Emak aku ada la sebijik lagi rumah dekat Felda, Seberang Perak. Rumah tu terletak di belakang deratan kedai. Mata pencarian utama penduduk kat situ pada usia aku kanak2 dulu adalah bersawah. Dulu2 sawah padi itu arwah ayah usahakan dengaan dibantu orang yang mengambil upah mengusahakan sawah. Tetapi itu bukanlah pekerjaan utama ayah...arwah dulu bekas tentera dan selepas itu jadi guard di sekolah di Teluk Intan.
Adakalanya aku tinggal di rumah emak sekarang di Sungai Sumun dan adakalanya di hujung minggu aku sekeluarga duduk di rumah Felda ini di hujung minggu atau cuti sekolah. Sungguh seronok duduk di Felda ini walaupu dulu takde bekalan letrik. Maka kenalah guna pelita aja dan tengok tv pun pergi rumah sebelah yang guna bekalan letrik guna mesin macam orang kat pasar malam tu. Yang seronoknye duduk Felda ni ialah penduduknya sangat akrab.
Kerja yang aku suka buat ialah menjemur padi di tengah laman. Ini bukan perkara wajib..sebab padi yang lain tu dah dijual di kilang padi Felda..maka adalah 1-2 guni dibawa balik. Aku pun tak tahu apa sebabnya..mungkin nak merasa makan beras hasil padi sendiri kot. Maka padi2 ni kena dijemur bagi ia kering dan membuang segala habuk2 padi ni. Pagi2 lagi padi2 ni akan diratakan di atas tikar atau plastik biru yang lebar tu. Ratakan guna penyapu lidi atau kayu atau tangan. Jemur la padi itu sampai ke petang. Tapi bukan boleh jemur gitu aja..kenalah ada yang menunnggu nya..sebab ayam2 suka datang nak makan. Akulah yang jadi guard nya dari beranda rumah sambil memegang kayu panjang. Kalau ada ayam nak dekat je aku halau..silap2 aku ketuk ayam tu terus. Padan muka kau..entah ayam sapa..aku pun tak tau.
Seronok duduk Felda ni..sebab ada banyak pokok buah2an...dari durian, cempedak, nangka, rambutan paling banyak, durian belanda.. Semua pokok tu ada sekeliling umah aje. Sekarang ni takdela merasa. Selain itu bila bercakap pasal padi satu perkara yang tak boleh ditinggalkan ialah apabila musim orang mengeringkan air di sawah padi..pada waktu itulah banyak ikan akan melompat2 nak mati. Terutamanya ikan sepat dan puyu. Maka kutiplah aje ikan tu untuk dibawa balik dan disiang. Sedap sungguh ...goreng gitu aje.
Sekarang dah bertahun aku tak menjenguk rumah di Felda. Rumah ni masih dalam keadaan baik dan disewakan pada orang. Begitu juga sawah padi sudah diupah sepenuhnya pada orang. Tapi aku rasa rezeki itu ada di mana2 dan orang yang menjadi pesawah padi ni dah senang. Macam emak yang ada sebidang sawah aja...boleh dapat hasil RM 6K setelah ditolak upah dan bayaran lain bagi sekali musim menuai. Bagi yang usaha sendiri hasilnya lagi lebih kan..itu belum lagi yang ada banyak sawah. Betullah orang tua kata kita perlu berbudi pada tanah...
No comments:
Post a Comment