my life

my life

Monday, July 4, 2011

Niat Yang Baik Jangan Ditunda2.

Gambar Umairah yang comel..Macam emaknya juga

Dalam minggu ini...aku selalu terfikir untuk berubah menjadi lebih baik. Bukan hendak kata sebegini tidak baik..ikut persepsi orangla. Tapi bukankah lebih baik jika kita mampu kuatkan hati untuk menjadi orang lebih baik dari semalam.


Mummy kan dah tua..mana tahu usiaku pendek..aku juga tidak mahu mengumpul dosa kecil dan besar banyak2. Pada fizikal..aku sedar pakaian ini masih belum menutup aurat sepenuhnya. Aku sangat teruja melihat mereka yang memakai jubah dan bertudung. Aku rasa nampak cantik. Kuat betul mereka ini..tidak mengalah pada fesyen kini yang entah apa2..dipengaruhi dari mana mana. Tidak terjerumus pada propaganda "bertudung tapi berfesyen". Maaf kalu ada yang terasa...aku sekadar menilai diri aku sendiri. Memang dunia pasaran pakaian..menyatakan bertudung tapi berfesyen..tapi sebenarnya jika dilihat..kita semakin lari dari kewajipan sebenar bertudung.



Apa sebenarnya dimaksudkan "bertudung tapi berfesyen"...atau "fesyen Islam"? Bila belek2 ia banyak lari dari konsep sebenar pakaian Islam. Tudung yang semakin pendek.. bukankah tudung spatutnya tidak sekadar menutup rambut..tetapi perlu menutup leher, dada dan aurat yang lain.



Begitu juga apabila kita ke pantai ..ke laut..bersama keluarga kononnya. Ingatlah kita berada di tempat awam. Tidak bermaksud bila beriadah maka kita juga berubah. Ada ramai orang awam di sekeliling kita...anak2, saudara mara dan orang2 lain. Jangan lupa usia semakin meningkat..malu pada anak2 yang sudah dewasa. Anak2 yang sudah tahu mana boleh dan tidak...pada anak2 yang sudah bertatih membaca Al Quran dan mendirikan solat. Mana tahu kot esok lusa anak2 Mummy akan berkata " Emak cakap tak serupa bikin! Emak dulu pakai pario, baju singkat, melompat2 dan gelak terbahak2.




Aku juga ada sorang kawan..Suhaila Abd Rahim namanya ( bagi kredit pada kau..nanti anak boleh jadi menantu aku). Dia bercerita bahawa anaknya yang berumur 4 tahun sudah pandai menegur dia yang kelam kabut nak buang sampah pada waktu malam. Maka si emak ni pun gamaknya dengan tangan pegang plastik sampah terus je meluru nak buang sampah. Anaknya tegur kenapa emak tak pakai tudung? Walau dah malam..orang tak ada...atau orang tak nampak..bukankah Allah nampak? Apa nak jawab pada anak camni ye...yang kata2 nya adalah betul...

Lastly...semoga kita pada semua ibu2 muda Islam..akan jadi lebih baik. Amin....












Entahlah..semoga aku juga akan berubah kepada yang lebih baik.

1 comment:

suhailazainurin said...

ha..betul apa yg ko cakap..skrng perbuatan aku dan suami sentiasa di perhatikan oleh anak2 aku.. aku dah mmg mepunya ton suara yg tinggi..satu hari aku panggil suami ku dgn nada agak tggi... rupanya anak aku perhatikan aku. dia ckp kenapa ummi marah2 ayah, kenapa gaduh2 tak baik masuk api neraka.. huhhh..ooo. aku jawab..ummi mintak maaf..ummi tak perasan..

Post a Comment