Jadi segala harta bende bebudak ni kat sini...kalu hero2 ni main kat sini..senang la kerje sikit..kemaskan bilik ni aje. Takdela ruang tamu pun bersepah. Kekadang bila tak larat tu...Mummy pun tidur kat sini..malas nak daki tangga dah. Zafri pulak memang siang2 tido kat sini. Tambah lagi aircond dah ada..terlelap lah dia.


Zafri dah nak bangun dah...budak ni suka tido menerap. Kena selalu tengok..kot terlemas ke..naya pulak.


Bangun2 je sebok nak caler macam Abang dia. iskandar cakap kat sekolah tak belajar dah..caler aje..ntah le betoi ke tak!
Bawah katil penuh dengan boxs. Dalam boxs tu penuh mainan yang kalau berterabur terseksa nak mengutipnya satu persatu. Jadi buat masa ni Mummy tak larat nak kemas sangat ...simpan je dalam boxs tu. Toys ..toys..toys... berlambak2 dalam stor pun berkotak2 ..malas nak layan tapi kalu tak beli bising pula.







Wednesday, November 16, 2011

Zafri ..2 yrs. love u my vietname boy!

Ni present bday saya...
Abang2 saya sebok makan cheese kat pizza tu..Babah saya makan spaghetti.
Saya dah mengantuk. Tiup candle pun tak mati2. Mummy saya beli kek kat secret recipe.
Babah cakap makan dulu baru ice cream sampai.
Zafri makan 2 mangkuk ice cream...sampai batuk masa tidur.



15 nov ..genapla Zafri 2 yrs. Cepat rasanya dia membesar tapi badan tak besar mana pun. Iman dari semalam dah sebok nak tiup belon. Katanya nak tiup besar2 biar zafri terbang macam cerita "up". Tapi mummy tak sempat nak beli...lagipun nak celebrate kat pizza. Mummy dah tak larat nak buat makan2 kat umah..maybe next bday yer.




Iskandar pulak bangun pagi je dah ingatkan Mummy " hari ini bday zafri". Then bila sampai petang tak celebrate lagi..dia frust dan tanya balik.."Babah lupa ke hari ni bday Zafri?" So sayang dengan adik dia...



Bila Babah balik..tunggu babah rehat dulu..sbb Babah penat meeting 2 hari kat Putrajaya. Pukul 8.30 lebih baru keluar..dan bday boy pun dah mengantuk.

Happy bday manja Mummy!!!!

Saturday, November 12, 2011

Result Exam Iskandar & Iman

Update pasal hero 2 kejap. Yang kecik ni..dah start asyik moody je. Agaknya kalu nak dapat adik memang gitu. Zafri memang tak boleh diam...aktif sangat.

Ini pulak result exam Iskandar. Markah dia GK , Math, Bm = 100, Inglish = 98. Alhamdulillah dah banyak naik. Dalam class pun dapat no 2. Markah bebudak dalam class dia lebih kurang je.
.. jadi ranking pun sama je berkongsi tempat. Yang penting umur camni dah boleh membaca , mengira dan menulis. Yang lain tu sukahati emak bapak le nak bentuk anak2 jadi apa..

Bila Babah dia suruh pilih present nak laptop ke transformer..dia tetap nak pilih transformer juga..budak2 kan . Tapi sebab tak pergi toyr us ke tak dapat le dia dapat transformer bumble bee yang besar sikit (dah promise dgn dia kalu dpt no 1, sampai 3 bg transformer..).. Tapi fikir2 balik yg kecik ni pun okla..Sebab dia suka bawa gi mana2.





Yang ni pulak result anak manja Mummy. Math - 100, Gk - 92, Bm dgn Inglish -84. Alhamdulillah..Mummy memang boleh kecut perut nak tengok result budak ni. Terfikir budak Iman ni apa dia buat kat sekolah? Nasib baik la naik. Cuma kat class dia pendiam sangat..tak tau berlainan sangat dgn kat rumah ...

Present dia..jam Buzz Light Year...kejap je ..lepas tu selamat tercabut pula. Lepas tu gaduh dgn Zafri..sbb Zafri dapat present basikal utk bday present. Merajuk la pula iman ni. Sedangkan dah byk transport kat umah ni... Iman ni dia byk cakap" Mummy kenapa Zafri ada basikal, car dengan horse kat dalam umah?" Dia jeles la tu. Sedangkan dia dulu pun ada..




