my life

my life

Tuesday, May 20, 2014

Sudan...one year plus

Malam ni whats app dgn kawan di kompleks...its remind me about this blog! Dah setahun lebih..baru aku baca n log in semula. I'll try to update..insyaAllah. Maybe aku sebok dgn anak2 n my last pregnancy. Malam ni mengingatkan aku satu perkara...aku dah duduk setahun di Sudan. Ada yg ingin dilaksanakan. Allah ..berikanlah aku kemudahan dan jalannya.

Thursday, April 25, 2013

Akhirnya kami di Sudan


Sudah hampir sebulan kami di Khartoum, Sudan. Iskandar n Iman pun sudah bersekolah di Khartoum American School. Barang2 dalam kontena masih belum sampai...maybe sebulan lagi.
Photo: hari ni baru mula sekolah...sampai pukul 2 .
Hari pertama Iman n Iskandar bersekolah...lihat kecil sungguh saiz badan anak Mummy. Semoga mereka cepat menyesuaikan diri... (Mummy suka cara pembelajaran di sini..harap jangan leka)

Cuaca yang panas kering dan berdebu ini nampaknya betul2 memberi kesan. Minggu pertama ada yang demam dan batuk. Kulit memang menjadi kering dan gatal.Tambah kalau digaru memang menjadi kudis. Iskandar la yg teruk sebab kulitnya memang sensitif. Moisturizer yang tertulis 24 hrs protection ternyata sia..tak sampai sejam kering balik kulit. Kulit menjadi putih kering..dan merekah. Apabila mandi memang terasa pedih. Tapi Mummy fikir lama kelamaan anak2 akan tahan..tunggulah lepas dua bulan. Perubahan cuaca.





Anak2 di kelas KAFA

Photo: me @ sudan pet complex. ( zara posing hbag sapa...?)

Sebahagian besar drpd isteri2 staff Petronas Sudan. Setiap rabu diadakan majlis halaqah...dapatlah juga mengisi waktu dan menghilangkan rindu pada bumi Malaysia.

Friday, March 8, 2013

Iman n Iskandar @ Kem Solat

Kalau ada kem solat yang dianjurkan mari kita hantar anak anak tuu..budak2 ni suka kalau ada kawan2 turut serta.



Iman...hari ni dia dapat baca doa iftitah.

Thursday, March 7, 2013

Zafri yang hebat ...school trip

Ini anak Mummy yang hebat..sebab dia pandai berdikari...just 3 yrs old +
Suka betul dia dapat pergi museum polis, zoo n kilang vitagen...suka naik bas pun yer. Balik trip dia kepenatan..tertidur.


ni mesti muka tak nak belik ni...


Raol, Hakim n Zafri


Zafri yg kecik sekali..diapit dgn budak baju biru.

Tuesday, March 5, 2013

Hari Ini Saya 35!

Hari ini genap saya 35 tahun. Walaupun secara fizikalnya saya kecil (kecil molek). Maknanya saya dah tua...kalau 25 mungkin muda lagi kot. Maknanya dah 10 tahun saya mengenali suami saya.. dgn lebih rapat.  Dan saya sudah ada 4 org anak yg handsome macam Babah nye dan comel macam Mummy. Iskandar 8 tahun, Iman 7 tahun, Zafri 3 thn ++ dan Zara 1 thn ++.

Hari ini hero2 saya yg dah besekolah ada kem solat..sampai pukul 4 ptg. Pandai2 la berdikari..jangan pulak tghari kang naik van balik rumah. Mummy dah bagi duit RM6 sorang + air + vitagen + grapes. Sebab sekarang ni cuaca panas..kesian juga. Terutama pada anak Mummy yg kuat makan ..Iman. Budak ni manja...tetapi baik hati.

