my life

my life

Friday, July 22, 2011

Majlis Kenduri-Kendara Sebelum Ramadhan

Nak dekat 2 Ramadhan yg tinggal seminggu ni...ramai yang berebut tarikh untuk menguruskan majlis kenduri kendara. Betui tak? Last week ada kenduri, this week ada...next week nak Ramadhan pun ada. Sungguh ramai umat Muhammad sekarang ni.




So aku pun camtu juga. Tarikh 17 July lepas aku 3 event. Yang kesemuanya rapat.


Tarikh 17 July ada kenduri kahwin di Dewan Wangsa Maju..anak sepupu kahwin..dah banyak kali mak bagitau.




Tarikh yang sama juga Si Eno adik ipar bertunang.




Tarikh yang sama juga sepupu aku "Su" anak pakcik Hassan nikah dan majlis nikah dengan sorang saudara baru.




Malam tu..kenala pergi rumah pakcik aku sebelah ayah tu. Dah tinggal sorang ni aje waris sebelah ayah..kalau kenduri kecik..dari doa selamat,merisik, bertunang, kahwin ..dia pun org penting juga dalam family aku ni. Iyalah nak juga menjenguk sepupu2 aku yang rupa mix ala pakistan ni. Bila si pengantin ni kahwin dengan saudara baru -Cina..dah sah anak lagi muka mix. Suka makan kerang masak sambal taucu.Lauk sedap..Iman bertambah makan.




Hari Ahadnye pergi mengantar adik ipar di Parit 1. Orang2 Jawa ni masih kuat masak bergotong royong. Masak guna kayu2 bertungkukan batang pokok. Boleh nampak periuk belanga di atas bara hasil dari semangat memasak bersama2. Hasilnya ialah sayur lemak umbut kelapa yang enak. Juga sup sayur kobis dengan ceker (kaki ayam). Dulu kawasan ini ialah kawasan wajib untuk beraya. Tetapi memandangkan pakcik dan makcik sudah arwah dan berpindah..takdelah aku masuk Parit 1 lagi. Alhamdulillah dapat jumpa juga sepupu aku -Seri dan sedara sebelah ayah.




Jadinya idak la aku pergi kenduri kahwin di wangsa maju.




Semoga pengantin baru berbahagia. Amin...

Tuesday, July 19, 2011

Iman Tumbuh Gigi Kekal...Mummy yang risau

18 July 2011 .Gigi susu Iman tinggal nyawa2 ikan. Sikit lagi nak tertanggal..Masih elok lagi. Baru semalam Mummy perasan gigi kekal yang belakang tu dah keluar.



Dalam 3 minggu ni , Mummy tak tahu kenapa gigi depan Iman yang bawah mula renggang. Mummy bising..ni mesti sebab Iman suka minum air oren sejuk dari peti ais. kalau ada satu jug tu , memang habis Iman minum. Mummy selalu bising ni mesti sebab Iman malas minum susu. Sampai 2 gigi depan Iman yang depan tu dah start goyang. Mummy cakap nanti gigi Iman tak cantik.



Ahad semalam bila check gigi Iman ..rupa2nya gigi kekal dah keluar satu..dan satu lagi dah nampak bayang2 nak keluar. La...sian Iman..penat Mummy bising2 kat dia. Padan la badan macam panas sikit waktu malam 2-3 hari ni. So ..Babah cakap nanti kita gi dentist ..suruh cabut ke..takut gigi kekal yg bawah tu senget..Macam gigi Babah. Like father like son...( Iman always..banyak persamaan macam Babahnye...sangat rapat ...sangat manja..dan selalu gaduh)



Tetapi balik sekolah hari Isnin..lepas Mummy suap Iman makan. Iman duduk lama dekat depan peti ais. Mummy ingat Iman buat apa? Lepas tu Iman cakap "Mummy gigi Iman nak patahlah...boleh tak kita pergi klinik suruh doc gam". Dia tunjuk gigi dia yang dah tumbang ke depan...tinggal sikit je daging yang melekat..ada la setumpuk kecil darah sikit. Masa makan tadi..dia tak cakap pulak sakit. Mummy cakap ..boleh tak Iman goyang2 sikit nanti kalau tercabut..kita tak payah gi klinik. Mummy pun tolong goyangkan juga. Sebab nye esok Iman ada school trip pergi Aquaria KLCC dan lain2. Mummy takut iman demam.



