my life

my life

Thursday, December 20, 2012

End of the year...

Tiba tiba update terus end of the year 2012.
Iman dah habis Krista...dah regestar pun untuk sek rendah.
Iskandar is going to standard 2. Need to work hard...

Friday, August 10, 2012

Bersederhana Sebanyak Boleh

Apabila usia dah betambah dan anak pun bertambah..nikmat excited untuk berhari raya itu dah berkurang. Lebih excited nak berpuasa dari beraya. Persediaan utk beraya utk yg penting2 aje. Kita ajar anak dari kecik..ini adalah hari raya bukan hari untuk kita membazir. Hari lain pun boleh beli kasut, baju dan lain2. Jadi yang wajib untuk budak2 ni baju.. Yang lain tak raya pun beli kan. Kasut koyak, sempit pun baru beli ikut event lain. Cuba tengok tu...baik kita bagi duit pd anak org susah...biar dia org dapat makan sedap dgn family.

Tahun ni entah kenapa tak buat apa2 untuk rumah..sebab lepas raya nanti nak kemas rumah...masuk kotak apa yg patut sbb bahagian belakang umah nak renovate. Rezeki nak renovate rumah sampai lepas raya. Almaklumlah bilik dah penuh...anak dah bertambah.

Minggu last raya ni..tengah tunggu keter baru Mummy. Maklumlah dah bertambah sorang..jadi lebihkan lah jadi 7 seater nak bagi org lain tumpang. Duit pun banyak habis untuk top up balance loan Gen2 Mummy. Dah touch up itu ini. Aduhai  nak jual baru touch up.

Tuesday, August 7, 2012

Tangisan Ramadhan

Hari ni air mata jatuh lagi.
Susah sangat untuk aku hentikannya.
Biarlah aku lepaskan segala sedih, kecewa,kesal dan amarah ini.
Kadang2 aku tidak mahu melihat cerita dunia.
Apabila yang dimahukan tidak kesampaian...argh aku hanya mampu mengulang kesabaran.
Tidak salah aku tangiskannya dalam ramadhan.
Melihat ruang ruang kosong..

Monday, July 2, 2012

PIC IMAN BDAY AT KRISTA

 TIUP LILIN-Saat yg ditunggu2
 Anak2
Iman & Liyana

Sunday, July 1, 2012

Zara 6 mth..dah merangkak


He he..lama betul aku x updated . Zara dah 6 mth..dah start makan..kuat makan pulak tu. Tapi skarang batuk sikit. Kalau dilihat pada Zara ni perkembangan dia agak cepat berbanding rakan sebayanya. Zara dah merangkak dalam umur 6 bulan. Habis dah explore pelosok rumah kecuali dapur ( sbb ada pintu).


Gambar ni zara tgh tersengih2 kalau dpt pegang bende baru...dah dpt ambik wayar, charger.oi...dah tak boleh letak barang sini. Buku2 dalam almari pun dah pandai dia kemas.... Siang mmg dia suka buat kerje...malam dia dah tido..penat sgt,

Thursday, June 7, 2012

Iman turn 6

Bday budak ini mmg wajib updated. Budak manja ini udah 6 tahun.Sudah lepas kemahiran 3 M-membaca , menulis, mengira. Budak ini terlalu manja...suka nangis sikit. Bday boy ini adalah di The Loaf, Langkawi. Sbb takde cake kat sini...Mummy order je la dessert yg macam cup cake. Sedap makan kat sini...terutamanya burger! Mummy saja je nak try makan kat sini. Bday boy dapat present helikopter spt yg dminta. Mummy rasa ini adalah 2nd helicopter yg bebudak ni dapat....dan tunngulah masanya untuk crash atau jatuh terhempas.

Lepas bday..Mummy rasa dah kurang sikit nangis...

Cuti 2 Langkawi

Updated gambar anak2 di Langkawi.

  Pic: Lepas island hopping. penat jugak ni
Tasik Dayang Bunting. Cantik kat sini...subhanAllah.
 Dalam bot.
Awana Porto Malai. Sea view cantik. Paling senang untuk ke aktiviti laut...keluar bilik je.

Sunday, April 29, 2012

Akikah Teh Irisa Zara





Wednesday, April 25, 2012

Minggu ni sakit...

