my life

my life

Monday, March 21, 2011

McQueen Car Terbelah Dua ..Happy Bday Iskandar

As per request anak Mummy nak McQueen Car cake for the b'day. So ini first time Mummy Deco untuk cake dengan bahan dan tools yang tak de. Balik sekolah jer tanya lagi hari ini happy b'day Kandar kan? Yerlah anak oi... Tapi kat sekolah celebrate hari Jumaat. Ok..Kandar suka.
Untuk makan kat rumah buat kek yg kecik je. Iman makan tak sampai sejam habis.
Mula 2 buat jadi warna pink. Jadi tuan punya b'day dah monyok jadi kena buat layer baru kat atas. Dah tak licin pulak.
Ok, Mummy dah ada experiance deco sikit. So khamis ni dah bolehlah buat choc cake saiz A4. Buat objek car mcqueen ..buat jalan raya dia sikit...Tulis nama ISKANDAR. Citer b'day budak ini belum habis lagi..tunggu bos belanja makan malam ni.

Hanya Yang Fresh Je Sedap Dibakar

Tentu sedap kalau makan ikan bakar kan..ikan yang dipanggang dicecah dengan air asam dan sambal.. dah sah nikmat. Makan pulak dengan nasi putih panas2. Ikan mesti segar...barulah sedap.

Apa jadi kalau ikan tak freash...aiya..bubuhla dengan apa juga bahan perap. Rasanya tetap kurang..silap2 boleh sakit perut je. Makan kat tempat ni..sepatutnya menjanjikan rasa ikan yang fresh dengan harga berpatutan. Jom kita survey

Air sirap..tawar. Bagus untuk yg kencing manis ni.
Order air bali juga..sama juga ..tawar.
Anak Mummy sebok memerah limau kat ikan pari.
Untuk tunggu ikan bakar siap order keropok dgn sup ayam lagi.
Hg ikan pari seketul ni RM 10.00. Malang sungguh tak fresh.



Ketam ni untuk anak bujang. Sekor ni RM 12.00.
Ketam kecik ni rasanya bukan saiz untuk bakar.


Ikan keli ni fav rakyat Malaysia
Harga sekilo di kedai ini RM 8. Ish apasal Mummy beli kat pasar sekilo RM4 je?
Harga sekor siap masak di kedai ni RM10.00
Sama juga tak fresh. Tak de rasa manis ikan keli pun.
Sambal yg atas ikan ni rasa manisla.

Ok, ini kedai apa yer? Cawangan Gombak tau. Yes! Sekinchan Ikan Bakar. Kalau nak rasa ikan fresh yg sedap rasanya memang tidak payah datang sini. Mungkin anda boleh suggest ikan bakar yg sedap di ibukota.
Eh...dah lama tak pergi makan di Bagan Lalang kan? Bila nak pergi...? Agak2 bila ler tempat BBQ kat belakang umah ni nak berasap balik?

Sunday, March 20, 2011

Dahi lebam, benjol-Zafri at Prince Court

Anak jatuh,dahi lebam. Dah tentu risau kan. Iyalah berita semasa tentang pendarahan di kepala anak kecil buat Mummy kecut la juga. Semoga tidak berlaku pada anak.
Sebab lebam kat kepala Zafri tak hilang2 lagi. Dah seminggu sejak Jumaat lepas..maka tak sedap hati selagi tak bawa jumpa Doc. Lambat sebenarnya Mummy bawa check up..Bos la sebok. Jadi bawa la pergi Prince Court. Dari klinik untuk mum & ped ke klinik emergency dicampaknye kami. Sbb fully booked la untuk ped klinik tu. nak tunggu pun pasti memakan masa. Hari ni pun Sabtu, mostly doc keje sampai pukul satu. Doc pun nak makan juga..jangan marah2 tau.
Zafri.. a week after tsunami
Ni dahi anak Mummy. Seminggu pun ada lebam lg. Masa kena separuh dahi dah terangkat ke depan. Tapi tengah zaman melasak ni memang tak reti diam.
Doc cakap ok. 24 hrs lepas xcident tu tempoh yg ptg. Sila chek sindrom2 di bawah:
#Kalu dia lembik ke,
#Muntah ke,
#Ada lelehan ke kat hidung atau telinga atau
#Saiz mata kecik sebelah bolehlah di syaki ada bleeding ke apa.
Tapi Zafri kes hanya pada lapisan kulit luar.Lepas jatuh pun tambah lasak Maklumlah budak baru dapat kaki..tak jatuh ..atau tangan tak diam menarik2 barang2 kena kepala pulak...ayo..
Sorryla Manja..Mummy sebok yer. Bos sila cari maid ..kejadian sebegini bahaya.