Tengah hari semalam Iman seronok kenalkan Mummy dgn kawan2 dia. Dan Mummy tgk dia ada ramai kawan baik. Dia berkawan baik dgn budak nama Arif. Mesti dia sedih sbb tak lama lagi nak berpisah dengan kawan dia. Malam tadi Iman cakap nak bagi kawan dia ni present pencil box dgn pensel n caler sbb Iman cakap kawan dia ni takde pensel dgn caler. Iman cakap Iman kesian dekat dia. Sedih Iman cerita...Iman sayang kawan dia ni kot...  (cerita budak2...)

Iskandar pulak semalam sudah memalukan Iman...(Iman cakapla..). Iskandar kena denda berdiri sebab bercakap dgn kawan masa perhimpunan kelas agama. Kawan Iman cakap dengan Iman.."Itu abang ko kan..". (Apa punya abang ni..). Iskandar memang banyak bermain sekarang ni...dan suka buat lawak. Tapi dia pandai jaga adik2 dia.

Iskandar cakap semalam macam mana nak beli kek birthday Mummy...sbb Babah tak ada?

Zafri pula happy go lucky..tetapi selalu kena buli dengan Iman. Dia anak yang paling berani.. esok dia school trip by Krista. Nama kawan yg dia selalu sebut ialah Raol, Ehsan dan Hakim ( anak Dr Faszly). Dah 3 hari Zafri tak nak menyusu botol..mungkin dia dah mula nak berhenti menyusu. Walaupun Mummy tukar susu lain ..dia tak nak juga. Dia dah mula makan nasi dan lain2 dgn banyak. Utk supp Mummy bagi dia fresh milk dan susu kotak. Feveret dia ialah makanan yang ada kentang...senang ke nak jumpa kentang kat Sudan nanti?

My lil Zara dah berjalan...dan semakin manja. Ada beza anak lelaki ngan pompuan ni. Haish..semua bende dia nak buat..nak Mummy dia temankan. Tak berani nak buat sorang2 ke nak explore sana sini. Ini menginngatkan Mummy satu bende...dulu kecik2 walau dah umur 7 tahun..Mummy still nak berdukung lagi!

Hari2 esok memang merisaukan ..entah macam mana hidup di tempat orang. But as a Mummy kita kena buat berani untuk  anak2 kita!

Note: To my husband...I realy love my pajero very much!! Walaupun jauh nak pergi isi minyak diesel ni. Ini yg nak kena basuh keter ni.!!

Tuesday, February 26, 2013

Packing

Macam mana nak packing ni yer...sbb aku ni tak larat nak packing. So aku start kumpul beberapa kotak...untuk simpan barang yang akan ditinggal di rumah ini. Yang aku rasa barang tak berapa nak guna sangat...nak dibuang sayang...too many things like this...even after we build a store still got!!!

Saturday, February 16, 2013

Kids @ Taekwando @ Andra

Ni pic Iman n Iskandar tengah training taekwando.Taining setiap sabtu dekat kawasan rumah aje. Mummy hantar sebab tak nak bagi budak2 ni terperap tengok tv dan main game je. Jadi tiap Sabtu pun kena bangun pagi juga utk mengeluarkan peluh...

Bagus juga hantar bagi disiplin budak2 ni.


Iskandar dah yellow belt...

Thursday, December 20, 2012

End of the year...

Tiba tiba update terus end of the year 2012.
Iman dah habis Krista...dah regestar pun untuk sek rendah.
Iskandar is going to standard 2. Need to work hard...

Friday, August 10, 2012

Bersederhana Sebanyak Boleh

Apabila usia dah betambah dan anak pun bertambah..nikmat excited untuk berhari raya itu dah berkurang. Lebih excited nak berpuasa dari beraya. Persediaan utk beraya utk yg penting2 aje. Kita ajar anak dari kecik..ini adalah hari raya bukan hari untuk kita membazir. Hari lain pun boleh beli kasut, baju dan lain2. Jadi yang wajib untuk budak2 ni baju.. Yang lain tak raya pun beli kan. Kasut koyak, sempit pun baru beli ikut event lain. Cuba tengok tu...baik kita bagi duit pd anak org susah...biar dia org dapat makan sedap dgn family.