Tapi gigi Iman tak tercabut juga. Iman suruh ambik gambar sebab dia nak tengok. Lepas tu explain kat dia. Nampak tak ada gigi baru kat belakang tu. Itulah gigi baru Iman..maknanya Iman dah besar lah tu.


Iman cakap:


" Iman dah besar ke..mesti Iman jadi macam Babah kan...Iman dah jadi "Man"..Iman bukan "boy" lagi."



Lepas tu Iman mula lah berlagak sikit sebab Iskandar masih gigi susu lagi. Iman baru 5 yrs tapi gigi kekal dia tumbuh dulu nampaknya.



Lepas makan 2 ketul sandwich petang tu, Iman terus tertidur tunggu Babah balik. Masa Babah sampai ...pelan2 tunjuk gigi Iman. Babah pun goyang pelan2 dan tercabut.



Iskandar cakap:


"Letak gigi Iman bawah bantal...nanti jadi duit" "Iskandar tengok kat tv, dia cakap macam tu"



Iman cakap:


"Iman nak tanamlah...nanti dapat duit lagi banyak"




Sekarang bila Iman senyum dah rongak sikit..gigi baru kat belakang sikit.Mummy nak tergelak tengoknye. Gigi belum rosak lagi... *Just watching them grow up is the best ever!*
















Thursday, July 14, 2011

Pandang2 Yang Comel

Memang suka sangat kalu tengok baby girl yang pakai bende alah ni. Apa namanya ha...skirt yang kembang gini..yang tak padan dengan orangnya. Pakai untuk photoshoot aje ni.. A few pic yang Mummy ambik dari JT photo. memang cantik dan touching sekali.



so cute




sampai terduduk ha...



Kalau dapat baby girl...Mummy nak comel camni...lepas tu boleh buat photo shoot pakai skirt camni. Mummy dah 15 week , minggu ni...jantina baby masih tidak dapat dikenal pasti. Terima saja seadanya Anugerah Allah swt.

Friday, July 8, 2011

King & Queen Will Win The Game Together

"King & Queen Will Win The Game Together"

....ini adalah ayat yang berjaya mencuri hati saya...Datang dari mana perkataan "King & Queen" itu adalah sebab saya amat minat main chess dari kecil. Dengan tubuh badan yang kecil ni saya tak mampu nak menonjol sangat dalam sukan yang lain...jadi alhamdulillah saya adalah juga kebolehan main chess ini sehingga main di peringkat negeri Perak dari darjah 4 sampailah ke form 5.

Individu yang bertanggungjawab dalam meminatkan aku dalam chess ini ialah ustaz Romidzi..(abang aku sendiri).Saya dan adik saya sudah dilatih oleh beliau setiap hari. tq.

Dan dengan chess ini juga saya mengenali ramai rakan dan saya amat admire pada mereka yang pandai main chess.Mereka akan menjadi musuh saya di dalam game tetapi mereka adalah rakan yang sebenarnya berkongsi minat yang sama. Kita berlatih sama2 sampai malam, sampai penat otak nak fikir.

Tetapi yang masih saya tak lupa ialah saya ni suka homesick ...demam waktu pergi bermain chess 4-5 hari. Jadi terpaksalah main dalam demam...terbatuk2. Main sambil minum 2-3 botol air mineral...sekejap bangun, sekejap duduk.Aiseh..rasa cam nak bagi pihak lawan menang aje..

Sejak kecil juga saya selalu terfikir bahawa saya hanya akan berkahwin dengan lelaki yang hanya tahu main chess. Dan dia akan dapat lebih credit jika dia berjaya kalahkan saya dalam main chess ni. Pelik juga saya ni....tetapi mungkin saya berpendapat individu main chess ni suka berfikir, matang dan akan berusaha apa juga untuk berjaya. Alhamdulillah Allah memakbulkan impian saya itu...(walaupun my hubby x tau pasal ni) (walaupun ada juga orang lain yang kalahkan saya main chess).

Apapun bagi saya ini semua perjalanan hidup. Jodoh adalah di tangan Tuhan. Tak semestinya...yang selalu bersama kita itu jodoh kita...tak semestinya yang melihat saya jatuh dan bangun dalam dunia chess itu adalah jodoh saya... Apa yang penting masa ini ialah kehidupan yang seterusnya dengan my King yang satu ini & the boys.


