my life

my life

Saturday, September 3, 2011

Siapa yang ingat kan aku...Allah ..emak.

Bila aku sudah buat keputusan dan tak dihargai...aku tahu aku sudah tersilap.
Jadi tolong jangan buat janji2 lagi kerana aku sudah tawar hati. Dan aku takkan peduli lagi walau aku akan ada 4 orang anak.

Yang sentiasa mengingatkan aku, yang risaukan aku dan yang selalu mendoakan aku adalah seorang insan bergelar emak. Itu yang pasti. Ada hutang yang perlu aku bayar...yang harus aku lansaikan.

Kalau selama ini orang ambik mudah hal aku dan anak2...aku masih boleh terima. Dan rasa cukuplah orang menghina adik beradik aku yang selama ini membesarkan aku. Tak pernah pun adik beradik aku meminta atau menyusahkan orang ..ipar duai.

Kalau perihal nak potong rumput sekangkang kera pun nak telepon sampai 2-3 kali...kau boleh fikir sendiri siapa yang tak tahu menguruskan diri.

Minta maaf ...aku tak mampu mengalah lagi. aku sudah berada dbatasan aku sendiri. Masih ada ruang kosong dalam diri aku perlu diisi ...Alhamdulillah ujian ini mendekatkan diri aku pada Allah. Terus terang aku tak termakan dengan hal duniawi ini lagi.

No comments:

Post a Comment