Friday, November 4, 2011

Mummy..yang korek tanah tu apa? & Pokok Mangga

Alhamdulillah...rezeki
Marah kat semut..



Sampai ke tak?







Semalam..lepas balik sekolah, anak manja Mummy si Iman tanya,


Mummy yang korek tanah tu apa?


" Puas aku fikir..last2 aku gelak...aku cakap "farmer".



Sebab hari ni dia ada test...general knowledge. Sebab malam tadi dia sebok match the picture pasal occupation..yang lain dia ingat..teacher, fireman, policeman, judge, soldier..alih2 dalam keter dia tanya aku ..soalan tu. Aku cakap.."ha..Iman lupa ke?"



Citer pasal farmer..Mummy nak tunjuk kerje si Iman lepas balik sekolah atau petang...Dia sebok pergi belakang rumah mengutip buah mangga. Seronok tengok budak ni. Kalau kat sekolah jangan harap nak bersuara tapi kat rumah...ayo yo..bising dan lasak. Puas dia membebel yang ni dah yellow..boleh makan...yang ni green lagi...lambat betul. Kalau banyak dipungutnye seronok dia menyanyi2. Dalam sehari adala dia ambik dalam 6 ke 8 biji.


Alhamdulillah dia ada pengalaman kutip buah mangga kat belakang rumah sendiri.

Iskandar Graduation

Ahad semalam adalah concert & graduatio untuk anak sulung mummy..Iskandar. Dalam masa yang sama Iman & Iskandar pun ada concert. Habis dah Iskandar ni untuk tadika rupanya..2 tahun lamanya. Oklah juga anak Mummy ni..ada peningkatan. D

Ini gambar dia. Mummy berdoa besar nanti ambik graduation kat oversea pulak..he he he. Boleh Mummy berjalan sekali. Kalu tanya nak jadi apa..dia cuma cakap nak jadi "race car". Pening kepala nak kotakannya. Dia nak jadi pelumba F1.


Wednesday, November 2, 2011

Barang2 Baby Yang Belum Settle Lagi...

Dah beli barang baby minggu lepas.. habis dalam RM 350 plus. Mostly baju la yang dibeli..Tapi ada beberapa yang belum settle lagi. Takla penting sangat yang ni boleh recycle mana yg ada...tapi lebih baik prepare ..


1) Tilam dan bantal.

Ada banyak di pasaran tapi nak cari yang isi kekabu dan saiz besar sikit. Jadi lembut la. Yang banyak adalah tilam span. Zafri punya ada lagi..(macam tak guna pun..tapi caler biru).

2)Katil baby

Basuh balik katil baby dalam stor...Argh yang ini dah basuh...cleaner yang basuh. Tinggal nak pasang terus je. Problem juga nak pasang balik...sebab abang2nye dah sah akan masuk buat main. Warna masih elok walau dah berusia 6 tahun. Cuma ingat nak tambah reben besar caler pink.


3)Gelang kaki baby.

Not important..tapi babah yang nak beli sangat. Dah survey..harga dalam RM 400 ke 600. Kalau brand Mickey Mouse dalam RM 1000. Tapi takde choice. Sebab Mummy sangat memilih untuk cari design yang simple dan very soft & safety to the baby. Nanti ingat nak survey kat Teluk Intan masa raya haji.


4) Baju baby & dress

Hari tu dapat dalam 4 helai je. Semua warna pink. Akan tambah 2 helai lagi dan add one more dress yang kecik. Babah cakap 2 hari pakai habis la ni. Sebenarnya nak recycle baju baby Zafri..still ok lagi untuk newborn. Dress tu stand bye utk pakai masa kenduri / majlis cukur rambut.


5)Headband

Hari tu dah nampak..tapi tak ambik sebab macam besar sangat dan serabut. Akan cari next week kat JJ dan try do it my self kalu rajin.


6) Car seat baby

Yang ni pun recycle balik zafri punye. Ada dalam stor. Belum basuh lagi.


Ok..lain2 akan dibereskan secepat mungkin. Stroller baru pun kena fikir juga untuk dibeli sbb yang ada utk budak besar.