Tahun ni entah kenapa tak buat apa2 untuk rumah..sebab lepas raya nanti nak kemas rumah...masuk kotak apa yg patut sbb bahagian belakang umah nak renovate. Rezeki nak renovate rumah sampai lepas raya. Almaklumlah bilik dah penuh...anak dah bertambah.

Minggu last raya ni..tengah tunggu keter baru Mummy. Maklumlah dah bertambah sorang..jadi lebihkan lah jadi 7 seater nak bagi org lain tumpang. Duit pun banyak habis untuk top up balance loan Gen2 Mummy. Dah touch up itu ini. Aduhai  nak jual baru touch up.

Tuesday, August 7, 2012

Tangisan Ramadhan

Hari ni air mata jatuh lagi.
Susah sangat untuk aku hentikannya.
Biarlah aku lepaskan segala sedih, kecewa,kesal dan amarah ini.
Kadang2 aku tidak mahu melihat cerita dunia.
Apabila yang dimahukan tidak kesampaian...argh aku hanya mampu mengulang kesabaran.
Tidak salah aku tangiskannya dalam ramadhan.
Melihat ruang ruang kosong..

Monday, July 2, 2012

PIC IMAN BDAY AT KRISTA

 TIUP LILIN-Saat yg ditunggu2
 Anak2
Iman & Liyana

Sunday, July 1, 2012

Zara 6 mth..dah merangkak


He he..lama betul aku x updated . Zara dah 6 mth..dah start makan..kuat makan pulak tu. Tapi skarang batuk sikit. Kalau dilihat pada Zara ni perkembangan dia agak cepat berbanding rakan sebayanya. Zara dah merangkak dalam umur 6 bulan. Habis dah explore pelosok rumah kecuali dapur ( sbb ada pintu).


Gambar ni zara tgh tersengih2 kalau dpt pegang bende baru...dah dpt ambik wayar, charger.oi...dah tak boleh letak barang sini. Buku2 dalam almari pun dah pandai dia kemas.... Siang mmg dia suka buat kerje...malam dia dah tido..penat sgt,

Thursday, June 7, 2012

Iman turn 6

Bday budak ini mmg wajib updated. Budak manja ini udah 6 tahun.Sudah lepas kemahiran 3 M-membaca , menulis, mengira. Budak ini terlalu manja...suka nangis sikit. Bday boy ini adalah di The Loaf, Langkawi. Sbb takde cake kat sini...Mummy order je la dessert yg macam cup cake. Sedap makan kat sini...terutamanya burger! Mummy saja je nak try makan kat sini. Bday boy dapat present helikopter spt yg dminta. Mummy rasa ini adalah 2nd helicopter yg bebudak ni dapat....dan tunngulah masanya untuk crash atau jatuh terhempas.

Lepas bday..Mummy rasa dah kurang sikit nangis...

Cuti 2 Langkawi

Updated gambar anak2 di Langkawi.

  Pic: Lepas island hopping. penat jugak ni
Tasik Dayang Bunting. Cantik kat sini...subhanAllah.
 Dalam bot.
Awana Porto Malai. Sea view cantik. Paling senang untuk ke aktiviti laut...keluar bilik je.

Sunday, April 29, 2012

Akikah Teh Irisa Zara





Wednesday, April 25, 2012

Minggu ni sakit...