Apabila berkata tentang game...ramai yang mewariskannya kepada anak mereka. Contohnya my best friend Linda telah mengasah bakat anaknya Ammar dalam takwando sama sepertinya. Bagi saya...saya belum lagi mula menjinakkan anak saya pada dunia chess lagi. Mungkin satu hari nanti.




Monday, July 4, 2011

Aku Di Waktu Kecil Dahulu..part 4..sawah padi

Emak aku ada la sebijik lagi rumah dekat Felda, Seberang Perak. Rumah tu terletak di belakang deratan kedai. Mata pencarian utama penduduk kat situ pada usia aku kanak2 dulu adalah bersawah. Dulu2 sawah padi itu arwah ayah usahakan dengaan dibantu orang yang mengambil upah mengusahakan sawah. Tetapi itu bukanlah pekerjaan utama ayah...arwah dulu bekas tentera dan selepas itu jadi guard di sekolah di Teluk Intan.




Adakalanya aku tinggal di rumah emak sekarang di Sungai Sumun dan adakalanya di hujung minggu aku sekeluarga duduk di rumah Felda ini di hujung minggu atau cuti sekolah. Sungguh seronok duduk di Felda ini walaupu dulu takde bekalan letrik. Maka kenalah guna pelita aja dan tengok tv pun pergi rumah sebelah yang guna bekalan letrik guna mesin macam orang kat pasar malam tu. Yang seronoknye duduk Felda ni ialah penduduknya sangat akrab.




Kerja yang aku suka buat ialah menjemur padi di tengah laman. Ini bukan perkara wajib..sebab padi yang lain tu dah dijual di kilang padi Felda..maka adalah 1-2 guni dibawa balik. Aku pun tak tahu apa sebabnya..mungkin nak merasa makan beras hasil padi sendiri kot. Maka padi2 ni kena dijemur bagi ia kering dan membuang segala habuk2 padi ni. Pagi2 lagi padi2 ni akan diratakan di atas tikar atau plastik biru yang lebar tu. Ratakan guna penyapu lidi atau kayu atau tangan. Jemur la padi itu sampai ke petang. Tapi bukan boleh jemur gitu aja..kenalah ada yang menunnggu nya..sebab ayam2 suka datang nak makan. Akulah yang jadi guard nya dari beranda rumah sambil memegang kayu panjang. Kalau ada ayam nak dekat je aku halau..silap2 aku ketuk ayam tu terus. Padan muka kau..entah ayam sapa..aku pun tak tau.




Seronok duduk Felda ni..sebab ada banyak pokok buah2an...dari durian, cempedak, nangka, rambutan paling banyak, durian belanda.. Semua pokok tu ada sekeliling umah aje. Sekarang ni takdela merasa. Selain itu bila bercakap pasal padi satu perkara yang tak boleh ditinggalkan ialah apabila musim orang mengeringkan air di sawah padi..pada waktu itulah banyak ikan akan melompat2 nak mati. Terutamanya ikan sepat dan puyu. Maka kutiplah aje ikan tu untuk dibawa balik dan disiang. Sedap sungguh ...goreng gitu aje.




Sekarang dah bertahun aku tak menjenguk rumah di Felda. Rumah ni masih dalam keadaan baik dan disewakan pada orang. Begitu juga sawah padi sudah diupah sepenuhnya pada orang. Tapi aku rasa rezeki itu ada di mana2 dan orang yang menjadi pesawah padi ni dah senang. Macam emak yang ada sebidang sawah aja...boleh dapat hasil RM 6K setelah ditolak upah dan bayaran lain bagi sekali musim menuai. Bagi yang usaha sendiri hasilnya lagi lebih kan..itu belum lagi yang ada banyak sawah. Betullah orang tua kata kita perlu berbudi pada tanah...








Niat Yang Baik Jangan Ditunda2.

Gambar Umairah yang comel..Macam emaknya juga

Dalam minggu ini...aku selalu terfikir untuk berubah menjadi lebih baik. Bukan hendak kata sebegini tidak baik..ikut persepsi orangla. Tapi bukankah lebih baik jika kita mampu kuatkan hati untuk menjadi orang lebih baik dari semalam.


