"King & Queen Will Win The Game Together"
....ini adalah ayat yang berjaya mencuri hati saya...Datang dari mana perkataan "King & Queen" itu adalah sebab saya amat minat main chess dari kecil. Dengan tubuh badan yang kecil ni saya tak mampu nak menonjol sangat dalam sukan yang lain...jadi alhamdulillah saya adalah juga kebolehan main chess ini sehingga main di peringkat negeri Perak dari darjah 4 sampailah ke form 5.
Individu yang bertanggungjawab dalam meminatkan aku dalam chess ini ialah ustaz Romidzi..(abang aku sendiri).Saya dan adik saya sudah dilatih oleh beliau setiap hari. tq.
Dan dengan chess ini juga saya mengenali ramai rakan dan saya amat admire pada mereka yang pandai main chess.Mereka akan menjadi musuh saya di dalam game tetapi mereka adalah rakan yang sebenarnya berkongsi minat yang sama. Kita berlatih sama2 sampai malam, sampai penat otak nak fikir.
Tetapi yang masih saya tak lupa ialah saya ni suka homesick ...demam waktu pergi bermain chess 4-5 hari. Jadi terpaksalah main dalam demam...terbatuk2. Main sambil minum 2-3 botol air mineral...sekejap bangun, sekejap duduk.Aiseh..rasa cam nak bagi pihak lawan menang aje..
Sejak kecil juga saya selalu terfikir bahawa saya hanya akan berkahwin dengan lelaki yang hanya tahu main chess. Dan dia akan dapat lebih credit jika dia berjaya kalahkan saya dalam main chess ni. Pelik juga saya ni....tetapi mungkin saya berpendapat individu main chess ni suka berfikir, matang dan akan berusaha apa juga untuk berjaya. Alhamdulillah Allah memakbulkan impian saya itu...(walaupun my hubby x tau pasal ni) (walaupun ada juga orang lain yang kalahkan saya main chess).
Apapun bagi saya ini semua perjalanan hidup. Jodoh adalah di tangan Tuhan. Tak semestinya...yang selalu bersama kita itu jodoh kita...tak semestinya yang melihat saya jatuh dan bangun dalam dunia chess itu adalah jodoh saya... Apa yang penting masa ini ialah kehidupan yang seterusnya dengan my King yang satu ini & the boys.
Apabila berkata tentang game...ramai yang mewariskannya kepada anak mereka. Contohnya my best friend Linda telah mengasah bakat anaknya Ammar dalam takwando sama sepertinya. Bagi saya...saya belum lagi mula menjinakkan anak saya pada dunia chess lagi. Mungkin satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment