my life

my life

Thursday, June 30, 2011

Aku Di Waktu Kecil Dahulu

Kerap kali waktu ini aku cukup malu melihat manusia2 yang malas dan memberi banyak alasan untuk bekerja. Semua mahu yang senang dan jalan pintas untuk kaya.

Janganlah bermalas2 dan beralasan kerana andaikata Allah tarik semula nikmat kesihatan dan fizikal itu ..maka kita langsung tidak berpeluang untuk berusaha...ketika itu barulah terseksa rasanya bermalasan di atas sofa sepanjang masa.


Di waktu kecil dahulu..ya sangat kecil ..masih sekolah rendah..atau masih kecil lagi. Aku selalu mengikut emak , ayah dan abang ke kebun belakang rumah. Apa yang ada di sana? Pokok kelapa, koko dan lalang2 yang perlu diusahakan dan dikerjakan. Masa kecil lagi memang la kena ikut sebab tak ada sapa nak jaga aku kat rumah. Jadi aku pun memetik buah koko sambil bertemankan nyamuk2.


Bila di alam sekolah rendah, mungkin 10 tahun camtu..aku sudah mula menolong dan bekerja dengan emak. Selain menemankan emak ke kebun..aku kena memetik buah koko, menghimpunkannya dan mengangkutnya untuk dikopek. Bagaimana nak mengangkut buah koko ni? Jadi seperti oarnag lain..aku akan bubuh dalam guni beras ..kira2 separuh guni beras..kemudian mak kata seret sampai la tempat menghimpunkan koko dekat sikit dengan rumah. Korang rasa aku seret? Tak... aku tak seret..aku pikul di belakang badan aku..ala2 orang dalam filem India mengangkat guni beras.... Memang berat. Tapi aku nak cepat siap..nak buat asal mak aku tak buat kerje banyak. Itulah kerje aku lepas balik sekolah atau di hujung minggu. Lepas tu koko dikopek untuk diambil isinya..sambil2 tu boleh rasa buah koko. Dah selesai kami jual isi koko dengan Wak Pandi di depan rumah. Alhamdulillah dapatla hasilnya.


Kalau pasal buah kelapa..memang sah2 upah orang kait..Jadi masa kecik memang boleh tengok Pak Ali kait kelapa guna galah yang panjang. Itula senario kampung..yang masih aku ingat.

Jadi jangan sangka sebagai anak pompua sorang aku tak pernah buat kerje berat...Aku sentiasa buktikan faktor fizikal itu bukan halangan..Dan jangan sangka orang kecik macam aku tak boleh buat kerje. Buat apa badan besar tapi berat tulang.....

No comments:

Post a Comment