Mummy kan dah tua..mana tahu usiaku pendek..aku juga tidak mahu mengumpul dosa kecil dan besar banyak2. Pada fizikal..aku sedar pakaian ini masih belum menutup aurat sepenuhnya. Aku sangat teruja melihat mereka yang memakai jubah dan bertudung. Aku rasa nampak cantik. Kuat betul mereka ini..tidak mengalah pada fesyen kini yang entah apa2..dipengaruhi dari mana mana. Tidak terjerumus pada propaganda "bertudung tapi berfesyen". Maaf kalu ada yang terasa...aku sekadar menilai diri aku sendiri. Memang dunia pasaran pakaian..menyatakan bertudung tapi berfesyen..tapi sebenarnya jika dilihat..kita semakin lari dari kewajipan sebenar bertudung.



Apa sebenarnya dimaksudkan "bertudung tapi berfesyen"...atau "fesyen Islam"? Bila belek2 ia banyak lari dari konsep sebenar pakaian Islam. Tudung yang semakin pendek.. bukankah tudung spatutnya tidak sekadar menutup rambut..tetapi perlu menutup leher, dada dan aurat yang lain.



Begitu juga apabila kita ke pantai ..ke laut..bersama keluarga kononnya. Ingatlah kita berada di tempat awam. Tidak bermaksud bila beriadah maka kita juga berubah. Ada ramai orang awam di sekeliling kita...anak2, saudara mara dan orang2 lain. Jangan lupa usia semakin meningkat..malu pada anak2 yang sudah dewasa. Anak2 yang sudah tahu mana boleh dan tidak...pada anak2 yang sudah bertatih membaca Al Quran dan mendirikan solat. Mana tahu kot esok lusa anak2 Mummy akan berkata " Emak cakap tak serupa bikin! Emak dulu pakai pario, baju singkat, melompat2 dan gelak terbahak2.




Aku juga ada sorang kawan..Suhaila Abd Rahim namanya ( bagi kredit pada kau..nanti anak boleh jadi menantu aku). Dia bercerita bahawa anaknya yang berumur 4 tahun sudah pandai menegur dia yang kelam kabut nak buang sampah pada waktu malam. Maka si emak ni pun gamaknya dengan tangan pegang plastik sampah terus je meluru nak buang sampah. Anaknya tegur kenapa emak tak pakai tudung? Walau dah malam..orang tak ada...atau orang tak nampak..bukankah Allah nampak? Apa nak jawab pada anak camni ye...yang kata2 nya adalah betul...

Lastly...semoga kita pada semua ibu2 muda Islam..akan jadi lebih baik. Amin....












Entahlah..semoga aku juga akan berubah kepada yang lebih baik.

Saturday, July 2, 2011

Aku Di Waktu Kecil Dahulu..part 3..budak dulu dan sekarang

Iman & Iskandar udah asyik main PS3 -toy story games. Kalu Iskandar tu boleh juga dilarang tapi kalu Iman mula le dia nangis. Tapi bila jam 5 petang..Mummy memang suruh anak2 ni main kat luar. Biar tak terperap dalam umah...Budak2 sekarang mana ada main cam dulu. Basikal pun dema tak minat. Kalau rasa malas nak bawa pergi taman tu..memang main kat umah aje. Main scooter..racing scooter la 3 orang ni. Bila dah boring tu Iman akan main bola ...rebut 2 dgn Zafri. Habisla satu rumah ni dipusing nya. Lepas tu akan petik bunga ..idak pun menjahanamkan daun pokok bunga...sambil2 tengok kucing2 di rumah belakang.


Kat umah ni yang tinggal hanyalah umah kucing. Budak2 ni memang request nak kucing ke rabbit lagi. Tapi Mummy malas nak tambah satu kerje iaitu membuang najis kucing ni. Jadi bila Iskandar minta ...Mummy akan tanya sapa yang nak basuh najis kucing? Semua tak nak.




Masa kecik2 dulu..dunia mainan aku umpama rumah yang tak berpagar...Pukul 5 camtu aku dah berkumpul dengan geng2 sepermainan. Ada Ju, bibik Roha, budak2 kecik-Eddy, kadang Fina. Biasanya berkumpul di rumah Embah Juriah. Macam2 dibuatnya...dari main kayu konda kundi, seremban, masuk kebun, bakar ubi kayu, main meriam, main karem, main pondok2, masak2, memancing, masuk parit, tangkap ikan, ronda2 naik basikal, naik motor sampai 3-4 orang, tangkap belalang dan lain2 lagi. Kadang2 main badminton sampai maghrib berkumandang...sebab tak habis game lagi.




Seba tu bila aku tengok budak2 sekarang asyik main game depan tv...argh bagi aku ia amat membosankan! Anak2 sekarang takkan merasa jadi kanak2 cam dulu.