Minggu ni minggu sakit. Start dgn babah yg kena admitted on rabu pagi..5 pg camtu coz of batu karang. Then esoknya mummy mengangkut anak2 ke hospital n drive back home. Kesian pada kids yg dah bergelimpangan dlm keter. Argh...I need mpv please. Iskandar always mengalah..duduk kat tengah...coz zafri nak baring lagi. Sampai rumah kejut iskandar yg terawang--awing. I know he is so tired coz I pick up him from the school n rush to hospital. Makan ugh pun dgn bekal yg mummy bawa kat hospital. Nasib baiklah dpt transfer single room..so kids ok lAgi Mummy MSG all my siblings n nenek dtg on the next day, with bag An. After that bag zul came to. So dapatla ambik babah terus dlm 3.30 n mummy can settle t kids. On Saturday, zafri got HFMD. Bertambah pula dgn baby zara yg kena pula lepas tu. mummy kena monitor dua org ni serentak Dan jgn jangkit pd abg2 nye. Iman pula mengadu sakit gigi nak makan. Mummy check tampalan gigi yg baru setahun lepas dah pecah. Nak ajar mummy kata org yg tampal Gigi ni Xxxxx!!! Jadinye Ada mcm kulit yg terlebih sbb Ada sisa makanan pd gusi gigi tu. Check gigi Kandar pun Ada renggang pd gigi dgn tampalan. ntahlah maybe gusi budak2 ni nak membesar ke. I don no. Ok.

Tuesday, March 27, 2012

Anak2 Manja Mummy

Ni pic terkini.-Iskandar Zulkarnain-Iman Zafar-Ihsan Zafri -Irisa Zara.

Complete dah...ada girl & boy
Love them very much...




Friday, March 23, 2012

Iskandar turn to 7

Muka yg pd mulanya sedih..ceria lepas dpt present..monster truck!
Secret recipe cake is to big...( his choice -choch cake)



Iman-food lover



Transformasi yg banyak dilalui pada awal tahun ini..tentunya pada anak Mummy yg sulong..Iskandar. Tahun ini dia melangkah ke darjah satu & bertambah sorang lg adiknya. Iskandar banyak sangat mengalah pada adik2 dalam semua perkara. Sometime dia akan merajuk juga..menangis.

Bila dah sekolah tentunya dia penat...sekolah pagi dan petang.


Happy bday sayang...happy bday to the big brother!!!








Tuesday, March 20, 2012

Irisa Zara...

Apabila memandang pd wajah kecil ni...hati Mummy akan terdetik.

"Dia akan membesar jadi seorang yang cantik".

Terfikir apa jalan kehidupan yang akan dilalui olehnya...

Ya Allah...berikanlah perlindungan untuknya.

Monday, January 16, 2012

Teh Irisa Zara







Teh Irisa Zara.Alhamdulillah..syukur akhirnya Allah makbulkan juga doa2 kami untuk mendapat seorang puteri. Allah juga telah memberi kesenangan kepada Mummy sewaktu melahirkan Zara pada 24 Dec 2012 jam 3.58 ptg. Zara lahir dengan berat 3.03 kg.


Yang sebenarnya kami ke hospital Columbia Asia Seremban 2 pd hari tu utk rutin checkup. Tapi hati telah terdetik utk membawa 2 beg berisi baju Mummy & new born dan satu lagi baju hero2 Mummy pd pagi itu.


Hari ni pulak boleh dapat turn awal dalam 10.30. Bila doc check udah 4 -5cm. Habis tu doc suruh masuk labor room...dalam pukul 11 gitu. Sungguh lama kat sini..tengok tv..gi toilet pun sempat. Pelik juga takde sakit...mungkin anak no 4 kot.


Mummy tak rasa sakit sehingga bukaan dah 7 cm. Jadi terpaksa lah masuk air dlm 1/2 jam utk rasa contruction nye.Dah rasa sakit baru call Babah suruh masuk labor room. Adalah 2-3 kali sedut gas yg x beri kesan sgt. Then bila kepala baby dah terasa jatuh berada ditempatnya terus panggil doc yg ada kat kaunter tu. Dua kali Mummy terasa kepala baby ambik position yg betul nak keluar. Dgn dua kali push....alhamdulillah dia lahir.