Minggu ni minggu sakit. Start dgn babah yg kena admitted on rabu pagi..5 pg camtu coz of batu karang. Then esoknya mummy mengangkut anak2 ke hospital n drive back home. Kesian pada kids yg dah bergelimpangan dlm keter. Argh...I need mpv please. Iskandar always mengalah..duduk kat tengah...coz zafri nak baring lagi. Sampai rumah kejut iskandar yg terawang--awing. I know he is so tired coz I pick up him from the school n rush to hospital. Makan ugh pun dgn bekal yg mummy bawa kat hospital. Nasib baiklah dpt transfer single room..so kids ok lAgi Mummy MSG all my siblings n nenek dtg on the next day, with bag An. After that bag zul came to. So dapatla ambik babah terus dlm 3.30 n mummy can settle t kids. On Saturday, zafri got HFMD. Bertambah pula dgn baby zara yg kena pula lepas tu. mummy kena monitor dua org ni serentak Dan jgn jangkit pd abg2 nye. Iman pula mengadu sakit gigi nak makan. Mummy check tampalan gigi yg baru setahun lepas dah pecah. Nak ajar mummy kata org yg tampal Gigi ni Xxxxx!!! Jadinye Ada mcm kulit yg terlebih sbb Ada sisa makanan pd gusi gigi tu. Check gigi Kandar pun Ada renggang pd gigi dgn tampalan. ntahlah maybe gusi budak2 ni nak membesar ke. I don no. Ok.

Tuesday, March 27, 2012

Anak2 Manja Mummy

Ni pic terkini.-Iskandar Zulkarnain-Iman Zafar-Ihsan Zafri -Irisa Zara.

Complete dah...ada girl & boy
Love them very much...




Friday, March 23, 2012

Iskandar turn to 7

Muka yg pd mulanya sedih..ceria lepas dpt present..monster truck!
Secret recipe cake is to big...( his choice -choch cake)



Iman-food lover



Transformasi yg banyak dilalui pada awal tahun ini..tentunya pada anak Mummy yg sulong..Iskandar. Tahun ini dia melangkah ke darjah satu & bertambah sorang lg adiknya. Iskandar banyak sangat mengalah pada adik2 dalam semua perkara. Sometime dia akan merajuk juga..menangis.

Bila dah sekolah tentunya dia penat...sekolah pagi dan petang.


Happy bday sayang...happy bday to the big brother!!!








Tuesday, March 20, 2012

Irisa Zara...

Apabila memandang pd wajah kecil ni...hati Mummy akan terdetik.

"Dia akan membesar jadi seorang yang cantik".

Terfikir apa jalan kehidupan yang akan dilalui olehnya...

Ya Allah...berikanlah perlindungan untuknya.

Monday, January 16, 2012

Teh Irisa Zara







Teh Irisa Zara.Alhamdulillah..syukur akhirnya Allah makbulkan juga doa2 kami untuk mendapat seorang puteri. Allah juga telah memberi kesenangan kepada Mummy sewaktu melahirkan Zara pada 24 Dec 2012 jam 3.58 ptg. Zara lahir dengan berat 3.03 kg.


Yang sebenarnya kami ke hospital Columbia Asia Seremban 2 pd hari tu utk rutin checkup. Tapi hati telah terdetik utk membawa 2 beg berisi baju Mummy & new born dan satu lagi baju hero2 Mummy pd pagi itu.


Hari ni pulak boleh dapat turn awal dalam 10.30. Bila doc check udah 4 -5cm. Habis tu doc suruh masuk labor room...dalam pukul 11 gitu. Sungguh lama kat sini..tengok tv..gi toilet pun sempat. Pelik juga takde sakit...mungkin anak no 4 kot.


Mummy tak rasa sakit sehingga bukaan dah 7 cm. Jadi terpaksa lah masuk air dlm 1/2 jam utk rasa contruction nye.Dah rasa sakit baru call Babah suruh masuk labor room. Adalah 2-3 kali sedut gas yg x beri kesan sgt. Then bila kepala baby dah terasa jatuh berada ditempatnya terus panggil doc yg ada kat kaunter tu. Dua kali Mummy terasa kepala baby ambik position yg betul nak keluar. Dgn dua kali push....alhamdulillah dia lahir.