Rasa tidak selesa pada usia kandungan yang bakal mencecah 3 bulan memang membantutkan kehidupan seharian. Blog pun sudah mula tidak di update. Kadang2 sakit kepala dan pening..nak pitam..jadi memang tak mampu nak fikir apa.
Mungkin sesetengah pihak tidak terkena alahan teruk..mungkin ada yang menganggap argh..bukankah ini kandungan yang ke 4. Tak mungkin aku tidak mampu menanggungnya. Biarlah apa juga pandangan dan senyum sinis itu kerana bagi mereka yang dah merasa...mereka yang akan faham. Tidak semua kandungan itu Allah berikan ujia yang sama. Alahan yang masih belum pergi dan dalam masa yang sama perlu menjaga, mendidik dan membelai 3 lagi hero yang sedang lasak..bukan kerja mudah. Wanita saja yang memahami apabila kita tidak ada selera makan..badan lemah..rasa mahu baring aje..tetapi kita terpaksa bangun untuk menunaikan tanggungjawab kepada anak2 yang masih kecil.
Salahkah kalau aku mahu menangis untuk menghilangkan stress...? Tak salah..bukannye sebab mengada2..
Nampaknya kali ini memang ujian memang sedikit berat. Tapi bukankah Allah menguji kita kerana kita ini InsyaAllah mampu mengatasinya.
Badan yang lemah + membesarkan anak + hubby yang tak boleh buat kerje berat2.
Dalam masa aku memikirkan ak tengah morning sickness...aku terpaksa bertolak ansur dengan situasi slip disc hubby ..yang nak angkat si kecik Zafri pun tak larat...dan aku juga perlu berhati2 takut aku terlebih buat kerje nanti aku misscarriage lagi.
No comments:
Post a Comment