Saya dan anak2 selamat sampai ke rumah dari Vietnam jam 12.30 tgh dgn menaiki Air Asia. Disusuli dgn hubby yg sampai jam 2.30 ptg dgn MAS. Sedang kami bersiap2 hendak ke Hospital Kuala Lumpur, kami menerima panggilan bahawa ibu mertua saya sudah meninggal dunia akibat serangan jantung.
Sudah tentu berita ini amat menyedihkan buat hubby yang tidak sempat berada di sisi ibunya di saat2 terakhir.
Setelah pergi ke hospital KL kami kembali semua ke Nilai Impian. dan pulang ke kampung malam itu juga. Bertambah buruk lagi pada malam itu kami mengalami kemalangan jalan raya di selepas Highway Elite berdekatan tol simpang ke Shah Alam dan Pelabuhan klang. Mungkin dengan jalan yang licin pada malam itu menyebabkan kenderaan yang dipandu sukar dikawal dan berpusing dari line 3 ke line 1 ke arah berlawanan dan merempuh divider. Kalau tak ada divider ..mungkin kereta akan bergerak jauh lagi masuk ke hutan..Dalam keadaan panik Mummy amat bersyukur Iman dan Iskandar yang berada dengan Mummy di sit belakang tidak mengalami apa2 kecederaan. Alhamdulillah pada masa kejadian Iskandar memakai tali pinggang dan saya sempat memegang erat Iman.
Ya Allah ..Mummmy anat bersyukur kami selamat.
Dalam keadaan cemas..nasib baik ada orang yang datang menolong. Kereta teruk di bahagian belakang dengan kedua2 tayar sebelah kanan pecah. Terima kasih kepada mereka yang membantu..menyelia kenderaan dan jalan raya.
Al-Fatihah buat ibu mertua.
No comments:
Post a Comment