my life

my life

Monday, December 28, 2009

Le Van Tham Park, Roti Canai dan Cincin

Sunday
Bersemangat untuk bawa budak2 ke taman. Sedih juga sebenarnya sbb selalu tak bawa dia orang berjalan for the few last month. Hari ni bawa Zafri sekali...maid tak ada on Sunday. Dah panas sebenarnya dan tak breakfast lagi. Ingat nak masak tapi Babah cakap kita pergi makan roti canai.
Habis ke taman..pergi kedai belakang masjid..tapi takde pulak roti canai..jadi pergilah 4 season. Kedai pun macam tak bukak je for breakfast.Vietnam mmg gitu.. Lambat pulak air ni siap..kids dah dahaga sangat. Finally we got our roti canai.Babah with nasi lemak..(tambah menu pulak), Mummy try Murtabak..Ok semua sedap dan licin...sebab lapar dan penat exercise..Zafri pulak tido..senang Mummy nak makan. Breakfast cost around RM40...( aha ..cua bayangkan kalu kat Malaysia..boleh lunch menu dah).
Lepas tu pergi Saigon Tax..beli pampers Zafri dan snap gambar yang akhirnya blur (Mummy la tangkap). Babah bawa gelang raya tahun lepas Mummy untuk repair...tapi tak boleh repair. Jadi kami trade in dengan cincin. I love that gelang tapi Babah tak perasan di beli tu bukan emas 24c..tak silap dalam 18 c..so no value at Malaysia. Mana tahu ada banyak jenis... Yang paling best pada gelang tu ada tulis "Babah love Mummy love Babah". How sweet..
Cincin yang ni ok juga..apa Babah bagi ok..( sbb wedding ring dah sempit..jenih nak buka masa bersalin hari tu)
Tak sempat jalan jauh sebab bawa Zafri...so just beli fresh magnet kat Saigon Tax aje..satu untuk pengirim Ety, satu lagi untuk my collection (Alahai..selalunya fresh magnet Mummy memang melayang sebab Iman main...pecah)

Friday, December 25, 2009

Christmas Day

Hari ini cristmas....Mummy hampir terlupa di Vietnam tiada public holiday pd 25 Dec. Namun kota Ho Chi Minh dihiasi indah. Penduduk Vietnam bukan cristian tapi ntah..turut sama memeriahkan. Begitu juga pembantu rumah saya, beria untuk membawa anak nya berjalan dengan lengkap berbaju Santa. Waima..sebiji kek telah sampai di rumah dari mangement apartment. Iman & Iskandar beranggapan ia hanya sebiji kek Happy Bday untuk babah.
Apabila christmas ni saya akan teringat akan jiran saya di nilai iaitu Anthony & Helen. Sedikit bersalah kerana selalu tidak hadir apabila dijemput untuk open house christmas. iyalah selalu je clash dengan waktu kami tiada di rumah ..berjalan atau balik kampung. Waima mereka jiran yg peramah

Thursday, December 24, 2009

Merry Cristmas


Memang cantik lampu2 yang menghiasi ko Ho Chi Minh waktu malam apabila tiba perayaan.